Iklan Nuffnang

Jumaat, 5 April 2013

Sikap Belas Kasihan Mendidik Jiwa

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum, hai…, Selamat sejahtera,

Bertemu kembali di paparan coretan blog saya ini.

Saya ini boleh dikatakan mempunyai sikap belas kasihan yang mendalam.Secara psikologinya sifat begini adalah positif dan elok diamalkan.



Saya suka melihat dan menatap wajah dan juga cara kedudukan anak lelaki kecil saya ketika dia tidur.Ini menyebabkan sikap dan perasaan kasih sayang dan rasa belas kasihan kita semakin bertambah.Cuba lah lakukannya.



Walaupun kadang-kadang dengan kenakalannya, keletahnya dan juga ragam liciknya ketika berjaga (tidak tidur) membuatkan air minuman tumpah ke atas sofa dan lantai, berlari-lari hingga pecah barangan hiasan, menjerit dan menyepak bola mainannya ketika kita berehat dan berbaring di sofa, namun kemarahan tersebut bisa padam langsung apabila kita melihat wajah anak kecil ketika sedang tidur.

Ia akan menyebabkan timbulnya rasa belas kasihan dan rasa sayang yang amat mendalam.



Cuba lakukan terapi ini bagi sesiapa yang sentiasa resah, rasa panas baran, rasa serabut dengan hidup, Inshaa Allah akan membuatkan jiwa tenang, tenteram dan juga bertambah dalam perasaan peri kemanusiaan, belas kasihan dan juga akan wujud rasa sayang yang mendalam di dalam jiwa kita.

Tapi ingat, perasaan belas kasihan perlulah bertepatan dengan suasana, Ok.

Tiada ulasan: