Iklan Nuffnang

Karma Kehidupan - Semua Orang Merasainya

alriana5604@gmail.com - AL The One

Karma.Semua orang pasti terkena dan ditimpa oleh ‘karma’.Setiap ketentuan dan takdir seseorang, kita boleh menganggapnya sebagai karma.Hukum karma.Buat baik akan dibalas dengan kebaikan, buat kejahatan, lambat bangat kita akan mendapat balasan yang buruk pula.

Ada orang yang hidupnya umpama menaiki atau memanjat anak-anak tangga.Lepas satu persatu dipanjatnya anak-anak tangga tersebut.Tanpa jatuh, tanpa gagal.Dari permulaan zaman awal kanak-kanaknya, dia sudah berjaya, berbakat, berketokohan,mudah mempelajari sesuatu,bijak,disukai ramai orang dan sering saja menonjol penampilan dan kejayaannya di khalayak.

Manakala di suatu sudut lain pula, wujud orang yang hidupnya asyik dibadai kesusahan, kerumitan dan kecerewetan liku-liku hidup yang dihadapinya.Zaman kanak-kanaknya lebih banyak masa susah membantu keluarganya dan ibubapanya, belajarnya tidak seberapa,bakatnya tidak menonjol mana,wujud perasaan rasa rendah diri di hatinya, rasa tersisih, dan juga dirasakan amat sukar untuk mengecapi hidup yang lancar dan tersusun sepertimana sukarnya melangkah anak-anak tangga satu persatu tanpa terjatuh. Tiap kali dia cuba mendakinya, ada saja sesuatu yang membuatnya tergelincir dan jatuh.

Ini kah ketentuan? Inikah karma bagi sesetengah golongan manusia yang telah ditakdirkan dan disuratkan untuk mereka?




Kadang-kadang ianya berlaku kepada diri kita juga.
Hidup ini secara kasarnya, selepas kita lahir ada 3 fasa/peringkat sahaja.Iaitu ketika usia kita kanak-kanak, ketika usia kita remaja/dewasa dan ketika kita usia tua.

Ada yang diberikan karma kehidupan di tiga-tiga fasa tersebut ‘senang-senang-senang’ semuanya.Ada yang dijadikan ‘susah-susah-susah’ semuanya.Ada yang berselang seli di antara tiga fasa tersebut.

Jadi, di manakah kita berada sekarang? Dan apakah keadaan kita sekarang ?
Terima lah karma hidup kita seadanya.

Jika boleh diperbaiki dengan usaha, doa dan tawakkal, ayuh, lakukanlah.
Kita semua terikat dengan karma.Mungkin kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh datuk, nenek moyang kita dahulu, dizahirkan pada/ketika generasi kita kini.

Oleh itu, sentiasalah kita melakukan kebaikan, mudah-mudahan generasi kita akan datang beroleh karma mereka yang menggembirakan.

Kredit kepada : http://indonesia.siutao.com/tetesan/karma.php

Tiada ulasan: