alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam sejahtera,
Pernah kah anda melakukan perkara ini ? Iaitu me’reward’ diri sendiri?
Apa yang saya maksudkan dengan perkataan ‘mereward’ diri sendiri?
Tidak kira anda seorang yang aktif, kurang aktif, sibuk atau tidak sibuk dalam kehidupan sehari-harian, sibuk bekerja, sibuk belajar, perlu melakukan banyak tugasan dan tiada waktu ‘senggang’ yang panjang, tetapi anda masih boleh melakukan aktiviti mereward diri sendiri.
Sebenarnya, maksud saya dengan mereward diri sendiri ialah cara kita memberikan ganjaran kepada diri kita sendiri setelah kita berhempas pulas, bersusah payah atau asyik melakukan perkara rutin terhadap diri kita setiap hari.Contohnya, kita asyik pergi dan balik bekerja, penat menghadapi kesesakan lalulintas, sibuk dengan ‘client’ dan tugasan,melakukan tugasan rumahtangga, kepada yang masih belajar juga kesibukan dan keletihan belajar menghantui diri mereka.
Jadi bagaimana anda mereward diri anda sendiri supaya apa jua tugasan seharian yang anda lakukan tidak menjemukan, tidak merasa ‘down motivation’ dan tidak merasa tipikal atau stereotaip?
Ok, di sini saya memberikan beberapa tips yang kita boleh kongsi sama-sama.Tips ini simple saja dan sudah ramai yang tahu cuma mereka tidak punyai masa untuk melakukannya, atau tidak berminat untuk melakukannya.
Mari kita lihat sama-sama ;
1.Setelah penat bekerja dan melakukan perkara yang sama setiap hari, cuba lakukan kelainan pada keesokan harinya, dengan berpakaian yang agak ‘rugged’ atau ‘casual’.Ini merujuk kepada mereka yang bekerja waktu pejabat dan mempunyai 1 hari dalam seminggu yang dibenarkan majikan berpakaian santai.Cubalah memakai sehelai jeans denim yang tidak terlalu ketat dan padankan dengan T Shirt berkolar yang agak kemas tetapi ‘stylish’.Padankan dengan sepasang kasut yang agak santai tetapi kemas.Saya boleh jamin, anda akan rasa bertambah semangat dan kelihatan lebih segar berbanding hari-hari biasa yang sentiasa berpakaian pejabat, bersuit dan bertali leher beserta seluar slack yang ‘polos’.
2.Bikin sendiri kelainan ke atas diri kita dengan berusaha memiliki sesuatu barangan/gajet yang sudah lama kita idam-idamkan.Contohnya jika kita sudah lama menggunakan handphone jenama Samsung.Apa kata, sesekali dalam setahun, gaji pada mana-mana bulan yang kita perolehi, kita beli pula satu gajet yang berlainan jenamanya.Tidak semestinya kita membeli handphone sahaja, kita mungkin boleh mencuba dan membeli i-pad contohnya, atau i-pod untuk mendengar lagu dan muzik.Atau pun paling tidak, jika kita benar-benar tidak cukup bajet, apa kata kita upgrade saja computer riba kita, memberikannya wajah baru dengan sticker dan mencantikkannya.Konsepnya, ‘letakkan nilai tambah kepada barangan milik kita yang kita sayangi’ supaya ianya tidak membosankan kita memilikinya setelah sekian lama.
3.Anda mesti pergi dan balik kerja mempunyai alternatif lebih dari satu jalan, kan?Maksud saya jalan yang anda lalui pergi dan balik kerja tidak kiralah anda memandu kereta, menaiki kenderaan awam atau menunggang motosikal.Tipsnya mudah, anda cuba ‘survey’ jalan lain dan camkannya betul-betul.Apa yang terdapat di laluan baru itu,contohnya ada kedai atau tidak, ada restoran atau tidak, adakah jalannya tidak sibuk, elokkah kondisi jalannya (ratakah atau berlubang/berlopak).Ini untuk kegunaan bila kita mencuba melalui jalan tersebut dan kita akan rasa seronok apabila mengetahuinya.Selain dari kita juga boleh singgah-singgah sebentar, minum-minum dan berehat-rehat, jika masih mempunyai masa ketika melalui jalan tersebut ketika pulang dari bekerja.Ianya akan jadi satu kelainan bagi kita !
4.Reward diri anda dengan berjalan-jalan, bersiar-siar atau melancong.Ini merujuk kepada ‘event’ tahunan lah.Memanglah ianya melibatkan perbelanjaan yang agak besar tetapi kita boleh merancang elok-elok.Simpan sedikit wang dan buat sedikit ‘study’ ke tempat/lokasi mana kita mahu kunjungi.Apabila kita sudah kepenatan bekerja, melaksanakan tugasan setiap hari, berhempas pulas mencapai target yang diberikan (jika kerja memerlukan sesuatu target), apalah salahnya untuk menggembirakan diri kita sendiri, dalam setahun kita pergilah kunjungi tempat-tempat yang boleh menenangkan perasaan kita.
5.Membuat amal kebaikan dan mendekati agama.Ini ialah yang terutama, walaupun ianya saya letakkan di nombor yang ke-5 dan terakhir.Maksud saya di sini ialah, cara kita melakukan sesuatu amal dan kebaikan perlu juga dengan tertib dan gaya yang berbeza dan bukannya asyik sama dan kita mungkin merasa agak ‘common’ atau sudah menjadi kebiasaan.Contohnya, kita biasa dan menjadikan tanggungjawab wajib kita ialah bersolat fardhu 5 waktu, bahkan kepada semua orang juga solat fardhu itu wajib.Apa kata, jika kita biasa bersolat sendirian, sesekali kita ‘join’ solat berjamaah di surau pejabat kita.Tak dapat setiap waktu pun tidak mengapa.Selain itu, jika ada ceramah agama, kita cuba untuk dekati dan dengari.Paling tidak, kita dapat mengenali rakan-rakan jemaah.
Begitu juga jika ada aktiviti-aktiviti amal, seperti Hari Bumi, Sumbangan untuk mangsa banjir, Bantuan untuk anak-anak yatim,Infaq/pemberian sedekah di bulan Ramadhan juga kita boleh melibatkan diri.Cuba lakukan kebaikan setakat kita termampu, nescaya kita akan merasa puas.
Konsepnya amat mudah, bersandarkan satu pernyataan ayat dalam Bahasa Inggeris ini :
‘’Do the different thing or do the same thing in different way’’.
Lebih kurang maksudnya : ‘’Lakukan perkara berlainan atau lakukan perkara yang sama tetapi dengan cara berlainan’’.
Insya Allah dengan cara-cara yang saya berikan ini, diharapkan anda dapatlah memberikan ‘reward’ atau ganjaran kepada diri anda sendiri, untuk anda merasa lebih bahagia dan bersemangat menghadapi kehidupan seharian anda.
Sehingga bertemu di lain entri.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan