alriana5604@gmail.com - AL The One
Di dalam kehidupan kita sehari-harian, adakah kita menyedari yang diri kita masing-masing sebenarnya mempunyai keistimewaan yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa ?Saya bukannya maksudkan keistimewaan seperti mempunyai sesuatu bakat, contohnya suara yang merdu, wajah yang cantik, otak yang genius atau apa-apa lagi jenis kelebihan bersifat dimiliki ketika kecil hinggalah dewasa.Tetapi yang saya maksudkan ialah ‘something special’ dan ianya seperti ‘gifted’ atau ‘miracle’ yang kita rasakan ada pada diri kita, namun tiada pada individu/orang lain.
Sebagai contoh, saya menyedari yang diri saya agak sukar dihinggapi penyakit.Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kurniaan ini.Jika individu lain senang sangat menghidap demam, selsema dan batuk serta penyakit-penyakit yang lain, tetapi setakat ini saya tidak begitu.Kebiasaannya dalam tempoh 2-3 tahun barulah saya akan dijangkiti demam.Saya percaya ini satu keajaiban pada diri saya dan juga mungkin antibodi saya kuat berbanding orang lain.Mungkin juga wujud individu lain yang juga mempunyai keistimewaan seperti yang saya miliki ini.
Di antara keistimewaan lain yang mungkin anda miliki ialah anda mempunyai deria ‘agakan’ yang baik.Ianya merujuk kepada ‘prediction/expectation sense’ anda.Contohnya anda boleh mengagak sesuatu yang mungkin berlaku atau tidak berlaku, dan ianya memang sering terjadi mengikut naluri agakan anda.Ianya seperti ‘kuasa ajaib’ yang anda miliki.Namun hal ini tidak wajar diketahui orang tiapkali anda di’ilham’kan akan berlakunya atau tidak berlakunya sesuatu perkara.Ia adalah salah satu bentuk bagaimana Tuhan memberikan anda keistimewaan.
Selain itu, pernahkah anda mendengar keistimewaan dimiliki oleh seseorang individu yang boleh memujuk atau menarik perhatian orang lain melalui percakapannya? Percayalah, memang wujud individu yang memiliki keistimewaan ini.Setiap patah dan bait butir bicaranya amat menarik perhatian dan seolah-olah kita dirasuk.Sebenarnya kita tidak dirasuk, ianya adalah satu kelebihan cara pertuturan yang begitu menarik hati orang lain.
Begitu juga dengan kelebihan seseorang yang memiliki ‘kuasa penyembuh’.Ianya bolehlah diumpamakan seperti kepandaian mengubati orang lain atau disebut juga sebagai bomoh.Namun, ada sesetengahnya ‘miracle’ ini akan menjadi ‘pudar’ atau ‘tawar’ apabila ianya digunakan dengan tujuan untuk riak, sombong dan menunjuk-nunjukkan kehebatan yang dimiliki.
Ada juga yang pernah saya bertemu, seseorang yang mempunyai kelebihan menafsir mimpi dan juga mendapat petanda sesuatu melalui mimpi.Seperti juga kebolehan mengubati orang lain, ianya juga tidak boleh digunakan dengan tujuan jahat atau menunjuk-nunjuk.Selalunya bila perkara itu berlaku, barulah si folan tadi menyedari bahawa kejadian tersebut sama atau mirip dengan apa yang pernah dimimpikan di dalam tidurnya.
Sebenarnya, semua perkara yang kita rasai seolah-olah perkara ajaib ini adalah kurniaan (gifted) kepada kita oleh Yang Maha Esa.Mungkin ianya bertujuan untuk menduga kita, menjadikan kita orang yang sabar, jujur, amanah, perlu menolong orang lain dan juga mendidik jiwa kita agar menjadi insan yang baik.
Ingat ungkapan ini, ‘’ Great power comes with the great responsibilities’’, ini adalah ungkapan dalam filem Spider Man sebenarnya.Tuhan tidak memberikan kita ‘miracle’ tanpa kita ada tanggungjawab untuk menggunakannya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan