alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam sejahtera,
Sudah lama saya ingin ‘posting’ tajuk ini dan bercerita mengenainya.Namun keadaan seolah-olah amat menekan saya untuk mengatakan tidak kepada hasrat ini.Maklumlah, faham-faham saja lah kita sedang berada dalam kekangan Akta Media Cetak yang lebih ketat sekarang ini.Silap-silap kalau kita tersalah‘elaborate’ sesuatu posting dalam blog kita, naya kita dibuatnya.
Lalu, beginilah…biarlah cukup saya hanya memberikan garis panduan serba sedikit, rujukan, senarai dan huraian ringkas mengenai obsess (kegilaan) berforum di alam maya (online) ini.Kepada yang sudah sedia maklum dan mungkin ada di antaranya sudah pun terlibat sebagai ‘forumer’ di mana-mana forum online, diucapkan selamat berforum dan bawalah berita yang benar dan jadikan lah diri anda forumer yang baik, berbudi bahasa dan tidak memaki hamun sesuka hati.Ok? … :)
Sebenarnya, saya sudah aktif berforum online ini sudah kira-kira 3-4 tahun.Pelbagai ragam sudah saya rasai dan alami dengan gelagat forumer-forumer di alam maya ini.Ada yang mudah naik angin, ada yang kaki kutuk, suka maki hamun, ada yang asyik mengeluarkan hujah dengan hadith dan ayat Al Quran, ada yang posting suka-suka dan tak ada isi, juga tak kurang yang sungguh beremosi khususnya penyokong parti-parti politik tertentu.
Anda ingin tahu ruangan forum online yang mana kah di antaranya merupakan yang paling terkenal dan saya sukai ,di tanahair kita? Di bawah inilah di antaranya :
1. http://www.tranungkite.net/v11/ - Forum ini saya merupakan forumer senior.
2. http://www.detikdaily.net/v5/ - Saya juga forumer senior di forum ini.
3. http://www.selatanonline.net/v1/index.php - Dulu-dulu saya pernah jadi forumer tegar di forum ini, waktu mula-mula melibatkan diri dalam dunia berforum di alam maya.
4. http://www.utaraonline.net/v4/ - Saya hanya sebagai pemerhati tidak berdaftar di forum ini.
5. http://www.tkodaily.net/v4/ - Forum ini khusus untuk forumer wanita, juga dikenali sebagai TKO Pink kerana paparan nya berwarna merah jambu.
Cubalah berforum! Jangan risau berkenaan persepsi mengatakan berforum online memerlukan masa yang terluang dan ianya membuang masa.Sebenarnya, ia tidak begitu.Dengan melibatkan diri di dalam dunia forum maya, kita akan dapati banyak berita-berita alternatif yang bagus.Selalunya berita-berita tersebut tidak ke udara di media cetak dan media elektronik arus semasa.
Jika kita hanya bersumberkan Buletin Utama TV3, Berita RTM, Surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian saja, maka percayalah pemikiran kita hanya berkisar kepada satu jenis/corak pemikiran sahaja.Sedangkan banyak lagi sumber di forum yang kita boleh dapati, namun sebagai forumer juga kita perlu bijak menapis input yang diberikan oleh forumer lain.
Cubalah berforum !
Anda pasti sukakan nya !!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan