Iklan Nuffnang

Rabu, 13 April 2011

Perihal Lelaki Tak Berapa Minat Bola...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Saya sebenarnya meminati pasukan bolasepak Chelsea.Manakala jika pasukan bolasepak tempatan pula saya meminati pasukan Selangor.Semenjak dari sekolah lagi, saya menyukai pelbagai jenis sukan.Bahkan sukan olahraga dan acara balapan juga saya pernah sertai.

Mengimbau kembali detik-detik ketika sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT, saya pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat daerah MSSD di Pahang dalam acara lompat tinggi dan larian baton.Namun hanya tempat ke tiga sahaja yang mampu saya raih.Begitu juga sukan sepak takraw, saya pernah mewakili sekolah ketika berada di tingkatan tiga.Kemudian apabila di tingkatan empat dan lima, saya aktif pula bermain bola tampar, dan pasukan saya juga pernah memenangi Johan dan Naib Johan di peringkat sekolah.Apabila sampai mewakili peringkat daerah, kami tewas.

Berkaitan dengan tajuk posting ini, iaitu ‘Perihal Lelaki Tak Berapa Minat Bola’, begini ceritanya ;

Jika orang bertanya saya,…. ‘’kau minat bola?’’, merujuk kepada sukan bolasepak la ni.Saya akan menjawab,… ‘’minatlah jugak, tapi tidaklah begitu berkemahiran (skilled) untuk bermain’’.Tapi saya mengikuti juga perkembangan bolasepak Liga Inggeris dan juga Liga Tempatan.Walaupun bukanlah sepenuhnya, saya dikira berpadananlah dengan tahap minat saya terhadap sukan bolasepak ini.

Ini adalah realiti pada hari ini.Ramai yang meminati sukan bolasepak khususnya lelaki, hanya kerana tidak mahu dilihat ‘weird’ (satu perkara pelik) oleh orang lain lebih-lebih lagi oleh komuniti peminat bolasepak yang fanatik dan juga oleh mereka yang memang boleh bermain bolasepak dan mempunyai kemahiran bermain yang bagus.

Lalu, apa kaitannya dengan posting saya ini ?

Ok, begini.Sesiapa pun sebenarnya mempunyai kecenderungan sukan masing-masing.Cuma di tahap mana kita berada dan apakah status kita.Jika dilihat, beberapa status peminat-peminat bolasepak ini adalah dari kategori berikut :

1.Pandai bermain bolasepak ,mempunyai kemahiran dan boleh bermain dengan bagus serta amat meminati sukan bolasepak.

2. Tidak pandai bermain bolasepak, tidak mempunyai kemahiran serta tidak langsung meminati sukan bolasepak.

3. Tidak pandai bermain bolasepak , tidak mempunyai kemahiran serta hanya sekadar meminati sukan bolasepak, namun bukan dari kalangan peminat/penyokong tegar/fanatik sukan bolasepak.

4. Tidak pandai bermain bolasepak , tidak mempunyai kemahiran tetapi amat meminati sukan bolasepak, selalunya mereka terdiri dari kalangan peminat/penyokong tegar/fanatik sukan bolasepak.Mereka selalunya boleh dikatakan ‘kaki bangku’ jugak lah.

5.Pandai dan mempunyai kemahiran yang bagus bermain bolasepak tetapi amat tidak meminati sukan bolasepak.Kategori ini, saya sendiri pun tak pasti, mungkin wujud atau tidak wujud.Tetapi ianya tidak mustahil pada tanggapan saya.


Jadi, saya optimis mengatakan yang saya berada dalam kategori nombor 3, iaitu ‘’Tidak pandai bermain bolasepak , tidak mempunyai kemahiran serta hanya sekadar meminati sukan bolasepak, namun bukan dari kalangan peminat/penyokong tegar/fanatik sukan bolasepak’’.

Bagi yang fanatik, sanggup berjaga malam, mengunci jam untuk bangun menonton siaran perlawanan langsung dan sanggup membancuh kopi sendiri.Lebih-lebih lagi jika Musim Piala Dunia, dan juga seperti sekarang ini musim EPL belum tamat, tentu asyik berjaga malam, kan?Keesokannya, pergi bekerja dengan mood mengantuk dan mata merah tidak cukup tidur.Semuanya gara-gara bolasepak !


Lantaran itu, saya bertanya kepada anda semua, berbaloikah berbuat begitu?
Anda sendiri lah yang boleh menjawabnya.

Bola itu sendiri bulat, takkan kekal pasukan terhandal akan jadi terhandal sampai bila-bila.Wujudnya peminat bolasepak fanatik di seluruh dunia telah membuatkan sukan bolasepak menjadi sukan nombor 1 di dunia dan merupakan sukan yang melibatkan kos pemindahan, pengiklanan dan jual/beli pemain-pemain hebat yang termahal sekali di dunia.Jika tidak salah saya, bekas pemain Perancis, Zinedine Zidane merupakan pemain bolasepak termahal dunia pernah direkodkan.

Lihat sumber di bawah :
Sumber (kredit kepada blog http://cimahicommunity.blogspot.com/2009/03/10-pemain-termahal-dunia.html) :

10 Pemain Termahal Dunia

Zinadine Zidane masih memegang rekod sebagai pemain termahal di dunia. Sebenarnya rekod Zidane hampir saja dipecahkan oleh pemain AC Milan asal Brazil iaitu Kaka, jika dia mahu menerima tawaran Manchester City.

Untuk lebih jelasnya, inilah daftar selengkapnya 10 pemain termahal dunia yang dikutip dari www.lintasberita.com:

1. Zinadine Zidane, dari Juventus ke Real Madrid pada tahun 2001 dengan nilai transfer 46 juta pound.

2. Luis Figo, dari Barcelona ke Real Madrid pada tahun 2000 dengan harga 38.7 juta pound.

3. Hernan Crespo, dari Parma ke Lazio pada tahun 2002 dengan harga 35.5 juta pound.

4. Gianluigi Buffon, dari Parma ke Juventus pada tahun 2001 dengan harga 32.6 juta pound.

5. Robinho, dari Real Madrid ke Manchester City pada tahun 2008 dengan harga 32.5 juta pound.

6. Christian Vieri, dari Lazio ke Inter pada tahun 1999 dengan harga 32 juta pound.

7. Andriy Shevchenko, dari AC Milan ke Chelsea pada tahun 2006 dengan harga 30.8 juta pound.

8. Dimitar Berbatov, dari Tottenham Hotspur ke Manchester United pada tahun 2008 dengan harga 30.75 juta pound.

9. Pavel Nedved dari Lazio ke Juventus pada tahun 2001 dengan harga 30.6 juta pound.

10. Rio Ferdinand, dari Leeds United ke Manchester United pada tahun 2002 dengan harga 29.1 juta pound.

Tiada ulasan: