Iklan Nuffnang

Rabu, 23 Mei 2012

Melancong : Trip Kerja vs Trip Keluarga

Selamat bertemu semula di blog ini.

Setujukah anda jika saya katakan melancong lebih selesa bersama keluarga ? dan merancang perjalanan (trip) melancong sendiri jauh lebih baik dan menjadikan kita lebih fokus untuk mengenali tempat-tempat yang dikunjungi?Atau pun anda berlainan pendapat dengan saya?

Saya mengketengahkan persoalan ini kerana suatu waktu dulu (kira-kira sudah 1-2 tahun berlalu), saya menemui seorang bekas rakan sekelas dan sepersekolahan saya ketika di sekolah menengah dahulu, yang kerapkali ke luar negara dan juga di dalam negara atas urusan tugasan dan pekerjaannya.Kalau tidak silap saya, beliau bertugas sebagai pegawai kakitangan syarikat perkapalan berkaitan stok dan inventori.Oleh yang demikian, tugasannya memerlukan beliau ke luar negara untuk menguruskan atau pun memeriksa, merekod,meneliti atau pun membuat pengesahan (verification) untuk pesanan barangan,jumlah stok disimpan, berapa jumlah pesanan tambahan dan juga mungkin melibatkan pengiraan tuntas berkaitan akaun.Jadi, di mana ada cawangan majikannya di luar negara, beliau kerap ‘outstation’ ke luar negara.

Walaupun begitu, beliau mendakwa tugasannya itu tidak memuaskan hatinya yang juga suka melancong.Lalu saya bertanyakan kepadanya mengapa, beliau pun yang agak berminat menceritakan kisahnya setelah lama kami tidak berjumpa selepas tamat persekolahan di tingkatan lima, terus meluahkan kisahnya.Kata beliau, sebenarnya jika ‘berjalan’ (dalam ertikata melancong lah), jika berpergian hanya seorang diri, dibebani pula dengan tugas dan tanggungjawab oleh majikan, walaupun kita kerapkali dihantar bertugas di luar negara, nikmat untuk melancong, berjalan dan bersiar-siar di lokasi tersebut agak ‘dingin’ (kurang seronok).Beliau menjelaskan panjang lebar kepada saya yang beliau kerapkali ke Taiwan, Hong Kong, Taipei, bahkan pernah ke Amerika,UK dan sebahagian negara Timur Tengah.

Sudahlah begitu, kata beliau lagi, jika ada seminar atau mesyuarat asyik terkurung di bangunan tertentu dan di daerah tertentu sahaja.Peluang untuk meneroka, menjelajah dan mengenali sesuatu tempat di luar negara agak terhad.Umpama ‘sambil menyelam minum air’ sahaja.Bila ditanya oleh sesiapa,..’’…kau sudah pergi kah, ke Amerika …?’’, beliau menjawab,’’….Ya, sudah pernah pergi, pasal ada ‘outstation’ seminggu tempohari, di Washington DC, tapi tak sempat berjalan ke mana sangat pun…’’.

Itulah dialog yang selalu dituturkan dan dijawab oleh rakan saya itu bila sanak saudara dan rakan-rakan bertanya kepada beliau dengan hasrat inginlah tahu atau mendalami keadaan,suasana,lokasi tempat-tempat menarik di luar negara yang dikunjunginya.Namun, jawapannya menghampakan orang bertanya.

Benarkah begitu,anda setuju atau tidak dengan kenyataan bekas rakan persekolahan saya itu?

Jika difikirkan secara peribadi dan mendalam, sememangnya jika mahu melancong, ‘’Trip Sendiri/ Bersama Keluarga''adalah lebih baik, lebih fokus dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan ''Trip Kerja/Bersama Majikan''.

Anda setuju atau tidak bersetuju ?

Terpulanglah kepada anda sendiri…

Sekian.

Bertemu lagi di lain entri.


2 ulasan:

zul berkata...

Tiket, pasport, dompet dah ada! Apa lagi yang perlu sebelum berangkat pergi melancong? --->NAK TAHU? KLIK SINI<---

alriana5604 berkata...

Ok,no problem ,mesti klik punya..