Iklan Nuffnang

Misteri dan Mitos Terkenal Semenjak Dulu Hingga Kini

alriana5604@gmail.com - AL The One

Entri saya kali ini agak santai.

Saya tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak yang seringkali dihujani mengenai mitos benda-benda hidup yang masih dikenali dan dikira ‘famous’ sampai sekarang.Rasa seronok pula untuk menulis mengenainya.

Lihatlah beberapa *mitos kategori benda-benda hidup yang masih saya ingati, antaranya ialah di bawah ini :

1.Tarzan : Dikisahkan kononnya Tarzan berasal dari manusia/bayi manusia yang ditinggalkan/tertinggal di dalam hutan oleh keluarganya.Tarzan kemudiannya dibesarkan oleh keluarga monyet lalu dia pandai berbahasa haiwan dan menganggap haiwan-haiwan lain adalah keluarganya.

Hakikat sebenarnya : Jika ditinggalkan/tertinggal mana-mana bayi di hutan belantara, harapan untuk dia sihat membesar amatlah tipis.Mungkin bayi itu akan dibaham binatang buas dan mati begitu saja.Takkan wujud Tarzan.

2.Serigala/Harimau Jadian : Kononnya dikatakan seseorang yang terkena sumpahan yang mana dia mampu bertukar menjadi manusia harimau jadian atau manusia serigala jadian di tengah malam di bulan purnama.Barangsiapa yang dicakarnya, manusia itu juga turut dijangkiti sumpahan tersebut dan dia mampu juga bertukar menjadi serigala/harimau jadian.

Hakikat sebenarnya : Tidak pernah pun sains dan teknologi mengesahkan bahawa gen haiwan serigala atau harimau boleh bersatu dengan gen manusia.Amat mustahil manusia boleh bertukar menjadi binatang tanpa pengaruh ilmu hitam atau pun sihir.Perangai manusia yang bertukar menjadi perangai haiwan ganas seperti serigala dan harimau, yang ini ramai wujud di masa sekarang.

3.Ikan Duyung : Dikisahkan Ikan Duyung ialah asalnya memiliki separuh badan manusia dan separuh badan lagi ialah ikan.Haiwan ini juga dikatakan tinggal di dalam laut dan hanya sekali sekala sahaja naik ke daratan.Entah benar entah tidak, tiada dapat dibuktikan oleh sains.Dalam ramai penyelam yang meneroka laut dalam juga tidak pernah diberitakan menemui mana-mana Ikan Duyung.

Hakikat sebenarnya : Jika dilihat logik akal, Ikan Duyung seharusnya berkepala ikan, bukannya digambarkan cantik jelita dan berbadan separuh manusia dan berkepala manusia.Sebabnya, untuk Ikan Duyung yang dikategorikan kononnya sebagai ikan, bila bernafas ia memerlukan insang.Jadi, jika kepalanya ialah kepala ikan, ada logiknya.Jika digambarkan Ikan Duyung seperti yang kita kenali sekarang,ianya berlawanan dengan hukum logik.

4.Burung Garuda dan Naga : Ini juga kerapkali kita dimomok-momokkan akan kewujudannya di masa lalu.Tahukah kita, bahawa haiwan bersaiz Burung Garuda dan Naga ini, selayaknya jika ia wujud sekalipun hanyalah pada zaman ‘pre-historic’ iaitu zaman kewujudan dinosaur dan spesies haiwan-haiwan gergasi sahaja ?.Mana bisa ia wujud sekarang kerana saiznya sahaja sudah sebesar bangunan 20 tingkat barangkali.

Hakikat sebenarnya : Mungkin ianya dulu-dulu ialah spesies dinosaur yang wujud di penghujung zaman-zaman yang sudah ada manusia yang bertamadun tinggal di mana-mana di mukabumi.Lalu kerana saiznya yang besar dari saiz manusia biasa, ia telah dikagumi manusia-manusia zaman dahulu kala.

5.Kuda Terbang Bertanduk Satu (Kuda Unikorn) : Mitos ini kerapkali dikaitkan kononnya ia berasal dari ‘langit’ atau ‘kayangan’.Kononnya ia membawa tuah kepada sesiapa yang berpeluang dapat melihatnya.Pada anggapan saya, mungkin ia seperti haiwan di alam bunian lah agaknya.

Hakikat sebenarnya : Belum pernah wujud pun mana-mana di dunia ini kuda bertanduk dalam ertikata bertanduk sebenar semenjak ia dilahirkan.Kalau dihias/dilekatkan tanduk memang ada.Umpamanya, pepatah Melayu ada menyebut; ‘Seperti menunggu kucing bertanduk’, membawa maksud sesuatu yang mustahil ditunggu/dinanti ianya akan berlaku.Ianya takkan berlaku, samalah seperti ‘Unikorn’ yang mustahil ianya boleh wujud.Kalau badak sumbu, ini memang betul bertanduk satu di kepalanya.

6.Burung Cenderawasih (Phoenix) : Ini pula sama ada ianya benar-benar wujud, masih lagi boleh diperdebatkan.Ada pakar yang pernah menangkapnya mendakwa mereka telah menangkap burung Cenderawasih yang sebenar.Tidak dapat pula saya mengesahkannya.Mungkin ya, mungkin tidak.Namun, dikatakan oleh sesetengah yang arif mengenainya, burung Cenderawasih bertelur dan bersarang di atas kepulan awan, meminum air embun dan hanya turun ke tanah apabila ia telah mati sahaja.Bulunya amat cantik laksana burung yang berasal dari kayangan.

Hakikat sebenarnya : Mungkin benar memang wujud burung Cenderawasih.Tapi tidak mustahil juga jika kita andaikan burung yang kononnya dianggap Cenderawasih dari kayangan itu, sebenarnya hanyalah sejenis spesies burung eksotik yang cantik dan amat jarang ditemui.Ianya mungkin spesies burung yang dikira hampir pupus, lantaran itulah amat sukar ditemui.Lalu dicanang-canangkanlah cerita bahawa burung Cenderawasih ialah burung yang sakti, ajaib, berasal dari kayangan dan mempunyai pelbagai keistimewaan kepada sesiapa yang berjaya memilikinya.

Wallahualam.
Sejauh mana kebenarannya hanya Yang Maha Esa yang mengetahuinya.
*Segala ulasan/huraian, hanyalah berdasarkan pendapat penulis semata-mata.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA PANDAI JUGAK KO PIKIR LOGIK AKAL EK?
TAPI KO XLEH NAK NUAT KESIMPULAN,,SBB KDG KDG ADER YANG SAINS SENDIRI PUN XMAMPU NAK UNGKAIKAN..

HAHAHA SLMAT MAJU KE DEPAN BRO..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

WOW

alriana5604 berkata...

Betul....ada yang saintis x leh jwb,hanya Allah yg Maha Tahu....

NURUL FILZAH berkata...

suka tgok citer dogeng ikan duyung :)

alriana5604 berkata...

Ya, Filzah, cerita lagenda Mermaid memang best ditonton,rasa seolah2 memang mermaid itu pernah wujud jer kan?