Iklan Nuffnang

Zodiak/Horoskop : Sejauh Mana Kebenarannya ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Ramai orang masih tidak jelas dan tidak faham mengenai isu mempercayai ramalan untuk bintang-bintang diri sendiri atau juga dikenali sebagai zodiak/horoskop.

Di sisi agama Islam, mempercayai dengan beria-ia (bersungguh-sungguh), atau pun yakin sangat mengenai apa jua ramalan, sama ada ramalan ahli nujum, tukang tenung,ramalan dari haiwan seperti burung serindit melalui daun terup,ramalan dari bomoh atau pawang, dan juga termasuk mempercayai ramalan bintang-bintang zodiak/horoskop adalah jelas haramnya dan amat-amat ditegah oleh syarak.Allah dan RasulNya melaknat orang yang mempercayai ramalan-ramalan karut tersebut kerana ianya berkaitan dengan perkara syirik dan tahyul yang boleh menyebabkan hilangnya keyakinan kita kepada kuasa Yang Maha Besar iaitu kuasa Allah.

Namun,saya tidaklah ingin pergi lebih jauh dan mengulas panjang lebar mengenai perkara tersebut.Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, betapa jauh 'kena' atau 'hampir-hampir kena' dengan diri kita apabila kita melihat catatan-catatan setiap zodiak/horoskop mengenai diri kita.

Saya tidak menaruh apa-apa keyakinan kepada zodiak/horoskop,saya cuma mempertimbangkan dan mengambil kata-kata daripada pakar motivasi terkenal Prof.Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah (DMFK), yang mengatakan 'ianya' (merujuk kepada Horoskop DMFK), adalah satu kajian yang telah dibuat olehnya dan ianya hanyalah berkaitan ciri-ciri diri seseorang.

Dalam ertikata lain,beginilah, konsep zodiak/horoskop ini semestinya telah dikaji oleh orang terdahulu dan ada masanya ianya 'kena' atau menepati ciri-ciri seseorang.Ada juga yang langsung tidak berkaitan atau tidak 'mengena'dengan diri seseorang.Jadi, janganlah kita menaruh keyakinan dan anggaplah ianya sekadar suka-suka dan hanya kebetulan sahaja.Minta dijauhkan kita dari amalan syirik.

Kalau mengambilkira zodiak/horoskop saya yang kononnya bernaung di bawah bintang Virgo,ada lah sikit-sikit 'kena' dengan diri saya.Contohnya, hari kelahiran saya ialah Rabu, namun di catatan zodiak Virgo mengatakan hari kesukaan (favourite day) bagi Virgo ialah Rabu.Sedangkan saya tidak sukakan hari Rabu pun sebenarnya.

Begitu juga, di catatan Virgo mengatakan seorang Virgo bersifat sukakan kesempurnaan,sensitif, lembut hati,kemas dan sukakan ketenangan.Di antara ciri-ciri tersebut adalah yang 'mengena' kepada diri saya, walaupun tidak semua.

Cumanya, baru-baru ini jika berdasarkan zodiak/horoskop DMFK (berdasarkan kajiannya,bukannya zodiak yang biasa),orang yang memiliki garis-garis putus-putus di telapak tangannya, orang tersebut lembut hati, penyayang dan mudah sakit perut.Yang ini memang kena dengan saya.Saya kebetulannya memiliki garis-garis putus-putus di telapak tangan, dan memang saya sering/mudah sakit perut.Sakit perut di sini merujuk kepada keadaan yang memulas-mulas dan rasa tidak selesa.Kadang-kadang bukannya sakit perut tersebut disebabkan 'nature call' pun.

Lalu, saya beranggapan dan mengambil pendekatan yang sama seperti disarankan oleh DMFK,iaitu sesuatu yang telah dikaji dan ada sedikit sebanyak persamaan dan kita mempunyai sandaran (kerana telah dilakukan kajian oleh orang terdahulu),saya mengambil pendekatan yang semua perkara itu ialah secara kebetulan atau hanya 'sipi-sipi' sahaja.Kita tidak boleh menaruh keyakinan terhadap perkara-perkara zodiak/horoskop ini.Anggap sahajalah yang horoskop/zodiak kita itu hanyalah suatu permainan suka-suka sahaja dan jika benar sekalipun catatan ramalannya, ianya hanyalah sekadar kebetulan sahaja.

Dalam agama Islam juga ada sejenis ilmu yang dikenali sebagai ilmu firasat dan menafsir mimpi.Namun ianya tidak seperti menafsir zodiak/horoskop seseorang, kerana ilmu firasat dan menafsir mimpi di sisi Islam dikaji dan dilaksanakan berdasarkan Al Quran dan Hadith.

Wallahualam.

Tiada ulasan: