Iklan Nuffnang

Majalah, Peraduan & Tuah Memenanginya

alriana5604@gmail.com - AL The One

Anda suka membeli dan membaca majalah? majalah apa yang anda suka? dan kenapa?Tahukah anda bahawa anda adalah sebahagian bilangan yang dikira dalam statistik pembaca tahunan di Malaysia malah mungkin di dunia?

Tak kiralah apa jenis majalah yang anda baca, tetapi biarlah majalah tersebut kategori majalah yang berfaedah dan bukanlah majalah kategori berkisar kepada artis hiburan semata-mata.

Saya sendiri ialah peminat majalah Roda-Roda,Majalah PC, Solusi,Time,Al Islam dan juga Libur.Saya meminati majalah-majalah tersebut kerana cara penyampaiannya yang bagus, ulasan artikelnya yang mudah difahami dan juga ada peraduan di dalamnya.

Percaya atau tidak, gambar saya pernah memasuki majalah Libur Edisi Disember 2010.Selain itu, saya pernah memenangi hadiah tajaan Nippon Paint Odourless dengan menyertai peraduan di dalam majalah terbitan Karangkraf.Kredit dan kudos kepada Kumpulan Karangkraf yang berusaha menarik pembaca seperti saya dengan menyediakan peraduan untuk dimenangi.Saya juga pernah mendapat hadiah tajaan 2 keping tiket ke Lost World of Tambun, Perak untuk percutian 2 hari 1 malam.


Walaupun tidak lah sebesar mana nilai-nilai hadiah tersebut, tapi saya amat menghargainya.Hinggalah sekarang saya masih membaca majalah terbitan Karangkaraf.Anda pula bagaimana? Dalam banyak-banyak majalah yang anda baca, takkan tak pernah tergerak hati untuk menyertai apa-apa peraduan dan mana tahu anda bernasib baik memenangi hadiahnya, kan ?

Cuba-cuba lah menyertainya, namun janganlah terlalu mengharap untuk memenanginya ! Selamat berjaya !

Tiada ulasan: