Iklan Nuffnang

Selasa, 13 April 2010

Program Jana Wang Di Internet : Adakah Kita Mudah Diperdaya ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Program Jana Wang Di Internet : Adakah kita mudah diperdaya ?



Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.Terasa kali ini saya ada begitu banyak masa terluang untuk mengemaskinikan blog ini.Memandangkan minggu ini kurang sibuk sedikit dengan tugasan menemui pelanggan dan menyertai mana-mana seminar.

Kita sering dimomokkan dan dikempenkan dengan bermacam-macam 'program menjana wang' khususnya melalui internet.Topik inilah yang saya ingin ulaskan dan berkongsi dengan semua pengunjung blog agar kita sama-sama dapat manafaatnya.

Selalunya, seiring dengan kepesatan dan pembangunan yang maju dan mencabar, teknologi juga akan berkembang dengan galaknya.Khususnya teknologi IT dan perkomputeran berasaskan internet.Ini membolehkan kita melakukan pelbagai perkara dan kerja hanya dengan 'sentuhan di hujung jari' iaitu menaip dan mengakses internet bagi melakukan urusan-urusan seperti membeli-belah secara online, membayar bil-bil,melihat peluang-peluang pelaburan/saham,membuat pengiklanan untuk perniagaan kita dan juga membaca berita-berita dan maklumat-maklumat terkini.

Namun, di sebalik semua perkara yang kita lakukan itu, terdapat segelintir golongan manusia yang mendapat ilham untuk melakukan perniagaan yang dikenali sebagai 'menjana wang dengan menggunakan internet'.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah tersebut ?

Saya tidak suka untuk mengambil secara pukal atau menuduh apatah lagi untuk mengatakan semua program menjana wang di internet itu salah dan menipu.Itu bukannya isi utama yang saya ingin mengajak pembaca memahaminya.Cuma, apa yang saya ingin katakan di sini ialah,sikap kita sendiri, adakah kita mudah terpedaya dengan skim-skim begitu yang kita anggap benar-benar boleh menjana wang cara mudah ? Apakah cukup dengan sedikit bukti-bukti yang dikemukakan, lantaran kita bergegas menyertainya kerana mengharapkan wang boleh diperolehi dengan cara senang-senang saja?

Jika diteliti dan dibaca setiap pengakuan mereka yang telah berjaya, sememangnya begitu teruja kita mendengar/membacanya.Kita hampir saja akan membuat keputusan untuk menyertainya.Apatah lagi jika modalnya hanyalah lingkungan dalam beberapa ratus Ringgit Malaysia sahaja, dan kita dimomok-momokkan dengan hasilnya yang jauh berpuluh-puluh kali ganda berbanding modal yang kita keluarkan.

Tahukah anda konsep menjana wang di internet cara mudah itu 'selalunya', walaupun tidak semua,ialah berdasarkan kaedah 'do the same thing and repeat it again and again'? Ya, kita perlu melakukan perkara yang sama dilakukan oleh perintis atau pencipta skim itu dan mengulanginya lagi dan lagi kepada semua pengguna-pengguna internet yang lain.Nampak mudah, bukan ? tapi benarkah ianya benar-benar mudah ? ataupun jika kita melihat konsepnya dari sudut lain, kita sudah dipengaruhi, dan menjadi ahli skim, lantaran kita pula perlu mempengaruhi.Dengan begitu, diharapkan ada yang boleh/berjaya dipengaruhi oleh kita dan kita mendapat wang dengan cara mudah.

Ada sesetengahnya, khususnya perintis skim menjana wang dengan cara mudah ini, mereka tidak langsung menggunakan modal permulaan yang besar, bahkan sebenarnya hampir tiada modal diperlukan.Hanya mencetak berita, menunjukkan beberapa bukti bertulis kemudian sebarkan.Minta pengguna internet lain menyumbangkan sejumlah wang ke dalam akaun banknya dan menghantar SMS kepadanya untuk menyatakan kesahihan bahawa wang sudah di'bank-in'kan.Lucu, bukan ? Orang putih kata, 'just on your finger tip' atau 'just a piece of cake' untuk mengggambarkan begitu mudahnya golongan ini memperdaya pengguna internet lain.

Setelah itu, apabila telah dimasukkan sejumlah wang diminta, maka dia akan memperluaskan lagi teknik dan caranya.Membuat beberapa borang keahlian dan ID peserta,mungkin juga sijil keahlian dalam bentuk 'soft copy' sebagai kononnya mengesahkan kita sudah berjaya menyertai program/skim menjana wang cara mudah tersebut.Juga mungkin akan diterangkan kepada kita langkah-langkah bagaimana untuk mengembangkan skim tersebut.

Kebanyakan yang sudah 'terkena' dan saya bertanya kepada mereka, jujurnya mereka berasa kesal dan ada yang mengatakan seperti ini,..'aduh la, aku ingatkan benar-benar ada produk/barangan yang hendak/perlu dijual untuk buat bisnes ini, rupanya kita ulang balik semula apa yang 'introducer' buat'....leceh la, rasa macam nak kenakan/menipu orang pun ada'.Itu antara luahan dari seorang sahabat yang saya sendiri pernah bertanyakan berkenaan hal ini.

Namun, dunia IT terus bergerak dan berputar dengan ligatnya.Mereka masih memperolehi dan masih ramai golongan manusia pengguna internet yang masih taksub,ghairah dan teruja terhadap program/skim menjana wang begini.Lantaran itu, ianya seperti satu ketentuan nasib dan juga bergantung kepada kepandaian perintis/peserta skim untuk mencari dan mempengaruhi orang lain agar menyertai program/skim mereka.Apa boleh buat kan?, skim sudah disertai, sejumlah wang telah dilaburkan, mahu atau tidak mahu ada dua saja jalannya.Menghentikan terus perjalanan skim tersebut dengan melupakan saja wang yang telah dilaburkan atau meneruskannya dengan cuba mempengaruhi orang lain pula.Jika kita sudah terkena,mana satukah jalan yang kita pilih ? menghentikan atau meneruskan skim jana wang cara mudah tersebut ?

Akhir sekali, marilah kita sama-sama fikirkan,jika sekalipun kita pernah terlibat atau baru teringin mahu terlibat,buatlah pertimbangan yang waras dan benar-benar sihat.Jika kita kaya atau banyak wang sekalipun dengan cara tersebut, rasanya adakah cara kita itu kita yakini tidak melukakan hati orang lain? atau peserta-peserta yang sudah menyertai skim, adakah mereka berkata yang baik-baik saja kepada 'introducer' mereka ? Walaupun mungkin ramai 'peserta-peserta'yang terguris hati dengan membaca artikel saya ini, namun hakikatnya saya percaya di dalam hati, mereka akui yang coretan saya ini ada benarnya.

Oleh itu, adakah kita termasuk golongan yang mudah diperdaya, untuk menyertai program menjana wang dengan cara mudah di internet ? Kita sendiri tahu jawapannya.Fikir-fikirkanlah...

Wassalam.

2 ulasan:

Cty-Aya blogspot.com berkata...

Byk sgt program jana wg dinternet, tp yg betul² mmberi pulangan hanya bbrp kerat jer. Boleh mcuba tp 1 je nasihat, cuba la program tanpa mgeluarkn duit poket sendiri, dah dpt pulangan brlah mula mlabur utk peroleh income lebih.

alriana5604 berkata...

Betul CT....Jgn terburu2 nak kan cara mudah....