alriana5604@gmail.com - AL The One
Apakah yang kita selalu lihat atau saksikan setiap hari kita memandu kenderaan di jalanraya?Mestilah bilangan kenderaan yang banyak, sesak dan memenuhi jalan, lebih-lebih lagi pada waktu puncak, bukan?
Tahukah kita bahawa ada beberapa kategori pemandu kenderaan yang tiada sikap memikirkan pemandu lain yang ingin cepat dan ada urusan mustahak?Mungkin ini tidak menepati kehendak pihak penguasa jalanraya yang sentiasa menggalakkan agar pemandu sentiasa bersabar dan berhati-hati di jalanraya.
Namun dengan berkelakuan demikian,ianya mengundang kemarahan, ketidakselesaan dan ketegangan suasana di jalanraya jika kita masih lagi bersikap kononnya ‘bersabar’ yang mana ia sebenarnya lebih kepada bersikap ‘lembab’ dan ‘terhegeh-hegeh’ ketika memandu.
Lantaran itu, perkataan ‘Lambat,Lembab atau Sabar Di Jalanraya’ memang kena bagi menegur sikap pemandu yang sebegitu.Cuba kita lihat beberapa senario ini dan cara/kaedah untuk memperbetulkannya :
Senario 1 :
Di hentian lampu isyarat merah, seringkali kita dapati pemandu yang di hadapan sekali lambat bergerak walaupun lampu isyarat telah bertukar kepada hijau.Inikah namanya ‘sabar’? adakah pemandu tersebut sudah berusia/tua, masih belum mahir memandu atau tertidur/berkhayal?Jika sudah tua, sakit, OKU atau belum mahir ianya bolehlah dimaafkan.Sekiranya sengaja berkhayal, jangan amalkan sikap ini ketika memandu jika kita tidak mahu dimarahi pengguna jalanraya yang lain.
Cara praktikal memperbetulkan :
Jika kita adalah pemandu di barisan hadapan sekali di hentian lampu isyarat, tolong lah bersikap sentiasa bersedia.Selalu ‘aware’, lihat kerapkali ke lampu isyarat, fokus dan perhati.Bertindak pantas, jangan lembab.Jalan terus dengan segera apabila tiba masanya.Jangan bersikap terkial-kial mengundang rasa marah pemandu di belakang.
Senario 2 :
Ketika kita memandu di jalan/lebuhraya yang mempunyai 3 lorong sehala, tolonglah ke lorong tengah atau ke lorong tepi sekali jika sudah tahu kita hanya mahu memandu ‘so-so’ (sederhana laju) sahaja.Jangan gatal-gatal memandu ‘terkedek-kedek’ di lorong tengah atau lorong paling kanan sekali.Tempat kita adalah di lorong paling kiri jika kita ingin memandu seperti bersiar-siar menaiki basikal di waktu petang.
Cara praktikal memperbetulkan :
Kita perlu sedar diri, latih diri, mesti bersikap ‘empathy’, yakni memikirkan bahawa pemandu-pemandu di belakang kita semuanya ingin balik cepat, memandu pantas, ingin segera menujui destinasi.Jadi, bagi kita yang hanya memandu perlahan dan berlagak santai ini perlulah ke lorong kiri sekali.Biar semua pemandu-pemandu lain itu memotong kita tanpa kita menghalang mereka.
Senario 3 :
Ketika kesibukan/kesesakan mengisi bahan api/petrol di stesen minyak.Kita perlu lebih aktif, jangan berjalan terhegeh-hegeh.Ingat, hidup ini sentiasa kejar masa khususnya bagi orang yang sibuk.Jangan anggap kita tidak sibuk, lantaran kita buat ‘rilax’ saja.Ini yang selalu kita amalkan, jika kita di hari cuti, kita pun rasa semua orang lain cuti dan tidak mahu cepat seperti kita.Lalu kita pun amalkan sikap itu.Hidup ini perlu ‘sense of urgency’.Bukannya tergopoh gapah tapi mesti amalkan suka bersegera dan pantas.Lebih-lebih lagi hidup di kota, bukannya di kampong atau di desa.
Cara praktikal memperbetulkan :
Kita mesti bersikap optimis, tindakan yang cepat, bukannya tergopoh gapah, tapi dilihat ‘cergas’, tidak sengaja melambat-lambatkan dan juga bila telah selesai mengisi bahan api, terus saja gerakkan kenderaan dengan segera tanpa perlu melihat-lihat seolah-olah ingin membaikpulih (service) kenderaan kita di situ.
Senario 4 :
Ketika mencari ruang letak kereta,meletak kereta atau mengeluarkan kereta dari tempat letak kereta.Kita perlu juga bersikap berhati-hati, memang tidak salah.Perhatilah dengan teliti jangan sampai melanggar kenderaan lain.Namun, jangan bersikap ‘lembab’ dengan ketidaktentuan (uncertainty) untuk memilih mana-mana tempat letak kereta yang kosong.Tengok ruang, gerakkan kereta, masuk ke ruang letak kereta, segera dan berobjektif.Tanpa bersikap tercari-cari, tidak yakin, mahu menunggu ruang yang lebih dekat dan sebagainya.
Cara praktikal memperbetulkan :
Kita perlu berobjektif.Pemandu mesti ada keputusan segera.Pantas, bijak dan cepat.Perhatikan sekeliling, masuk saja ke mana-mana ruang letak kereta yang kosong, jangan menunggu-nunggu, gerakkan kenderaan dan terus saja letak kenderaan kita.
Senario 5 :
Ketika membayar tol tunai atau Touch & Go dan juga di kaunter pandu lalu makanan segera.Jangan bersikap sudah sampai ke tempat jurutol barulah terhegeh-hegeh mencari duit tunai atau kad Touch & Go.Jangan buat muka tidak bersalah bila masih ‘teraba-raba’ mencari wang syiling atau kad yang hilang atau terjatuh di dalam kereta kita.Ini semua menimbulkan kemarahan pemandu belakang kita.Jika terdapat kesilapan teknikal sistem tol lebuhraya barulah insiden seperti disebutkan tadi dapat dimaafkan.Begitu juga membuat pesanan di kaunter pandu lalu.Jangan berbelah bahagi, pilih dengan tepat dan jangan tidak tetap pendirian.Ini bertujuan melancarkan aliran trafik di laluan tersebut.
Cara praktikal memperbetulkan :
Kita perlulah bersiap sedia ketika memandu.Sudah tahu sentiasa memandu di jalan yang mengenakan tol, bersiap sedialah selalu.Sediakan wang kecil, kad Touch & Go dengan seelok-eloknya.Letakkan di ruang yang tidak mudah jatuh ke lantai kenderaan.Perkara ini sebenarnya ‘simple’ sangat.Tapi disebabkan sikap kita yang beginilah, maka sentiasa saja kita bersikap tidak endah dan membiarkannya.
Sebenarnya, saya tidak menujukan kepada mana-mana gender akan tabiat-tabiat ketika memandu kenderaan yang saya nyatakan di artikel ini.Sama ada lelaki atau perempuan mempunyai masing-masing akan sikap ‘remeh-temeh’ ketika pemanduan mereka.Belum lagi dikira, ada pemandu yang bercakap melalui telefon bimbit dan kenderaan dipandu perlahan di lorong tengah atau kanan.Belum lagi dikira yang bersolek dalam kenderaan, yang menyanyi dan juga yang bergurau senda dengan anak-anak.
Ingatlah;
Memandu kenderaan ini tujuannya ialah ingin bersegera ke destinasi yang kita tuju dan juga dalam keadaan selamat.Perlu diingatkan, memandu ‘segera/cepat’ adalah berbeza dengan memandu laju.Segera bermaksud kita masih dalam ruang lingkup masa yang biasa kita tiba ke sesuatu destinasi.Jika yang memandu laju itu pula, berkemungkinan mereka sudah kelewatan dan sikap memandu laju berkait rapat dengan sikap tergopoh gapah dan menempah maut.Ianya bahaya.
Jadi, jangan kita salah anggap pemanduan yang ‘lambat, lembab atau sabar’ itu ialah satu cara pemanduan yang bagus.Pada hakikatnya ia dilihat terhegeh-hegeh dan menyusahkan pemandu lain !
Begitu juga memandu tangkas, cergas dan bersegera itu bukanlah maksudnya memandu laju tetapi ianya lebih kepada cara kendalian, kemahiran dan pengalaman kita ketika memandu.Lantaran disebabkan itu juga, barulah pemanduan di jalanraya menjadi lancar.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan