Iklan Nuffnang

Jumaat, 31 Mei 2013

Nama Uniseks : Pemiliknya Orang Yang Hebat ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera Bros & Sis,

Di ruangan entri saya kali ini, saya ingin bercerita berkenaan orang yang memiliki ‘Nama Uniseks’ (Unisex Name).

Anda tahu apa itu Nama Uniseks?

Nama Uniseks ini maksudnya ialah orang yang mempunyai nama yang boleh digunapakai oleh kedua-dua jantina sama ada lelaki atau pun wanita.

Bagi mudah anda memahaminya, saya berikan 1 contoh seperti , ZAINI.

Bukankah kita sering mendengar dan mengalami sendiri dari rakan taulan, saudara mara atau pun sesiapa sahaja berkenaan perkara ini ?

Entri ini tidaklah bermaksud untuk memalukan atau mengejek-ngejek mereka yang mempunyai ‘Nama Uniseks’ ini.Saya hanya bercerita sahaja dan ingin menukilkan pandangan mengenai betapa uniknya diri mereka yang bernama begini.



Saya tidak pula ingin mengkaji atau pun bercerita mengenai orang yang memiliki Nama Uniseks ini dari kalangan kaum selain dari Orang Melayu.Ini kerana saya sendiri tidak pasti adakah orang dari kaum China, India,Sikh,Kaum Bumiputera Lain-Lain dan juga Orang Barat atau Eropah juga mempunyai Nama Uniseks ini.Pernahkah anda mendengarnya? Sebagai contoh, MICHELLE, adakah pernah diberikan nama MICHELLE ini kepada orang lelaki atau pun kedua-duanya boleh digunakan sama ada nama untuk lelaki atau pun perempuan?

Jadinya di sini, saya suka fokuskan kepada Orang Melayu sahaja kerana saya telah banyak mendengar,berjumpa dan mengetahui mereka yang bernama Unisex ini, contoh-contoh yang lain ialah seperti :

1.ROSMAINI –Rakan saya sendiri ketika di kampus waktu belajar di universiti dahulu.Bukankah namanya kedengaran seperti nama yang dipakai juga oleh wanita?Tapi ianya nama rakan lelaki saya.Kini beliau bekerja di LHDN.Beliau hebat, berjaya sebagai eksekutif muda dan juga Jaguh bermain Badminton di universiti dahulu.



2.FAIRUZ/FAIRUS – Ini juga biasa kita dengar.Dua-dua bisa saja digunakan nama ini oleh lelaki atau pun wanita.Cuma bezanya, jika lelaki diletakkan MOHD FAIRUZ/MOHD FAIRUS dan kalau wanita cuma FAIRUZ/FAIRUS sahaja atau SITI FAIRUZ/SITI FAIRUS.Kita masih ingat dan kenali seorang penyanyi wanita tahun 80-an dahulu yang pernah terkenal dan menempa namanya, iaitu SITI FAIRUZ memiliki suara yang cukup merdu.

3. SOFIAN/SUFIAN/SUFYAN – Ini juga kerapkali kita dengari.Nama sebegini juga mengelirukan kita jika kita tidak melihat orangnya sama ada lelaki atau pun wanita.Sebab ianya boleh digunakan oleh kedua-dua jantina.

4.AZNI – Juga sama dengan nama FAIRUZ.Untuk membezakannya, jika lelaki diletakkan MOHD di hadapannya.Tapi AZNI bunyinya lebih kepada keWANITAan, bukan? Namun ianya wujud juga lelaki yang bernama MOHD AZNI.

5.SUHAIMI/SHUHAIMI – Anda kenal Kak Shumi aka SHUHAIMI BABA, kan? Alah, Produser dan Pengarah filem terkenal Malaysia tu la.Ini juga merupakan nama yang barangkali boleh dipakai oleh kedua-dua jantina.Kalau wanita bernama Shuhaimi bisa saja dipanggil Shumi atau Aimi atau pun Kak Mi pun Ok, kan? Tapi, SUHAIMI/SHUHAIMI bunyinya keLELAKIan sangat, kan?

6.AZMI – Sama juga seperti SUHAIMI/SHUHAIMI, nama ini dimiliki oleh wanita ternama iaitu RAJA AZMI.Kita sedia kenal dengan Raja Azmi atau Kak Mi bekas isteri pemain badminton terkenal, Jalani Sidek.Beliau juga merupakan Pengarah Filem yang agak terkenal di Malaysia.

7.AZIZAN – Saya pernah mendengar yang nama ini juga dipakai oleh wanita.Mungkin dipanggil Kak Izan ke, Ijan ke atau pun Kak Zee ke.Namun, ianya kerap dijumpai, lelaki lah yang menggunakan nama ini.

8.MAS –Jelas didengari perkataan MAS hanya sesuai digunakan oleh wanita, contohnya MAS ANIZAN, MAS AYU atau pun MAS JULIA.Namun ada juga dipakai oleh lelaki, contohnya MAS OMAR.Anda kenal siapa dia MAS OMAR ? MAS OMAR ialah Penerbit/Produser Album terkenal dan juga Penulis Lirik lagu yang terkenal di Malaysia.
Namun,perkataan MAS boleh saja membawa maksud ‘ABANG’ jika diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.Tapi hakikatnya wujud kedua-dua jantina lelaki dan juga wanita yang menggunakan nama ‘MAS’.



9.NAZUA/NAZWA – Bukannya NAJWA.Kalau NAJWA memang ianya hanya digunakan oleh wanita.Saya ada seorang saudara jauh, lelaki yang bernama NAZUA.Ejaannya bukan NAZWA, tetapi NAZUA.Dengar semacam nama wanita, bukan?

10.NOOR/NOR – Ini juga biasa kita dengar.Nama ayah rakan saya sendiri pun MOHD NOR/MOHD NOOR.Ianya sudah tidak jadi pelik lagi, bukan? Ianya boleh digunapakai oleh lelaki mahupun wanita, tapi jika wanita tak perlulah letak MOHD di hadapannya.

So, the conclusion is?

Saya membuat kesimpulan, secara kebetulan atau pun tidak, kebanyakan mereka yang memiliki Nama Uniseks ini, mereka terdiri daripada golongan orang yang unik, berjaya dan juga hebat/agak hebat kehidupannya.Betul tak ?



Bagi nama pena Blogger saya pulak, Al Riana atau pun AL The One, ia bukanlah nama sebenar.Al Riana itu adalah gabungan nama saya dan wife.Nama sebenar saya memang lelaki saja yang menggunakannya.

Jadi, jika anda mempunyai/memiliki NAMA UNISEKS, janganlah malu.Anda sebenarnya adalah HEBAT dan boleh berusaha menjadi hebat agar orang mengenali anda kerana keunikan nama anda.

Just be yourself & be ourselves, OK.



Tiada ulasan: