Iklan Nuffnang

Pantun Lawak Nasihat

alriana5604@gmail.com

Kali ini teringin pulak saya nak pantun memantun.

Bagi pengunjung blog saya yang bukan orang Melayu dan dari luar negara Malaysia, ingin saya menerangkan sedikit sebanyak mengenai pantun.

‘’Pantun’’ can be described as ;
(refer to this link : http://en.wikipedia.org/wiki/Pantun)

‘’The pantun is a Malay poetic form. The pantun originated as a traditional oral form of expression. The first examples to be recorded appear in the 15th century in the Malay Annals and the Hikayat Hang Tuah. The most common theme is love’’.

Please refer to the link for details.

Saya mencipta pantun ini sendiri dan ianya bertemakan pantun kategori lucu/lawak jenaka yang berkisar berkenaan hutang, kenaikan harga barang dan perihal tanggungan orang yang makan gaji dari sebulan ke sebulan untuk menanggung kehidupan sendiri dan keluarga di masa kini.

1.
Anak itik memakan terung
Selepas makan sakit gigi
Mengapa kita asyik termenung
Sebabnya gaji lambat lagi

2.
Anak unta membeli payung
Payung dibeli dari Delhi
Hutang banyak buat termenung
Sudahlah termenung menongkat dahi

3.
Anak gajah sakit untut
Anak kuda terjun laut
Barang mahal gaji seciput
Hidup sebulan tersemput-semput

4.
Anak kerbau tersepak taik
Anak kambing patah gigi
Harga petrol semakin naik
Barang pun mahal harganya tinggi

5.
Anak harimau suka bergasak
Anak singa suka berlari
Harga naik hutang pun banyak
Gaji seribu habis dua hari

6.
Anak berudu si anak katak
Berenang-renang tercucuk duri
Menambah pendapatan idea yang bijak
Cari caranya usaha lah sendiri

7.
Anak monyet bermain congkak
Anak beruang menggigit jari
Rezeki yang halal jalannya banyak
Rezeki yang haram jangan dicari

8.
Anak kucing mata berpinar
Anak tikus bersenang lenang
Sabar dan usaha jalan yang benar
Betulkan bajet kurangkan hutang

9.
Anak biawak si anak buaya
Masuk ke kolam berenang-renang
Jangan bersikap suka bergaya
Wang habis hutang pun datang

10.
Anak ayam memakan halia
Anak itik duduk memandang
Hidup sederhana amalan mulia
Hutang berkurang hati pun tenang

Bagaimana ? Ok tak pantun ciptaan saya? :)
Diharapkan pengunjung blog saya akan terhibur.

Sekian dulu buat masa ini.

Tiada ulasan: