Iklan Nuffnang

Berjinak-jinak Menjadi Penulis Amatur


Hai rakan-rakan,

Anda suka menulis tak?

Maksud saya menghantar apa- apa artikel lah.Sekarang ini, di zaman IT serba canggih sekarang,tak sesuai disebut istilah 'penulis atau menulis'.Sebabnya kita sudah menaip menggunakan keyboard komputer atau pun tablet.
.....Patutnya digelar 'Penaip'.Tak sedap pulak dah bunyinya, kan?

Ok...Sebenarnya, saya cuba-cuba menghantar artikel karangan dan cetusan idea saya sendiri ke sebuah ruangan forum maya yang terkenal.Tak disangka pula, setakat ini sudah 2 artikel saya diterbitkan.Rasa tak percaya pun ada.Sebabnya ruangan forum maya tersebut antara forum yang dikenali ramai.Pemilihan artikel oleh Editor forum dan juga pasukan beritanya bukanlah calang-calang dalam menerbitkan sesuatu artikel dihantar oleh mana-mana pihak.

Kebelakangan ini, saya suka pula menulis dan mengarang artikel.Bahkan beberapa artikel saya juga dihantar ke majalah yang agak terkenal.Saya cuma main-main saja pada mulanya, tak sangka pula artikel saya diterbitkan.

Apa-apa pun saya cuma baru belajar dan masih amatur dalam dunia penulisan artikel, cetusan idea dan komentator.Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan mana-mana 'columnist' atau pun 'articlist' terkenal.

Saya berharap suatu hari nanti saya diberikan peluang untuk menulis di mana- mana kolum blog atau majalah terkenal.

Nak tahu nama pena saya, tak ?

Biarlah dulu kan...saya bukannya penulis terkenal lagi.Segan pulak nak dedahkan di awal-awal ini.

Biasanya saya suka menulis artikel berkenaan politik tanahair, berkenaan pendapat dan cetusan umum, mengarang pantun, mengarang artikel pendek dalam bentuk komen membina dan juga berkenaan alam sekitar (kerana saya pencinta alam sekitar dan menyokong kempen 'Go Green').

Jadi, kepada sesiapa (blogger) atau mana-mana pihak yang inginkan saya menghantar artikel ke ruangan tertentu, silalah hubungi dan emel saya di : alriana5604@gmail.com

Anda perlu nyatakan apa topik yang anda mahu kisahkan.Insya Allah artikel saya mampu sedikit sebanyak menarik minat pengunjung blog anda/forum anda/majalah anda.

Selamat menulis !



Tiada ulasan: