Iklan Nuffnang

Ahad, 6 Mac 2011

1 Hari Di The Lost World Of Tambun

alriana5604@gmail.com -
AL The One

Kira-kira pada pertengahan bulan Februari 2011 baru-baru ini, saya telah berkesempatan mengunjungi Taman Tema The Lost World Of Tambun, di Ipoh, Perak.Saya pergi pada hari Sabtu dan pulang pada hari Ahad.Perjalanan ke sana dengan menaiki kereta hanya mengambil masa 2 jam.

Saya amat tertarik dengan konsep Taman Tema ini yang menggabungkan konsep alam semulajadi iaitu sejarah asal usul satu puak yang dikenali sebagai puak Malayana yang pernah mendiami kawasan gua dan gunung batu kapur di Tambun ini.Di samping itu, di sini juga ada Lost World Petting Zoo dan Tiger Valley yang mana menjadikannya satu lagi tambahan tarikan buat pengunjung.

Di Lost World Petting Zoo, ia menekankan konsep Zoo yang mana pengunjung boleh mendekati haiwan-haiwan jinak di sini dan memberikan haiwan tersebut makanan.Ianya termasuklah spesies burung-burung yang cantik seperti merpati, burung 'lovebirds', burung pipit,burung merak,burung kakaktua dan pelbagai lagi.Manakala haiwan berkandang atau mempunyai sangkar pula adalah seperti spesies ular-ular di Rumah Ular Serpentarium,cicak gecko,spesies monyet/marmoset,rakun yang dikenali sebagai 'Ruby and Friends',prairie dog,rusa,kura-kura,kambing boer,kucing hutan,skunk,hamster,landak,arnab dan banyak lagi jenis haiwan yang lain.
Berikut ialah beberapa gambar yang sempat diambil ketika saya berkunjung ke sini.





Di Lost World Petting Zoo ini juga, ada seekor burung kakaktua berwarna putih yang bernama 'Awang'.Ia dipanggil Awang kerana pandai menyebut 'Awang !, Awang!'.






Oleh itu, bagi sesiapa yang belum berkunjung ke Lost World Of Tambun ini, cubalah datang ke sini dan cubalah nikmati sendiri pengalaman yang sungguh indah di sini, di samping dapat mendekati dan bermain dengan haiwan-haiwan yang jinak.Ianya memang sungguh mengujakan ! Cuba lah !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam....nk tnya, cmne peraturan pemakaian utk wanita muslim klu nak bermain di wet park? thanx :)

Tanpa Nama berkata...

My wife selamba saja memakai track bottom dan baju lengan panjang dan bertudung.

alriana5604 berkata...

Pakaian tutup aurat dibenarkan,cuma jika di kwsn pantai dan ombak buatan tu,lelaki dan wanita perlu pakai seluar pendek,tak dibenar seluar pjg....