alriana5604@gmail.com - AL The One
Jika kita lihat senario filem kita semenjak akhir-akhir dekad ini, lebih banyak ‘boleh buat duit’ dengan filem ‘genre’ seram, kan ?Samsul Yusof yang juga anak kepada Datuk Yusof Haslam telah berjaya mengutip kira-kira RM8 Juta dengan filem Khurafat.Bermakna dia boleh berbangga dengan orang lain termasuk ayahnya sendiri kerana kini dia boleh diberikan jolokan ‘Eight Million Dollar Man’.Jika dahulu, ayahnya terkenal dengan kutipan RM6 Jutanya untuk filem Sembilu, dan juga pernah mendapat jolokan ‘Six Million Dollar Man’.
Begitu juga, dengan filem Ahmad Idham suatu ketika dulu, berjudul ‘Jangan Pandang Belakang’.Juga berjaya mendapat kutipan tertinggi dan menguntungkan.
Justeru, mungkin sebab itulah juga, 3 beradik trio, KRU yang terdiri dari Norman, Yusry dan Edry juga menyiapkan filem ber ‘genre’ seram mereka berjudul ‘Karak’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi.Apa sudah jadi dengan filem ‘epik’ mereka, Hikayat Merong Mahawangsa? Saya sudahpun menontonnya walaupun bukan di pawagam.Pandangan peribadi saya, saya berikan 3/5 bintang, ‘not bad’ dan ‘nice try’.
Berlainan pula ceritanya dengan ragam atau ‘trend’ filem Hollywood.Nampaknya, pengarah-pengarah Hollywood ini seperti ‘ketagih’ dan tidak putus-putus untuk memfilemkan semula watak-watak adiwira (superhero) berasal dari buku komik Marvel.
Filem terbaru yang diadaptasikan dari ‘Marvel Comic’ tersebut ialah bertajuk ‘Thor’.Ia mengisahkan mengenai seorang putera dewa dari langit yang dihalau ke bumi dan ketika hidup di bumi dia banyak membantu manusia di bumi menentang anasir kejahatan.
Pelik, bukan ?
Produser filem tempatan Malaysia berlumba-lumba mahu membikin filem berkisar cerita seram,hantu, tahyul dan menakutkan.Manakala produser filem Hollywood pula ghairah dan asyik ingin mengeluarkan filem superhero.
Apakah bertepatan dengan persamaan ini :
Melayu – Hantu (percaya perkara tahyul).Kesannya, anak-anak kecil lebih takutkan hantu dari perkara lain.
Orang Putih – Superman (Superhero).Kanak-kanak negara Barat (orang putih) lebih suka berkhayal dan menjadikan mereka masyarakat yang lebih inovatif dan bercita-cita tinggi berbanding orang Melayu.
Anda setuju ?...terserah pada penilaian masing-masing...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan