Iklan Nuffnang

Perihal Kependekan : Bahasa Emel & SMS

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Kependekan boleh ditakrifkan kepada 2 perkara.Pertamanya ialah merujuk kepada saiz iaitu ‘pendek’ atau ‘short’ dalam bahasa Inggeris, selalu digunakan dalam menentu ukur saiz ketinggian seseorang atau panjang sesuatu benda.Keduanya, ia boleh ditakrifkan sebagai ringkasan atau ‘shortform’, atau pun lebih tepat lagi dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘abbreviation’.

Kita pernah melihat ‘kependekan’ di dalam bahasa Inggeris yang biasa kita jumpa seperti :

1.Fyi = For your information
2.Fya = For your action
3.Fyi/a = For your information and action
4.Asap = As soon as possible
5.Tqvm = Thank you very much

Bagi kita yang berurusan melalui emel sehari-harian di pejabat, tentu kerap menemui dan menjumpai ‘kependekan’ seperti di atas bahkan lazimnya kita semua sudah pun tahu dan mengerti maksudnya, bukan?

Tapi, ketahuilah, ada beberapa jenis kependekan yang agak melampau iaitu digunakan dalam bahasa Melayu khususnya digunakan ketika menghantar SMS menerusi telefon bimbit.

Cuba lihat ini :

1.A’kum = Assalamualaikum
2.K = Ok atau baiklah
3.Hmm/hurm = Tanda setuju atau mengiyakan
4.? = Mengapa
5.Tk = Terima kasih
6.Gi /g = Pergi
7.Umah = Rumah
8.Ner = Mana
9.Jap = Tunggu sekejap/Tunggu sebentar
10.ILU = I love U
11.Sy = Saya

Isunya di sini, berapa ramai di antara kita yang sudah pun secara sedar atau tidak sedar rupa-rupanya kita telah mengiktiraf dan suka menggunakan ‘kependekan’ ini.Bagi yang sudah biasa, tentunya faham, kalau bagi yang tidak biasa, mahu ternganga-nganga dibuatnya.Lebih-lebih lagilah kalau menghantar sms yang penting atau kepada orang tua.Mungkin akan disalah tafsir oleh mereka.

Pernah sekali saya terima emel yang menggunakan kependekan ‘stk’.Puas saya cari maksudnya, ‘stok’ kah atau ‘stik’ kah?

Bila tanya kepada yang menghantarnya, dia selamba jawab ‘stk’ itu bermaksud ‘sekian terima kasih’!!

Wow, saya pun gelaklah, apa punya kependekan lah dia gunakan, ini namanya ‘kemalasan’ menaip bukannya ‘kependekan’!

Aduii…macam-macam kependekan yang wujud ya…

Kita cuma perlu ciptakan sendiri kemudian perkenalkan kepada dunia.Lama-lama bila kebanyakan orang boleh menerimanya, ‘kependekan’ tersebut akan menjadi biasa.Contohnya dalam bahasa Inggeris perkataan ‘You’ yang hanya ditulis/ditaip sebagai 1 huruf ‘U’ sahaja telah pun diterima pakai oleh kebanyakan orang di seluruh dunia.

Juga tidak dapat dielakkan, asal usulnya ‘kependekan’ ialah berasal dari ‘bahasa pasar atau loghat’ (accent) bagi segolongan manusia.Sebagai contoh, ‘’Kau nak gi ner?’’ yang bermaksud, ‘’Awak mahu pergi ke mana?”, ditulis dalam bahasa kependekan SMS sebagai ‘’Nak gi ner?”

Oleh itu berhati-hatilah menggunakan ‘’kependekan’’, jangan menyebabkan orang tersalah faham maksud kita.Ok.

Sehingga berjumpa di lain entri.

Stk. (Lagi mahu guna kependekan ker?) :):)

Sekian.Terima kasih.

Tiada ulasan: