alriana5604@gmail.com - AL The One
Kalau saya tanya anda lah, agak-agaknya anda akan pilih yang mana satu sebagai kenderaan ke tempat kerja anda ? andaikanlah yang anda hidup di bandar yang agak besar, berpendapatan sederhana, tinggal di sebuah pangsapuri, sudah berkeluarga dan setiap hari pergi bekerja terpaksa berdepan dengan keadaan jalanraya yang sentiasa sesak.Sesuaikah dengan memandu kenderaan sedan/salon setiap hari?atau anda lebih suka kenderaan jenis kompak, jimat bahan api, mudah untuk ‘parking’ dan agak ‘stylo’?
Pilihan saya lah kan… jika saya mampu memiliki 2 kenderaan dalam satu masa, saya lebih suka ke tempat kerja dengan motosikal.'Traffic jam’ pun tak risau, berdesup saja saya dapat memintas kenderaan-kenderaan lain dan sampai awal ke pejabat, kan ? ha ha ha…. :)
Tapi sebenarnya, saya suka begini…
Sebuah kereta kompak untuk kegunaan saya pergi balik ke tempat kerja dan juga bagi tujuan-tujuan ‘short distance’.Sebabnya macam saya katakan tadi, ianya jimat bahan api, mudah untuk ‘parking’ dan jarang-jarang bawa muatan yang berat.Kalau setakat ke pejabat sudah tentulah kita takkan nak bawa beg yang berat-berat pulak, kan?Lain lah kalau pergi bercuti atau pulang ke kampung.
Manakala jika untuk ‘long distance’ pula saya memilih untuk memiliki kenderaan sedan/salon.Mestilah kan? Semua orang pun begitu.Perjalanan yang jauh lebih selesa dengan kenderaan yang kategori sedan/salon kerana ruang yang lebih luas berbanding kenderaan kategori kompak.
Namun, semuanya terpulang kepada kemampuan masing-masing.Tepuk dada tanya selera.Tepuk ‘wallet’ belek-belek notes kertas Ringgit Malaysia kita ada berapa banyak di dalamnya. ;D
Tapi saya percaya, di dunia yang serba mencabar sekarang ini, rata-rata yang hidup dan mempunyai kerjaya di bandar-bandar metropolitan, telah pun berkemampuan untuk memiliki sekurang-kurangnya 2 buah kenderaan bagi sebuah keluarga.Jadi, pandai-pandailah buat pilihan anda sendiri, ya !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan