Iklan Nuffnang

Perkhemahan 'Survival' di Asahan,Melaka

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai bro & sis ;

Saya suka berkongsi dan menceritakan mengenai program/aktiviti perkhemahan yang saya sertai baru-baru ini dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam TM.Ia diadakan pada 27-28 April 2013 yang lalu bertempat di Laman Tiga Budaya, Asahan, Melaka.





Sebelum diadakan aktiviti perkhemahan ini, peserta juga dibawa melawat ke kilang solar bagi mendapatkan maklumat berkenaan penggunaan dan juga teknologi kuasa solar di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.



-: Saya (berbaju putih, di sebelah kiri) :-

Saya telah merasai pengalaman yang baru dan bagi saya ianya amat bernilai dalam kamus hidup saya.

Aktiviti perkhemahan ini dianjurkan secara percuma (ditanggung oleh majikan saya) dan terbuka penyertaannya kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam.Kali ini, aktiviti lebih kepada penglibatan dan perlakuan aktiviti fizikal dan menguji ketahanan diri peserta.

Berikut pengalaman saya melakukan aktiviti lasak dan mendebarkan, di antaranya :

1.Melakukan aktiviti merentas dan meredah hutan (jungle trekking), kira-kira mengambil masa 1 jam lebih ke hutan Bukit Asahan di mana tempat/lokasi wujudnya Air Terjun yang dikenali sebagai Air Terjun Lampong Jatuh.Pelbagai flora dan fauna jika berkesempatan dan ternampak oleh mata kita boleh dijumpai di hutan ini.



2.Melakukan ‘waterfall abseiling’ kira-kira pada ketinggian 100 meter di lokasi Air Terjun Lampong Jatuh.Ianya amat mendebarkan bagi ‘first timer’ seperti saya.Namun saya dapat melakukannya tanpa terjatuh, tergelincir dan juga tanpa mengalami kecederaan.Ada sebilangan peserta yang tergelincir dan luka di lengan.Ada yang ketakutan dan berdebar berpeluh-peluh serta mengelak untuk mencuba.



Untuk makluman, ‘waterfall abseiling’ lebih sukar/lebih susah dilakukan jika dibandingkan dengan ‘normal abseiling’ seperti menuruni bukit/lembah atau pun menuruni bangunan tinggi.

‘Waterfall abseiling’, memerlukan anda yang bersikap kental, berani mencuba, tahan lasak, tidak takut jatuh, tidak bimbang akan tergelincir dan juga boleh menuruni dengan mengawal ‘tali abseiling’ secara bijak iaitu dengan melepaskan ‘tali abseiling’ di bahagian belakang secara perlahan-lahan dan berdikit-dikit.Jika anda gagal mengawal semua teknik ini, bersedia lah untuk jatuh dan tergelincir atau tersembam di ‘dinding air terjun’ yang sedang mencurah dan amat licin !



Teknik dan tips yang saya pelajari daripada seorang Instructor ketika itu ialah, kita perlu berpijak pada air terjun yang sedang mengalir deras.Ini kerana kawasan tersebut tidak licin.Jika kita berpijak pada permukaan batu yang tiada air mengalir deras, ianya amat licin dan berlumut, jadi untuk kita jatuh adalah amat mudah !

Sebenarnya, saya juga tidak percaya yang saya berjaya untuk kali pertama mencuba dan merasai pengalaman melakukan ‘water abseiling’ ini.Alhamdulillah.

3.Melakukan aktiviti berakit.Ia dilakukan secara berkumpulan seramai kira-kira 8 orang berada di atas platform rakit yang besar.Walaupun pendayung rakit ramai, tapi percaya lah, aktiviti berakit ini benar-benar meletihkan dan memerlukan kekuatan otot lengan dan tangan yang kuat !



Aktiviti berakit ini dilakukan di sebuah tasik di Asahan.Teknik mendayung, cara dan isyarat menggunakan pendayung juga diajar.Semuanya ada maksud tersendiri, jika ingin STOP, REVERSE, CORNER, STRAIGHT,EMERGENCY dan lain-lain, semuanya ada isyaratnya menggunakan pendayung rakit.



4.Melakukan teknik ikhtiar hidup di hutan atau pun ’survival in the jungle’.Melalui aktiviti ini peserta didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman di dalam hutan andainya jika tersesat di hutan dan terpaksa menghabiskan masa di hutan sebelum bantuan menyelamat tiba.



Ianya merangkumi cara memasak makanan atau pun beras (jika ada) dengan menggunakan buluh, memasak menggunakan buah kelapa, mencari sumber gula iaitu melalui akar atau pucuk muda tumbuh-tumbuhan hutan, mencari sumber garam di celah-celah akar dan batu-batuan, juga mencari ‘makanan’ atau haiwan untuk dimakan.

Untuk makluman anda, Instructor pada masa itu, menunjukkan secara realiti bagaimana ‘menyiatkan’ (skinned) seekor katak besar secara hidup-hidup dan memanggangnya.

OMG ! it’s so horrible !
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Inilah di antara aktiviti-aktiviti lasak yang saya sertai dan merasai pengalamannya sendiri.Sesungguhnya pengalaman sebegini amat mahal bagi saya.

Selain dari merasai pengalaman baru, dengan menyertai aktiviti sebegini juga mampu mengeratkan hubungan setiakawan di antara ahli Kelab Pencinta Alam dan juga menjadikan tubuh badan kita sihat dan aktif.



Sebagai penyokong aktiviti menghijaukan bumi atau pun Kempen Bumi Hijau dan juga menyokong usaha mencintai alam sekitar, penyertaan saya terhadap apa jua aktiviti sebegini diharapkan boleh dijadikan panduan dan juga contoh kepada anda semua, mengenai betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar, menghijaukan bumi dan menjaga hutan kita.

Hutan, adalah sumber oksigen manusia.Pertahan kan lah hutan di Bumi kita.

Ayuh, hijau kan lah Bumi ini.

-got to go-

Bye.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

cik saya ingin bertanyakan tentang aktiviti yang dilakukan di laman tiga budaya. saya berminat untuk membuat aktiviti outdoor di asahan .boleh saya tahu siapa yang boleh saya hubungi ? harap dapat balas email ini segera.kerjasama amat dihargai

terima kasih