alriana5604@gmail.com - AL The One
Di manakah destinasi pelancongan impian anda ?
Jika saya ditanya dengan soalan ini, saya akan menjawab, ‘’Destinasi pelancongan impian saya ialah ingin mengunjungi, melawat, memerhati dan menghayati keindahan panorama Air Terjun Niagara (Niagara Falls) di Kanada.
Lihat dan rujuk link di blog ini, sebagai rujukan dan maklumat am berkenaan Niagara Falls ;
http://kelanafana.blogspot.com/2010/07/gambar-air-terjun-10-paling-cantik-di.html
Saya sudah lama menyimpan impian ini dan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi ! Betul, tak tipu punya ! :)
Saya sering berangan-angan yang saya sedang bersantai menikmati panorama indah di anjung di mana disediakan untuk pelancong bersantai benar-benar berdekatan dengan tempat mencurahnya air terjun Niagara tersebut.Sambil ber’posing’ dan mengambil gambar sepuas-puasnya.Siap ambil rakaman video lagi pada waktu itu.Ha ha ha ha….
Entah lah, saya sendiri pun tidak mengerti kenapa saya jatuh hati sangat kepada destinasi pelancongan Niagara Falls ini.Mungkin kerana saya ini seorang yang sentimental dan sukakan alam semulajadi agaknya.Saya rasa takjub dengan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa setiapkali saya mengunjungi mana-mana air terjun.Sebelum ini saya pernah mengunjungi destinasi air terjun peranginan terkenal di negara kita iaitu Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi, Kedah dan juga Air Terjun Lata Kinjang di Tapah, Perak.
Saya berharap dan berdoa, pada suatu hari nanti akan dipermudahkan oleh Tuhan dan juga melimpah ruahkan rezeki kepada saya untuk berkesempatan berkunjung ke Niagara Falls ini.
Bagaimana pula dengan anda ?
Di manakah destinasi pelancongan idaman anda ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan