Iklan Nuffnang

Kenyataan2 Lapuk Di Musim Pilihanraya

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai…

Salam sejahtera,

Kepada pengundi2 & juga bakal2 pengundi di Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, mari kita lihat ‘statement’ (pernyataan/kenyataan) sinonim/standard/dianggap lapuk yangkerapkali dikeluarkan ketika musim pilihanraya.



Kenyataan yang paling biasa dan sudah muak didengari oleh rakyat, di antaranya ialah :

1.Pemimpin-pemimpin parti-parti politik tertentu akan dengan bangganya mendakwa ‘’….seramai bla bla bla …(bilangan/figure penyokong 300,500, 800 orang) yang telah meninggalkan parti mereka dan kini menjadi penyokong parti kami.

- Hahaha….habis lah penyokong parti yang satu lagi tu ya…entah2 tinggal berapa orang jer…

2.Kenyataan ini kedengaran amat sombong,….’’parti kami sahaja lah yang mampu dan layak memerintah negara Malaysia kerana prestasi kami yang sudah lama memerintah’’.

- Aduhai….macam statement seolah-olah parti dan ahlinya akan kekal sampai bila2…hahaha…

3.Kenyataan lapuk berbunyi,’’…..kita akan majukan kawasan ini, berilah undi kepada kami,kami akan bawa pembangunan…’’

-Hahaha…habis tu, selama ini, kenapa kawasan itu tidak dibangunkan?Mengapa berjanji ketika musim pilihanraya saja?

4.Kenyataan nakal, fitnah dan tiada pembuktian sahih, ‘’….berikan undi kepada kami, sokonglah kami, jangan sokong mereka, pemimpin mereka terpalit dengan video seks’’.

-Hahaha…mahkamah, polis dan Ketua Hakim pun tak dapat bukti sabit kesalahan dan juga kesahihan bukti, main cakap lepas je, fitnah memfitnah ikut suka.



5.Kenyataan penafian dan juga helah penyembunyian fakta,…’’ SPR kita bebas, tidak memihak, bahkan sudah beberapa negeri pun dimenangi oleh mereka’’.

-Hahaha….habis tu, ada Pakistanese mengaku diberi MyKad tu, apa kes?kewujudan berbondong2 pekerja/warga asing di Felda2, apa kes ?Pemberian IC kepada warga asing di Sabah, apa kes?

Anda cam kan kenyataan2 ini dan cara kebodohan mereka dalam menyampaikannya.Yang pelik tu, wartawan2 tetap juga melaporkannya dalam akhbar dan juga media, walaupun mereka sendiri pun sudah tahu, itu semua ‘modal lama’.



Sekurang-kurangnya ketengahkanlah kenyataan ‘modal baru’ dan membina sedikit.

Contohnya;

‘’…Kita tetap membantu rakyat, tak kira di kawasan tersebut kita kalah atau menang, kita ditugaskan menjaga kepentingan rakyat’’.

‘’….Kita berikan tawaran yang lebih baik daripada mereka, kita boleh berhujjah dan berdebat mengenai halatuju kita dan serahkan kepada rakyat untuk mengadilinya’’.

Bukan kah sedap bunyi rakyat mendengarnya?Barulah kedengaran seperti kenyataan daripada pemimpin negara maju dan boleh dicontohi.

Cara berkempen dan juga memberikan kenyataan dalam musim pilihanraya ini perlulah dilihat bijak, berwawasan, berpandangan kritis dan membina, tidak membangga diri, tidak mengutuk dan memfitnah dan juga bukannya kenyataan berbentuk rasuah, ‘’You help me, I help u’’.

Ok ?


Tiada ulasan: