Iklan Nuffnang

Ahad, 10 April 2011

Steve Bridges - Si Peniru Watak (Impersonator)

alriana5604@gmail.com - AL The One

Ini merupakan 'peniru watak' atau dikenali sebagai 'impersonator' yang mana di negara Uncle Sam terdapat seorang yang bernama Steve Bridges yang begitu berketokohan untuk meniru gaya, perwatakan dan juga percakapan seseorang yang dikenali ramai.Antara yang ditirunya ialah Bekas Presiden George W. Bush, Presiden Barack H. Obama, Bekas Governor California, Arnold Schwarzanegger dan lain-lain.

Lihatlah betapa dunia Barat mampu men'klon' seseorang dalam bentuk perwatakan.Ini jika kita lihat ianya mungkin tujuan keselamatan dan juga sekadar hiburan.Mungkin jika Presiden atau individu yang dikenali ramai berada di mana-mana dan terdedah kepada penjenayah atau pengganas, impersonator begini mungkin mereka gunakan bagi mengelirukan penyerang atau penjenayah.



Sampai begitu sekali kehebatan dunia Barat ya ? agak-agaknya lah, Perdana Menteri kita di Malaysia ini, pernah mempunyai impersonator, tak ? atau, ianya tak perlu ?

Tiada ulasan: