Iklan Nuffnang

Khamis, 8 April 2010

Perihal Tabiat Suka 'Mengacau @ Mengusik' Orang Lain...

alriana5604@gmail.com - AL The One




Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog ini.

Kali ini saya ingin menceritakan berkenaan tabiat/perangai suka mengusik orang.'Usik' di sini dalam ertikata mengganggu, mengacau, membuli, menyindir dan mencuit/mencubit sesama rakan sama ada antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau pun antara berlawanan jantina.



Pernahkah kita bersikap begini ? atau pernahkah wujud orang di sekeliling kita yang berperangai seperti ini, baik di pejabat, di tempat-tempat awam, di kelas-kelas pengajian atau tidak kiralah di mana-mana sekalipun.Saya akui, anda akan bersetuju dengan saya bahawa golongan orang seperti ini memang wujud dan kita sering rasa tidak selesa dan rimas.Bahkan perangai mereka yang menjengkelkan itu mengundang rasa meluat dan menyampah di hati kita.Konon-kononnya mahu bergurau senda dan ceria bersama kita dan rakan-rakan lain, tapi hakikatnya perangai mereka seperti berlebih-lebihan.Sesekali mungkin kita abaikan saja, tapi jika selalu dan kebetulan kita sedang dalam keadaan serius, sibuk dan sedang fokus kepada tugasan kita, ada pula yang berperangai 'pengacau' seperti itu, menyebabkan kita berasa marah dan benci kepada mereka.

Kebiasaannya, mereka yang bersikap suka mengusik atau juga mengacau orang tidak kena tempat dan masa ini, menganggap bahawa semua orang boleh menerima cara/sikap mengacau mereka itu, lalu mereka meneruskannya tanpa mengira masa.Jika diamati dan dicamkan, mereka bersikap begitu seolah-olah mencari 'mangsa' untuk dikacau/diusik.Tidak cukup dengan mencuit di perut, menepuk di belakang dan mengeluarkan kata-kata yang kita anggap 'bodoh', seperti, ''....amboi, khusyuknya buat kerja..... sambil mencuit badan kita, padahal kita sedang sibuk dan sedang serius/fokus kepada kerja.Tiba-tiba ada pula datangnya si pengacau.

Selain itu, ada masanya dengan sengaja seseorang individu pengacau tersebut menyuarakan dengan kuat dan supaya didengari rakan lain, memperli atau menyindir kita,... contohnya,... ''..sombongnya, kacau sikit tak boleh''.Banyak lagi tabiat yang sinonim dengan jiwa si pengacau yang boleh diperjelaskan di sini dan ianya memang membuatkan kita rasa menyampah.Kadang-kadang, 'si pengacau' juga bersikap 'busy body' tidak kena tempat.Ini lagi membuatkan kita tidak senang diam dan kurang konsentrasi untuk melaksanakan tugas.

Ketahuilah, bahawa perangai seperti itu sesungguhnya mengundang rasa tidak senang kepada sejumlah orang dan menyebabkan 'si pengacau' dipulau atau dipandang jengkel.Terdapat beberapa orang yang bersikap begini, akhirnya setelah diberitahu secara elok, mereka berubah tabiat, namun ada juga yang sudah terbiasa dan tabiatnya jika tidak mengacau/mengusik orang dalam suatu hari, dia tidak boleh hidup dengan tenang pada hari tersebut.Ini sudah kes berat !

Ya atau tidak, mengikut kata orang yang berpengalaman dalam hidup, sikap suka mengacau/mengusik orang lain ini sebenarnya ada hubungkait dengan 'pendominasian' ketika seseorang itu berada di rumahnya.Ringkasnya, bolehlah kita buat kesimpulan begini, jika seseorang itu sering mengacau/mengusik orang lain ketika di tempat kerja, kemungkinan besar bahawa di rumahnya 'dominasi' dirinya kurang atau hampir tiada pendominasian.Contohnya, jika lelaki yang sering suka mengacau/mengusik orang di tempat kerja, ada kemungkinan, di rumahnya, dia lebih diam, agak 'mengalah' dengan isterinya dan juga seperti tidak mahu melawan sangat apa yang diminta/disuruh isterinya.Begitulah juga perbandingan sebaliknya.

Percayalah, golongan pengacau ini wujud kerana mereka suka melepaskan rasa kurang/tiada pendominasian oleh diri mereka, lantaran itu sentiasa mencari orang lain untuk dijadikan mangsa 'usikan bodoh' mereka dan menjadikannya rutin harian apabila mereka berada di luar rumah mereka.Ini boleh jadi, ada sesetengahnya si pengacau bila di rumah, mereka sering diminta berbuat itu dan ini oleh isteri mereka.Dan jika mereka tidak melakukannya, mereka serba salah antara rasa sayang kepada isteri, memenuhi permintaan isteri, bergantung harap kepada isteri dalam konteks berkongsi pendapatan dan sebagainya.Lalu mereka berasa serba salah jika tidak menurut kata-kata isteri.Kesannya, mereka tidak mempunyai dominasi diri yang tinggi.Sikap 'dominan' mereka telah terhakis sedikit demi sedikit, lalu jiwa mereka memberontak dan akhirnya tabiat mengacau dijadikan sebagai pelepas perasaan mereka.

Namun, bukanlah ianya seratus peratus adalah disebabkan oleh ketiadaan pendominasian.Sikap pengacau juga boleh wujud disebabkan mereka memang jenis bersikap 'mulut lepas' dan ada mewarisi sikap agak jahat/nakal seperti perumpamaan berkelakuan seperti 'kacang hantu', iaitu mencerminkan sikap jahat seseorang yang suka berbuat onar dan mengganggu orang lain tidak mengira masa dan tempatnya.

Oleh itu, jika kita berdepan dengan golongan begini, seharusnya kita memberitahu mereka bahawa kita tidak suka dengan cara mereka dan minta dihentikan tabiat itu.Jika mereka masih berdegil, bolehlah kita mengajar mereka dengan memulaukan mereka dan buat tidak tahu
(don't know), serta seboleh-bolehnya cubalah elak berjumpa atau bertembung dengan golongan begitu.Mudah-mudahan mereka sedar akan kesilapan mereka dan cuba menghentikan tabiat buruk mereka itu.

Akhir sekali nasihat saya, janganlah kita jadi 'pengacau' ! Nescaya nanti kita dibenci orang !

Wallahualam.

Wassalam.

Tiada ulasan: