Iklan Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan

Tenang & Damai di Semuji Agro Resort

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam online to all,

Saya mulakan posting blog saya kali ini dengan soalan :

Percutian singkat (short vacay) tempat sunyi,tenang dan damai di manakah kali terakhir anda pernah pergi?

Lama sudah kah anda ke destinasi itu? 1-2 tahun lepas?

Ok, sesaja lah saya bertanya sebab baru2 ini terfikir nak ‘short vacay’ di lokasi yang boleh lah dikatakan tidaklah berada di kawasan pedalaman sangat,cuma tempat ini saya fikir kurang dikenali oleh pelancong tempatan untuk menginap secara berkeluarga.Ia lebih dikenali sebagai tempat untuk aktiviti ‘team building’ bagi syarikat2 dan agensi2 kerajaan atau swasta.Dulu2nya disukai orangramai kerana di sini terdapat dusun buah2an.Buah2an ini boleh dipetik dan diambil dari pokok2 lalu boleh terus dimakan di dusun.Tapi kini tidak lagi begitu,apabila musim buah2an, ada peraih yang menunggu untuk membeli buah2an tersebut.

Di mana kah lokasi nya dan apakah nama tempat penginapan ini ?

Namanya ialah Semuji Agro Resort dan lokasinya ialah di Gambang,Kuantan Pahang.

Kalau kena pada masanya,iaitu ketika tiada apa2 aktiviti dan tiada sewaan dari kumpulan2 tertentu sama ada dari sektor kerajaan atau pun swasta yang beramai2 menginap di sini, lokasi ini memang agak sunyi,tenang dan damai.

Mungkin kerana jaraknya yang dikira agak jauh dari pusat bandar Kuantan dan juga kerana kedudukan lokasinya persis Resort di kawasan dusun dan terletak di laluan jalan lama Temerloh-Kuantan, jadi Resort ini memang sunyi sepi lebih2 lagi di hari Sabtu dan Ahad.Apatah lagi jika kita biasa menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), memang kita takkan nampak pun Semuji Agro Resort Gambang ini.

Saya pun ambil kesempatan untuk merasai menginap di sini dengan kadar yang sangat berpatutan hanya RM100 lebih saja untuk semalaman menginap di penginapan jenis chalet binaan dari kayu/papan.Chaletnya tinggi mempunyai anak tangga dan terletak di pinggir dusun (di tepi pokok2 durian lagi), cuma tak kena musim,pokok2 durian dan buah2an lain pun sudah habis atau pun mungkin belum musim berbuah.

Ada juga penginapan jenis Cabin Chalet iaitu binaan dari jenis kabin/kontena yang dimodifikasikan menjadi sebuah chalet yang selesa diinap.Tapi saya tidak pilih Cabin Chalet untuk menginap sebab jaraknya yang agak jauh dan berada di atas bukit.Tak larat untuk membawa/membimbit beg2 pakaian dan barang2 sampingan yang lain.

Tiada banyak ‘wow factor’ sangat di Semuji Agro Resort Gambang ini.Di antara perkara2 yang seronok dan boleh kita lakukan jika menginap di sini ialah :

1.Aktiviti berbasikal di kawasan Resort ini dan basikalnya tidak perlu disewa,sudah termasuk dalam harga penginapan yang RM100 lebih semalaman tadi.Basikalnya jenis Mountain Bike jenis biasa2 saja pun,bukannya basikal untuk pengayuh professional.Bilangan basikal berdasarkan siapa cepat dia dapat,mungkin ada dalam anggaran 5-10 buah basikal sahaja.

2.Aktiviti berkayak juga boleh dilakukan di sini dan bagi yang biasa berkayak tidak perlu lagi bantuan instructor atau guider.Saya tidak bertanya berapa kos sewaan kayak di sini sebab saya tidak cuba aktiviti berkayak ini,wife dan anak saya tidak pernah menggunakan kayak,jadi saya tak mahu ambil risiko,sebab pada hari minggu tiada instructor atau guider bertugas.

3.Boleh memancing di sini dan ada kolam memancing disediakan.Harga sewaan joran memancing saya tidak bertanya sebab saya tidak melakukan aktiviti ini.

4.Boleh juga melihat2 dan berkunjung ke ladang ternakan rusa yang agak luas binaan kandangnya dan bilangan rusanya pun banyak.Boleh juga memberikan rusa2 itu makan dengan izin penjaga kandangnya.

5.Melihat2 sangkar kurungan landak dan jika berkesempatan waktu landak makan,kita juga boleh memberinya makan dengan kebenaran penjaga kandangnya.

6.Boleh berjogging,berjalan kaki dan bersenam di kawasan Resort ini yang saya kira agak luas juga.Letih dan mengah juga lah nak pusing2 dan meninjau ke serata kawasan di Resort ini.

7.Boleh memetik buah2an yang telah masak di pokok2 dengan izin pihak penjaga Resort,saya sempat memetik beberapa biji Buah Mentega dan dimakan,rasanya manis dan sedap juga.


8.Boleh menaiki dan memanjat tangga Menara Peninjau (Observation Tower) yang ada di kawasan belakang Resort dan merasai melihat pemandangan Resort dari tingkat teratas Menara Peninjau.Selain itu boleh merasai melalui Titi Gantung yang agak usang tetapi masih boleh digunakan,namun tidak boleh melebihi 5 orang berada di atas titi gantung ini dalam masa yang sama.

9.Jika menempah untuk melakukan aktiviti ‘flying fox’ juga boleh dilaksanakan di sini berhampiran Menara Peninjau dan bersambung dengan kabel laluan aktiviti ‘flying fox’.

10.Di ruangan dataran utama walaupun saiznya tidak besar sangat,boleh dilakukan aktiviti2 seperti sukan lasak,bermain skateboard,kasut roda atau pun boleh juga bermain ‘drone’, lebih2 lagi ketika masanya ruangan meletak kereta kosong dan boleh dimanafaatkan untuk permainan tersebut.

Manakala untuk mejamu selera pula,kawasan Resort ini agak berjauhan dari tarikan2 kedai2 atau restoran2 dan jika kita teringin untuk makan di luar,kita perlu memandu kira2 dalam 20 km ke pekan Gambang dan ke Kuantan.Oleh itu jika menginap di sini pada hari minggu, bawalah bekalan makanan kering dan tidak perlu dimasak jika kita tidak mahu memandu kereta ke luar dari Resort ini.Belilah roti,mi segera,minuman segera bancuh (sachet) dan jenis makanan2 yang tidak mudah basi.


Bagi saya, walaupun Semuji Agro Resort ini tiada tarikan ‘wow factor’,namun saya anggap lokasi ini cuma sebagai ‘escapism during weekend’ sahaja.Hanya untuk merasa tenang dan damai tanpa banyak gangguan kebisingan dan hiruk-pikuk kesibukan hidup di bandar2.Untuk ‘short vacay’ boleh lah saya cadangkan bagi mereka yang belum pernah menginap dan berkunjung ke Resort ini.Jika untuk lebih dari semalaman menginap dibimbangi anda rasa cepat jemu dan tiada apa2 aktiviti lain yang boleh dibuat di sini,kolam renang pun tiada,gymnasium pun tiada,Spa pun tiada dan berjauhan dengan bandar.

Jadi setakat ini sahaja buat kali ini.Ingat pesan saya,’Santai Kita,Cara Kita’.

Pergi lah ke mana pun anda dan keluarga anda untuk bergembira dan berseronok,pilihlah lokasi anda,susunlah aktiviti anda,merayau lah ke mana jua menikmati keindahan alam semesta ini dan kagumi lah keindahan alam yang diciptakan oleh Yang Maha Esa.

Jauh perjalanan,luas pengetahuan.

Ada masanya kita pilih Tenang dan Damai kerana ia adalah teraphy untuk jiwa kita setelah penat bekerja dan menghadapi pelbagai perkara dan masalah kehidupan kita seharian.

Wallahua’lam.

-Got to Go-

Puas Berendam.. di Kolam Residence Inn Cherating

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua,Salam sejahtera..

Bagi umat Islam semua,Salam Awal Muharram saya ucapkan iaitu Bulan pertama bagi setiap tahun baru Islam/Tahun Baru Hijrah.Kita sudah memasuki Tahun 1444 Hijriah sekarang ini.

Jadi sematkan azam (resolusi) masing2 untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum2 ini,Ok..

Baiklah guys, saya sudah semakin sihat dari kesan pembedahan lutut yang menyakitkan namun tidaklah sepenuhnya sihat.Masih terasa kesakitan apabila berjalan cepat,berjalan jauh dan juga melakukan apa2 pergerakan yang sedikit lasak pun saya masih terasa kesakitannya di lutut kanan saya ini.

Walau bagaimanapun saya secara sedikit demi sedikit sedang menjalani proses penyembuhan dan kerapkali juga saya hadir ke Hospital untuk melakukan rawatan fisioterapi.

Pada kisah kali ini,di ruangan blog yang sudah jadi Diari Kehidupan saya ini,saya sengaja mahu berkongsi dengan ‘short trip’ saya menginap di Residence Inn Cherating,Kuantan Pahang.

Apa bagusnya Residence Inn Cherating ini,ya?

Mari kita baca di antara sebab2nya :

1.Kadar penginapan bilik biasa/standard 2-3 orang sebilik masih mampu bayar, sekitar bawah RM200 sahaja.

2.Resort yang boleh dikatakan ‘so-so’, sederhana tarafnya mungkin 3 bintang,tapi selesa dan berada di kejiranan yang berjujukan dengan Resort2 mewah, iaitu di antaranya Royal Chulan Cherating Villas,Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating,The Kasturi Resort Cherating,Club Med Cherating dan beberapa lagi penginapan mewah yang harganya mencecah 4 angka bagi harga penginapan semalaman.

3.Residence Inn Cherating ini agak berdekatan dengan Pantai Cherating,memandu kereta sekejap sahaja sampai ke tepi pantai yang ada disediakan ruang meletak kenderaan berbayar.Jika bawa basikal,boleh berbasikal sahaja di kawasan ini dengan tenang dan nyaman.

4.Kolam Renangnya luas dan besar,puas lah dapat berendam sampai menggigil kesejukan.Bagi yang sudah lama tidak merasa mandi kolam dan berenang di kolam yang besar dan luas bersama anak2, silalah datang ke sini untuk mandi manda berendam di kolam renang,lebih2 lagi apabila ketika cuaca panas dan matahari terik.

5.Jika jemu dan sudah biasa dengan makanan disediakan pihak Resort (sebab kebiasaannya mana2 Resort/Hotel,makanannya agak tidak jauh beza),boleh saja buat pesanan dari Grab atau Food Panda dan pilih sahaja Restoran atau Gerai Makan berdekatan dalam lingkungan resort ini,biasanya jarak dalam 10-20 KM sahaja dari Cherating ke Kemaman iaitu bandar berdekatan,rider Food Panda/Grab hantar makanan dipesan sampai ke lobi resort, walaupun kita buat pesanan di waktu malam, sebelum pukul 10.00 malam.

Inilah di antara kelebihan2 yang bagi saya ianya agak penting bagi golongan seperti saya.iaitu yang lebih suka memilih ‘penginapan bajet’ apabila pergi bercuti dan menginap di mana2 jenis penginapan.Bak kata pepatah ‘Ukurlah baju di badan sendiri’.Jangan boros dan membazir dalam berbelanja dan dalam masa yang sama janganlah pula berkira atau kedekut pula kepada keluarga.Seimbangkanlah mana2 yang patut.

Ok,guys, tidak banyak yang saya dapat kongsikan buat kali ini,hanyalah dengan seruan dan kata2 yang biasa saya lontarkan dan catatkan dalam penulisan di blog saya.

Kita mahukan kegembiraan,ketenangan,keseronokan maka kita berusaha lah dan laksana kan lah dengan kadar kemampuan kita.

Ingat ‘tagline’ blog saya ini – Santai Kita,Cara Kita.

Kita tidak perlu menunggu sehingga menjadi kaya dan mewah untuk kita bergembira bersama keluarga.Kita lakukan mengikut cara kita,gaya kita sendiri dan kita akui akan keterbatasan kita pada sesuatu perkara lain.

Saya percaya,dengan cara kita merancang,menyusun,berdisiplin dalam berbelanja dan menguruskan sumber kewangan keluarga,sesiapa juga boleh dan mampu untuk bersantai,bercuti,melancong dan meneroka lokasi2 yang belum pernah kita kunjungi.

‘Jauh perjalanan,luas pengetahuan’, sesungguhnya kata2 pepatah ini jika kita renungkan memang bertepatan dengan kehendak Allah selaku Maha Pencipta dan kita kaitkannya dengan semakin banyak lokasi kita kunjungi dan ‘pergi berjalan’ seharusnya kita lebih rasa bersyukur melihat kebesaran ciptaan Allah di atas muka bumi ini.Lebih banyak kita dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Jadikan ianya suatu ‘positive vibes’ iaitu satu ‘caj positif’ kepada diri kita dan keluarga apabila dapat peluang dan rezeki pergi bercuti dan bersantai semestinyalah jiwa kita dan tenaga kita lebih bermotivasi untuk meneruskan kehidupan dan lebih gigih untuk bekerja dan menjadi lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan majikan.

Saya suka akhiri posting blog saya pada kali ini dengan beberapa rangkap pantun ciptaan saya :

‘Pergi Cherating hanya bertiga,

Sampai di sana terasa penat,

Eratkan hubungan antara keluarga,

Semoga Allah melimpahkan rahmat.’

 

‘Residence Cherating nama diberi,

Resort yang cantik kolamnya luas,

Jangan putus asa,jangan merendah diri,

Rahmat dari Allah tidak terbatas.’

 

‘Residence Cherating tempat yang tenang,

Bawalah keluarga bermandi manda,

Eratkan kasih,limpahkan sayang,

Membina hidup keluarga bahagia.


Wallahu’alam, semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran.

2H1M di TASIK KENYIR - Seronok kah menginap di BoatHouse ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

 Salam guys, bertemu lagi kita di blog saya ini…

Macama mana,sihat2 belaka ke,guys? Statistik Covid19 sudah mencanak naik semula ni guys,so,berhati2 lah ya.

Apa2 pun,kita mengharapkan janganlah Lockdown pulak ya.

............................................................................................................................................................

Kali ini, saya berasa ingin berkongsi dengan anda semua mengenai percutian singkat saya baru2 ini di Tasik Kenyir pada 12-13 Februari 2022, hari Sabtu dan Ahad yang lepas .

Sebenarnya percutian ini memang dirancang,tetapi bukan oleh saya.Ia dirancang oleh adik bongsu saya kerana ingin memenuhi permintaan Ayah saya.




Ya,semenjak perginya Ibu saya menghadap Ilahi,saya sedar Ayah seolah2 seperti kesunyian dan masih lagi kelihatan sugul dan sedih di wajahnya.

Jadi kami adik beradik yang mana ada kelapangan masa telah bersetuju untuk mengajak Ayah menunaikan keinginannya untuk bercuti dan bersantai di Rumah Bot di Tasik Kenyir.Kami pergi hanya lah 2 Hari 1 Malam sahaja.

Sukar digambarkan riak wajah gembira Ayah apabila kami menunaikan permintaannya.

Berikut saya kongsikan seringkas mungkin dari segi perspektif mengikut ‘point2 penting yang wajar diketahui’ bagi yang belum pernah merasai percutian di atas Rumah Bot di Tasik Kenyir ini dan apakah aktiviti2 yang boleh dibuat.

Mana tahu kan,anda semua yang belum pernah merasainya,bila membaca posting di blog saya ini maka dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan.Alhamdulillah.

Ok,jom kita lihat 10 point2 penting yang saya boleh berikan seperti di bawah ini :

1.Perjalanan.

Serius guy, jauh perjalanan ke sana bagi saya yang pertama kali pergi.Rasa begitu jauh ke pedalaman dan jaraknya menghala ke pedalaman Kuala Berang Terengganu yang digelar Hentian Jeti/Pengkalan Lawit.Kalau dari KL lagi lah rasa jauhnya.Saya memandu dari Kuantan dan melalui lebuhraya LPT2 pun terasa jauh guys.Di sini,di atas Rumah Bot,di Jeti bahkan mula masuk ke jalan menghala Pengkalan Lawit pun sudah tiada apa2 ‘network coverage’ telefon bimbit guys…adoi la…’Haiwan primate’ seperti kera,beruk tak usah cakap,memang ada berkeliaran,kadang2 ada banyak berkumpulan,kadang2 sedikit jumlahnya.




 

2.Jenis2 Rumah Bot.

Ada beberapa jenis dan ‘Brand’ ikut Syarikat atau Pengusaha yang memiliki Rumah Bot.Ada yang 1,2,3 tingkat dan harga penginapan pun berlainan.Ada juga Rumah Bot untuk kelas VIP/VVIP yang sudah tentu semalaman mneginap sahaja dalam lingkungan RM5K-10K.Bagi kami sekeluarga memadailah dengan menginap di Maya BoatHouse yang memiliki 2 tingkat.Itu pun kos kesemuanya termasuk makan 3 kali sehari melebihi RM2K.






3.Suasana/Keadaan Rumah Bot.

Nama pun Rumah dan Bot.So,ianya memang berkonsepkan Rumah,ada bilik2 tidur,ada ruang ‘dining hall’ (di bahagian tingkat 2), ruang solat,ruang makan,ruang berhibur,berkaraoke,ruang santai2 tepi sambil duduk2 di atas kerusi dan juga mestilah ada bilik air/bilik mandi, guys.Pendek kata seperti seolah2nya rumah 2 tingkat diletakkan ke atas satu platform dan dikuasakan dengan enjin bot yang besar untuk bergerak di permukaan air/di Tasik Kenyir ini.





4.Hidangan/Makan2 dan jenis2nya.

Ini terpulang kepada tempahan dan bajet kita lah guys.Nak sedap bayar lah lebih mahal.Nak menu biasa2 saja,harga pun biasa2 saja lah.Kami ambil menu2 masakan biasa2 jenis masakan kampung saja guys,dan memang ini pun menu yang kami dan Ayah suka makan.Ada sarapan pagi,makan tengahari,minum petang dan makan malam (dinner).Ada satu sesi ‘barbecue’ diberikan sebelum pulang keesokannya.Berapa harga makan2 ini? Ikut menu yang diminta dan boleh request/berunding sendiri dengan kru2 atau Pengusaha BoatHouse tersebut.

 

5.Keselamatan.

Ini juga sudah tentu penting,guys.Memang semua Pengusaha/Pemilik BoatHouse ada menyediakan banyak ‘life jacket’ dan memang kita kena memakainya.Tapi bukanlah setiap masa,guys.Masa kita nak terjun di tepi2 Rumah Bot tu,untuk santai2 mandi manda kita pakailah life jacket dan biarkan badan kita terapung di permukaan air Tasik Kenyir,best betul guys!!Selain itu ada juga bot2 kecil disediakan jika kita mahu ‘pusing2’ di kawasan berhampiran.Kayak/canoe juga disediakan jika kita suka berkayak.





 

6.Lokasi2 Tarikan.

Ini lah yang ditunggu2 guys,takkkan lah kita pergi bercuti menginap di Rumah Bot kita tidur saja,di bilik?Jadi,tarikan2 yang banyak sebenarnya lebih puas jika menginap 3 Hari 2 Malam ke atas sebab banyak aktiviti2 yang boleh dilakukan.Macam kami,cuma menginap 2 Hari 1 Malam,tiadalah kru2 Rumah Bot itu bawa kami ke banyak tempat.Kami cuma pergi ke Gawi,iaitu ada kawasan bebas cukai Tasik Kenyir,selain itu kami sempat ke Air Terjun Saok dan yang lain2 memang tidak berkesempatan guys.

Jika yang menginap lebih lama,boleh pergi ke Sanctuary Ikan Kelah dan bermain2, pegang2 ikan kelah yang besar2 dan jinak2 guys.

Ada yang suka ‘jungle hiking’ pun boleh buat.

Jadi tarikan2 ini janganlah kita bayangkan seperti kita pergi bercuti di bandar2 guys,nak cari tempat makan sedap,nak tonton wayang,nak bermain sukan ekstrem,nak tengok2 orang2 ramai dan adanya pusat membeli belah.Memang tak ada lah itu semua guys,kita berada di Rumah Bot dan terapung di Tasik Kenyir,jadi tarikannya di sini lebih kepada tarikan alam semulajadi dan keindahan pemandangan sahaja lah,OK?

 

7.Aktiviti2 Yang Boleh Dilakukan.

Macam saya ulaskan di atas tadi,aktiviti2 ini merangkumi aktiviti melibatkan aktiviti di air,di hutan,di atas Rumah Bot dan juga mandi manda.Contohnya boleh berkayak,mandi manda di air terjun,menaiki bot2 kecil pusing2 di kawasan2 berdekatan Rumah Bot dan juga boleh adakan aktiviti kekeluargaan seperti Kuiz Kanak2,Bermain Dam dan juga mengambil gambar2 persekitaran dan semulajadi.Kalau anda Photographer yang asyik suka pegang kamera dan suka ambil gambar memang best lah berada di suasana indah di Tasik kenyir ini.








8.Bilik Penginapan dan Keadaannya.

Biasa2 saja guys,sebab kami ambil Rumah Bot level2 biasa saja.So,bilik2 kami agak kecil di tingkat 2 tetapi masih selesa,ada yang ‘2 single bed’ dan ada yang ‘1 queen bed’.Tapi kita bukanlah selalu habiskan masa di bilik,jadi itu tak jadi masalah pun.Jika anda mampu bayar Rumah Bot VIP/VVIP berharga RM5K ke atas tu,Inshaa Allah ruang penginapan anda seperti hotel 4-5 bintang.

 

9.Sambungan Rangkaian Telefon Bimbit.

Aduhai guys,apa2 Telco pun kita guna,nak naik 1 bar coverage pun sakit guys….Ini perlu diakui sebab kita menginap jauh ke dalam kawasan hutan pedalaman Jeti/Pengkalan Lawit dan juga berada jauh dari rayauan menara2 pemancar gelombang telekomunikasi.Kalau yang ada sekali sekala dapat connection itu pun cuma yang menggunakan simcard Telco talian telefon bimbit berjenama ‘One XOX’, kata sebilangan orang2 yang sudah biasa berada di sana.

Jadi lupakanlah ya guys, nak ‘sangap’ tak sabar2 buat FB Live atau Video Live,IG Live semasa kita berada di Rumah Bot.Nak send gambar2 pun kepada kenalan dan saudara mara yang masih belum merasa sampai ke sini pun,tak boleh guys,line ‘out’.Call out dan Call in boleh tapi kadang2 tiba2 call terputus dan terus senyap.So,sabar jer lah ya,jika ke sini jangan excited sangat nak terus update on the spot atau nak update in realtime aktiviti2 percutian anda.Lepas habis bercuti,nak update,update lah banyak2 ribuan gambar pun tak apa.

 

10.Tahap Kepuasan / Berbaloi kah bercuti di sini?

Sejujurnya bagi saya,berbaloi jika anda mahu menginap lebih lama,mungkin 2-3-4 malam dan bilangan keluarga anda ramai.Lupa nak beritahu tadi,biasanya 1 Rumah Bot boleh memuatkan dalam 30 orang,20-22 orang dewasa bersaiz tubuh sederhana dan 8 orang kanak2 biasa yang bertubuh normal.

Sebab apa saya fikir berbaloi jika bercuti/menginap di sini lebih dari 1 malam?Sebabnya,anda boleh dapat pergi ke tempat tarikan2 yang lain , iaitu paling seronoknya ialah Sanctuary Kelah.Selain itu aktiviti Sukan Air juga anda boleh buat jika ramai yang menginap.Macam saya tidak sampai lah 30 orang yang menginap di Rumah Bot.Lagipun saya cuma menginap sekejap sangat, iaitu  2 Hari 1 Malam sahaja, tentulah masa kami banyak dihabiskan di atas Rumah Bot dan aktiviti mandi manda berdekatan dengan Rumah Bot sahaja.

Tapi jika anda ada keluarga yang besar dan wang/duit tidak menjadi masalah sangat,cuba lah ambil dan rasai menginap di Rumah Bot VIP/VVIP.Alah…baru sehari semalam menginap kos cuma RM5K guys…kongsi duit dengan 30 orang baru RM167 seorang…Apa macam? Ada berani ke?



Ok,guys,sekadar ini dulu lah buat kali ini.Kita jumpa di lain cerita.

Ingat,’motto’ atau tema saya. ‘Santai Kita,Cara Kita.Jangan tunggu kaya dan berharta banyak untuk kita bercuti dan bergembira.Kita susun elok2 kewangan dan bajet kita,adakan kesepakatan dan berkongsi kos/tanggungan untuk percutian,berjimat cara kita,kemudian pergi lah ke mana pun kita inginkan demi untuk menatapi keindahan dunia dan alam yang indah milik Allah ini semasa kita masih bernafas.Kagumi ciptaan Allah dan kukuhkan keimanan mengesakan kebesaran Ilahi.

 Sekian dulu.

Wassalam.Bye2 guys..

Cerita Santai 4H3M @ Adena Beach Resort - Betul kah persis Pantai di Bali ?

alriana5604@gmail.com - AL The One 

Hai semua,kepada pengunjung blog saya yang telah lama tidak bersua di ruangan online ini,

Salam sejahtera semua,

Memang PKP atau MCO ini berpanjangan dan baru2 ini saja lah kita dibenarkan merentas daerah dan seterusnya merentas negeri bagi mereka yang sudah selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid19 bagi dos yang kedua.

Kesan dari Covid19 ini menyebabkan impact yang amat besar khususnya kepada keadaan ekonomi,kesihatan dan juga persekitaran gaya hidup kita.Kita tidak boleh lagi mengelak berterusan dan takut untuk keluar rumah atau menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan gaya hidup kita.Terima lah yang kita akan hidup dengan Pandemic Covid19 ini yang kini sudah menjadi endemic dan kita perlu hidup dengan amalan norma2 baru,seperti menjaga penjarakan fizikal,memakai ‘face mask’ dan juga kerap mencuci tangan dengan sabun/sanitizer untuk mengelakkan risiko kuman Covid19 menjangkiti diri kita.

Setelah hampir 2 tahun tidak ke mana-mana,sama ada bersantai ke luar negara atau pun di dalam negara,baru2 ini saya dan keluarga kecil saya berkesempatan diberikan masa,tenaga dan rezeki oleh Yang Maha Esa,lalu diizinkan kami berehat dan bersantai di persekitaran kawasan Pantai di Balok,Kuantan Pahang.

