Iklan Nuffnang

Rumah Oh Rumah...Mengapa Mahal Sangat ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum, hai…, Selamat sejahtera,

Mengeluh saya dibuatnya…

Rumah oh Rumah….apa pasal lah harga kau mahal dan melambung tinggi sangat sekarang ni?

Hajatnya nak lah membeli 1 unit pangsapuri ker…melihatkan harga-harga seunit pun, tepuk dahi saya dibuatnya.

Kalau dapat membeli seunit pangsapuri baru di kawasan Shah Alam, kan seronok?

Bandar Shah Alam ini Bandar Dalam Taman, nama pun diambil sempena nama bunga spesis Orkid.
’Shah Alam Bandar Anggerik’ diberi jolokan panggilannya.

Bagus dan tenang jika dapat tinggal dan hidup di Bandar Shah Alam ini.



Lihat harga-harga dan projek-projek rumah di bawah Projek PKNS di sini :

http://www.pknsproperty.com/index_pknsproperty.html

Bagi yang belum memiliki rumah, sememangnya ‘tak terkejar’ dengan harga rumah di masa ini.Simpanlah duit, buat ‘retirement plan’, kemudian bina sendiri rumah idaman di kampung halaman setelah usia bersara nanti.Jika umur tak panjang, tak sempat menikmati usia persaraan, redha saja lah.

Rumah Mampu Milik yang dijangka dibina oleh kerajaan juga belum menampakkan hasilnya.

Apa takrifan kita bagi ‘Rumah Mampu Milik’ ?Bagi saya maksudnya ialah rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana rendah dan sederhana tinggi.Sepatutnya ia mestilah dalam lingkungan RM100 Ribu sehingga RM200 Ribu sahaja.



Mujurlah saya sudah memiliki dan membeli seunit rumah teres berkembar.Syukur Alhamdulillah.

Saya cukup bersimpati kepada yang masih belum mampu membeli rumah kerana dari sehari ke sehari harga rumah seolah-olah tidak dapat dibendung lagi !

Bersabar lah… anda yang belum memiliki rumah tidak bermakna anda gagal dalam kehidupan, asalkan anda berakhlak mulia dan anda bahagia dengan apa yang dimiliki, kira ok lah tu.

Penentu kejayaan dan kebahagiaan manusia bukanlah semata-mata mampu memiliki rumah dan kenderaan yang selesa saja.Begitu ramai yang memilikinya, tetapi masih ramai yang meruntuhkannya (rumahtangga atau kehidupan berkeluarga).Mereka dilanda perceraian, hidup tunggang langgang tidak berpegangan agama dan juga anak-anak tidak diberi perhatian.

Ingatlah,… Rumah hanya tempat berlindung, ia tidak boleh memberikan kebahagiaan dan kasih sayang sebaliknya orang/manusia yang tinggal dalam sesebuah rumah tersebutlah yang mampu mencipta kebahagiaan dan kasih sayang, walaupun rumah dimilikinya tidaklah sebesar mana.





Tiada ulasan: