alriana5604@gmail.com - AL The One
Berita ini saya ambil dari Malaysiakini Online.
Sebenarnya, saya salah seorang peminat lagu Whitney Houston dan memiliki CD nyanyiannya.Suara beliau yang merdu, tarikan nafas vokalnya yang panjang begitu hebat sekali ! Lagu nyanyiannya "I Will Always Love You" begitu 'berhantu' bagi penggemar lagu-lagu 'Love Songs' dan mereka memang amat meminati mendengar lagu ini, walaupun mendengarnya berkali-kali.
Tidak sangka pula beliau terlibat dalam penggunaan dadah sehingga membawa maut.Apalah yang sebenarnya berlaku?Kadang-kadang saya terfikir, penyanyi dan penghibur khususnya dari Negara Barat (Western Countries)yang mempunyai nama besar dalam industri dunia seni seperti ini, mungkin mereka berdepan dengan masalah krisis diri sendiri, bukan?
Iya lah, selalu sangat menghiburkan orang lain, menyanyi kepada orang lain, dalam diam-diam sebenarnya mereka yang kesunyian, kesepian,tiada yang menghiburkan mereka,tersisih dalam dunia sendiri,terperangkap dalam kemewahan yang menjadikan mereka 'public asset', iaitu 'harta awam'sehinggakan mereka tidak boleh ke mana-mana dan rasa terkongkong.Jika pergi ke mana-mana bimbang dikejar 'paparazzi', diserbu peminat yang fanatik dan terdedah kepada orang berniat jenayah terhadapnya.Akibatnya, terpaksalah ke mana-mana ditemani dan dikawal oleh pengiring (bodyguard) demi menjaga keselamatan dan gangguan yang tidak menyenangkan.
Lalu, untuk menghiburkan diri sendiri, pelbagai cara mereka lakukan.Tidak mustahil dengan terlibat penggunaan dadah secara yang tidak betul seperti penagihan, pengambilan dadah yang berlebihan juga penagihan alkohol.Mungkin mereka fikir itulah cara untuk menghiburkan diri mereka yang kesepian sendirian.
Beginilah nasib kebanyakan artis atau 'figure' tersohor seluruh dunia, kan? Cuba kita lihat kes-kes kematian Curt Cobain (Nirvana), Michael Jackson,David Caine dan Chris Benoit (Wrestler).
Apa sebenarnya terjadi pada mereka ya? Apa masalah mereka padahal mereka telah menempa nama yang besar dalam bidang masing-masing.Jawapannya hanya Tuhan yang tahu.
Bacalah berita mengenai kematian Whitney Houston ini :
Berita ini ditulis pada : 12:04PM Feb 12, 2012.
Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada sekitar tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.
Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.
“Pada pukul 3:55 petang (semalam), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.
Beliau yang dipetik AFP berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha dibuat untuk memulihkan beliau.
“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap itu.
Sementara itu, AP pula melaporkan pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui.
Mayat penyanyi legenda itu masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematiannya.
Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu "I Will Always Love You" dan album tahunan bagi "The Bodyguard".
Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan