Iklan Nuffnang

Isnin, 25 Julai 2011

Tahun 3000

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu kembali.

Pernah kah kita membayangkan jika kita berada di tahun 3000? Kita pasti sudah tiada lagi ketika itu, cuba kita andaikan umur kita kini 30-an hingga 50-an.Mustahil jika kita masih hidup lagi 989 tahun dari sekarang ( Tahun 2011 + 989 Tahun = Tahun 3000), kan?

Agak-agaknya, apa yang berbeza sangat ketika itu, ya ? Sudah tentulah dari segi perkembangan teknologinya, kan?Tentunya kita membayangkan kehidupan ketika itu amat-amat canggih dan sangat maju sekali.

Kita boleh membayangkan keadaan dunia ketika itu semuanya berorientasikan peralatan mesin-mesin yang canggih.Wajar juga jika saya bayangkan ketika itu,ruang udara kita di dunia ini dipenuhi pesawat peribadi yang lagaknya seperti sebuah kenderaan sedan keluarga.Laluan di udaranya seperti laluan trafik kita pada masa sekarang.Sibuk sekali.Polis lalulintas dan penguatkuasa juga lengkap mengawal aliran trafik udara dengan memandu jet berkuasa bagi memantau pesawat-pesawat peribadi orang awam yang lain.

Gambaran nya amat canggih, kan?
Tapi benarkah begitu, seperti yang kita bayangkan?Kita pasti ianya jadi begitu?
Jawapan nya mungkin ya dan mungkin tidak.Atau mungkin pertengahan saja.

Sebenarnya, jika kita masih hidup pun di dunia ini pada tahun 3000 nanti, terlalu banyak sumber bumi dan hasil mahsul hutan dan kayu kayan di bumi telah pun hampir habis.Jika tiada/kurang usaha penanaman semula hutan dan kayu kayan dari sekarang, perkara ini bakal terjadi.Tidak mustahil pada tahun 3000 mungkin oksigen yang kita sedut secara percuma sekarang, ianya perlu dibeli ketika itu.

Udara ketika itu mungkin dipenuhi karbon dioksida dan gas-gas lain, ozon juga semakin menipis dan oksigen benar-benar berkurangan.Tetapi dengan kecanggihan teknologi manusia, oksigen boleh diperolehi melalui projek-projek mega rumah hijau dan ianya dijadikan perniagaan bagi urusan jual beli oksigen.Lagaknya tidak ubah seperti kita hari ini perlu membayar bekalan air dan elektrik yang kita gunakan secara bulanan.

Adakah andaian ini seperti terlalu berkhayal atau berimaginasi tinggi?Terpulang kepada penilaian kita sendiri.



Tetapi kita perlu sedar bermula hari ini, zaman ini, tahun ini bahawa seiring dengan kemajuan canggih dan sofistikated yang bakal anak cucu cicit kita nikmati pada tahun 3000 nanti, sebenarnya terdapat 1001 macam pengorbanan dan tuntutan yang diperlukan bagi meneruskan hajat manusia yang dahagakan arus teknologi canggih.

Oleh itu, jika dunia masih belum kiamat dan Bumi masih wujud ketika tahun 3000, ianya mungkin canggih, selesa dan mewah, namun di sudut-sudut lainnya ia telah menunggu masa saja untuk menenggelamkan hidupan di dalamnya angkara tangan-tangan manusia yang rakus dan durjana merosakkan Bumi itu sendiri.

Adakah benar Bumi ini sempat sampai ke tahun 3000? Hanya Tuhan saja yang tahu.

Tiada ulasan: