alriana5604@gmail.com - AL The One
Sejak kebelakangan ini, entri blog saya kerap menceritakan berkenaan pelancongan dan tempat-tempat yang saya telah kunjungi.Saya mengambil pendekatan ini ialah semata-mata kerana hendak membuat catatan peribadi sebenarnya.Maksudnya, saya berhasrat untuk cuba mengumpulkan 'contact person' dan nombor telefon untuk dihubungi jika mahu ke sesuatu tempat yang diinginkan.Sama ada bagi rujukan orang lain atau mungkin saya sendiri jika ingin mengunjungi semula tempat tersebut.Namun, entri saya masih juga akan berkisar kepada hal-hal lain dan bukan pelancongan sahaja pada masa akan datang.
Baru-baru ini, kesempatan mengunjungi bandar Kuala Terengganu dan berlibur di Pulau Kapas, telah menemukan saya kepada satu syarikat/pengusaha chalet terkenal iaitu Mak Cik Gemuk Chalet & Resort.Orang/pengusahanya bernama Amran, (Amrang)- dialek Terengganu ni, apabila 'brader' ini memperkenalkan namanya kepada saya.Dia mempromosikan trip pergi balik ke Pulau Kapas dengan harga diskaun serendah RM40 sahaja untuk seorang jika ingin ke Pulau Kapas tanpa bermalam.Nombor telefonnya ada dalam simpanan saya.Dia juga menerima tempahan untuk korporat atau 'office gathering', sehingga kapasiti 220 orang untuk chaletnya dalam satu masa.
Biasa lah, jika lagi ramai orang, lagi boleh 'kowtim' dan harga diskaun akan diberikan lebih tinggi, katanya menerangkan dengan panjang lebar dalam lenggok dialek Terengganunya yang agak pekat.
Saya sebenarnya menginap di KT Beach Resort yang terletak tidak jauh dari Pasar Payang,Bazaar Warisan dan Restoran Terapung di pusat bandar.Bagi penginapan sehari semalam, bagi saya KT Beach Resort boleh dikatakan berbaloi, apatah lagi saya menginap di bilik untuk keluarga yang boleh memuatkan 4 orang.Saya menginap di sini bagi tujuan untuk bersiar-siar dan berjalan-jalan melihat pusat bandar Kuala Terengganu bersama keluarga.Pada keesokan harinya, barulah saya ke Pulau Kapas.
Di antara tempat-tempat yang saya sempat kunjungi ketika berada di Kuala Terengganu selama 2 Hari 1 Malam ialah :
1.Bersiar-siar di pusat bandar Kuala Terengganu (sightseeing).
2.Bersantai di Dataran tepian laut berhadapan Bazaar Warisan.
3.Bazaar Warisan.
4.Pasar Payang.
5.Restoran Terapung.
6.Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah.
7.Taman Tamadun Islam (TATI).
8.Masjid Kristal.
9.Muzium Negeri Terengganu.
10.Kampung Losong - yang terkenal dengan keenakan dan keaslian keropok lekornya.
11.Marang - iaitu menaiki bot di jeti bagi perjalanan ke Pulau Kapas.
Saya bercadang pada mulanya ingin ke Pulau Redang, namun kerana jaraknya yang jauh,memakan masa kira-kira 1-2 jam, dan saya dinasihati oleh orang tempatan di sana agar seeloknya bermalam jika ke Pulau Redang, lalu saya menukar perancangan untuk ke Pulau Kapas.Ini kerana trip pergi balik feri ke Pulau Redang tidak mempunyai waktu yang kerap, mungkin kerana jaraknya yang agak jauh dan pengunjung perlu bermalam di sana.
Lalu saya telah mengambil keputusan untuk pergi ke Pulau Kapas pada keesokan harinya setelah 'check-out' dari KT Beach Resort, memandangkan ianya boleh dikunjungi tanpa bermalam dan perjalanan ke sana hanya mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot.Ianya benar-benar seronok dan amat mendamaikan sekali ketika saya berada di Pulau Kapas walaupun saya berada di sana kira-kira 3 jam sahaja.
Bagi saya yang sudah sekian lama tidak ke negeri Terengganu, perjalanan singkat ini yang ditemani keluarga adalah suatu pengalaman yang manis, santai dan menggembirakan sekali.Negeri Terengganu memang cantik, bukan sahaja dengan wujudnya pulau-pulau peranginan, tetapi juga keadaan bandarnya yang mudah dikunjungi, penuh dengan papantanda informasi,pemandunya yang lebih bersopan,suasananya yang berdekatan laut dan juga kaya dengan cerita sejarahnya, keunikan dialeknya,kelazatan makanan tradisinya dan juga keropok losongnya.Tidak ketinggalan jua keindahan kapal-kapal di Pulau Duyong,kepakaran orang tempatan membina bot/kapal layar dan juga keindahan panorama tepian pantai dan lautnya.
Saya sertakan di sini beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika berkunjung ke sini.
Bagi yang belum pernah berkunjung ke negeri Terengganu, datanglah ke sini, walaupun perjalanannya agak jauh dari Kuala Lumpur, namun apabila sampai ke destinasinya, kita akan berasa puas, gembira dan kagum akan keindahan dan kepelbagaian panorama indah di Terengganu.
Selamat datang ke negeri Terengganu, ya !!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan