Iklan Nuffnang

Selasa, 26 Mac 2013

Air Terjun Sungai Tua a.k.a Hutlista

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai Pals,

Ermmm…

Masih saya ingat lagi kenangan kira-kira 3-4 bulan yang lepas saya ke sini bersama keluarga.





Entah mengapa masa itu terfikir untuk ke sini, tak tahu lah.Pada halnya banyak lagi taman tema air yang wujud di bandar-bandar di Lembah Klang ini.Namun taman tema air buatan manusia tidaklah seindah, sebersih dan sehijau suasana di air terjun semulajadi buatan Tuhan.

Ya, nama singkatan dan nama komersilnya ialah HUTLISTA.Singkatan kepada 3-4 perkataan iaitu Hutan Lipur Sungai Tua.



Ianya terletak berhampiran kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak. Ia memiliki keunikannya yang tersendiri kerana terdapat pelbagai flora dan fauna selain aliran air sungai dari Sungai Tua yang sungguh dingin. Terdapat juga kemudahan disediakan seperti tapak perkhemahan yang luas, trek joging, trek pejalan kaki dan tempat untuk mandi serta berkelah bagi keselesaan pengunjung. Pengunjung juga boleh bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah di sekitar kawasan hutan.



Bahkan di sini juga ada penginapan Water Chalet/Villas dan chalet jenis biasa di Nur Laman Bistari Eco Resort nama yang diberikan untuk kawasan resort berhampiran air terjun ini.





Lihatlah beberapa gambar yang saya dapat kongsikan di blog ini ketika saya dan keluarga berkunjung ke Hutlista.



Cubalah datang berkelah dan mandi manda di sini !

Tiada ulasan: