Iklan Nuffnang

Jumaat, 25 Mei 2012

Pantun Lawak : Kahwin Berhutang

alriana5604@gmail.com - AL The One

Kali ini saya nak pantun memantun lagi di blog ini sekadar tatapan dan hiburan kita bersama.
Bagi pengunjung blog saya yang bukan orang Melayu dan dari luar negara Malaysia, ingin saya menerangkan sedikit sebanyak mengenai pantun.

‘’Pantun’’ can be described as ; ( refer to this link : http://en.wikipedia.org/wiki/Pantun )
‘’The pantun is a Malay poetic form. The pantun originated as a traditional oral form of expression. The first examples to be recorded appear in the 15th century in the Malay Annals and the Hikayat Hang Tuah. The most common theme is love’’.

Please refer to the link for details.

Saya mencipta pantun ini dari idea fikiran saya sendiri dan ianya bertemakan pantun kategori lucu/lawak jenaka.

Untuk kali ini, pantun saya berkisar berkenaan perihalan anak dara dan teruna yang ingin/berhajat untuk berkahwin tetapi tidak mempunyai wang dan belanja yang cukup berikutan kos hantaran perkahwinan dan kenduri kendara yang melambung tinggi dan begitu mendadak semenjak kebelakangan ini.

Silalah hayati isi pantun ini sebagai pengajaran untuk kita bersama.

1.
Dua tiga si penyamun tarbus
Pergi menyamun ikan di lukah
Bercinta berkasih semenjak di kampus
Setelah tamat eloklah bernikah






2.
Ikan bawal si ikan buntal
Mana kan sama si ikan duri
Hakikat hantaran amatlah mahal
Cinta dan kasih kini diuji

3.
Sakit untut masuk hospital
Dalam hospital banyak tengkorak
Hantaran mahal 'catering' pun mahal
Gaji kecil jawatan pun kontrak

4.
Labu dan Labi duduk bersembang
Sambil memakan buah pala
Awek merengek mendesak dipinang
Teruna runsing menggaru kepala

5.
Mat Jenin asyik merenung bulan
TV ditonton habis siaran
Teruna nekad mencari jalan
Pinjaman peribadi jadi sasaran

6.
Sayang Mak Andeh pergi menjaja
Pak Pandir pula menjala ikan
Wang pinjaman dijadikan belanja
Teruna dan dara kini disatukan

7.
Ayam bertelur di dalam reban
Itik berenang di tepi sungai
Hidup berdua rasa terbeban
Pinjaman 7 tahun baru selesai

8.
Sayang sayang si Husin Lempoyang
Saudagar kaya meniaga orang
Inilah realiti perkahwinan sekarang
Majlisnya gemilang tetapi berhutang

9.
Air nira meleleh leleh
Dijilat monyet di atas dahan
Tirulah cara orang yang soleh
Majlisnya sederhana diberkati Tuhan

10.
Lembu sekawan riuh rendah
Dapat melepak di kondominium mewah
Janganlah kita bermegah megah
Sikap menunjuk haruslah dicegah



Bagaimana ? Ok tak pantun ciptaan saya?
Diharapkan pengunjung blog saya akan terhibur.

Sekian dulu buat masa ini.



8 ulasan:

Azza Afdzal berkata...

lawak-lawak hihihi

Fadzmie Mohamad berkata...

Haha. Terbaik! ;)

alriana5604 berkata...

Azza... Realiti kan,berlaku skrg...hihihi...

alriana5604 berkata...

Thanks Fadz....tetiba keluar idea ni.... :)

Yana Libra berkata...

setuju sangat~~~ :)

alriana5604 berkata...

Thanks Yana, jgn adik2 kita, anak2 kita dan rakan2 kita jadi begitu ya...harap2kan lah.... :)

Kincir Tua berkata...

LIKE UR PANTUN MANTUN...

alriana5604 berkata...

T.kasih Kincir Tua, idea sendiri ni,tetiba terlintas dan terus buat entri....mula ingatkan nak hantar ke majalah atau kolum terbitan DBP,tapi x der contact pulak....