Ini lah cara saya.Santai saya.

Telah lama saya tidak gunakan di blog ini ‘motto/slogan’ saya yang sinonim dengan cara saya,iaitu ‘Santai Kita,Cara Kita’.

Slogan ‘Santai Kita,Cara Kita’ ini adalah merujuk maknanya kepada gaya,cara,kaedah atau pelaksanaan strategi gaya saya  melancong atau ‘makan angin’,berehat dan bersantai adalah tidak terikut2 dengan orang lain atau meniru gaya kemampuan kewangan orang lain atau pun mencuba tempat2 santai yang di luar kemampuan kewangan saya.

‘Santai Kita,Cara Kita’…

Contohnya, ‘trend’ ramai orang serbu ke Pulau Langkawi untuk melancong dan berebut membeli tiket2 flight yang murah ditawarkan oleh syarikat penerbangan di negara kita.Namun saya tidak begitu.

Trend ramai orang pergi bercuti ke lokasi air terjun atau anak2 sungai yang mengalir cetek di Janda Baik,Pahang contohnya,saya tidak cenderung begitu.Walaupun ramai rakan2 saya ke sana dan ada juga artis2 yang suka ke sana.

Ada juga trend yang suka melancong selepas PKPD/MCO atau Lockdown ditamatkan ini dengan pulang ke kampung bertemu saudara mara dan ibubapa.Bagus pilihan ini,tapi perlu berhati2,check betul2 diri sendiri dan keluarga kita sebelum kita bawa keluarga kita bertemu ibubapa di kampung.Biarlah keadaan agak reda dulu,baru lah kita pulang ke kampung menziarahi ibubapa.Selain dari mengelakkan kita menyumbang kepada kesesakan lalulintas yang amat teruk,kita juga dapat mempersiapkan diri kita dari segi kesihatan mental dan fizikal kita untuk bertemu keluarga di kampung.Minta perlindungan Allah,janganlah kita jadi penyebab membawa virus Covid19 ke lokasi2 kampung kita masing2.

Ok lah,berhenti dulu berceloteh berkenaan suasana ‘shock’ atau kejutan budaya yang berlaku oleh orang ramai setelah Lockdown Covid19 ditamatkan,berebut2 mahu pergi keluar rumah dan pergi makan angin.

Saya pula lebih suka pergi makan angin dengan berehat2 sahaja di sebuah Resort yang mempunyai ‘private beach’ dan tidak terlalu ramai pengunjung yang datang,ini lah pilihan saya dan cara saya melancong setelah Lockdown ditamatkan.

Saya sengaja bercuti semasa hari bekerja dan tips ini saya gunapakai sampai sekarang kerana harga/kadar penginapan yang lebih murah dan tiada ramai jumlah orang yang menginap di Resort atau Hotel.

Di kesempatan ini juga,saya mendedikasikan tujuan percutian ini khusus untuk Zarif yang saya anggap bolehlah dijadikan ganjaran (reward) untuknya kerana berusaha keras sehingga dapat menjadi Johan dalam Pertandingan Bicara Buku di peringkat sekolahnya menewaskan semua pelajar2 senior yang lain.Tahniah untuk Zarif ! Sehinggakan Cikgunya merakamkan video khas untuknya dan dipamerkan kepada semua murid2 di sekolahnya sebagai contoh kepada murid2 lain.

Saya memilih untuk menginap di Adena Beach Resort,Kuantan Pahang yang menawarkan suasana Resort sangat berdekatan dengan pantai persendirian iaitu Pantai Balok Kuantan.Saya menghabiskan selama 4 Hari 3 Malam menginap di Resort ini dan sengaja memilih Premium Family Room yang agak selesa setelah sekian lama tidak makan angin bersama keluarga saya.

Ada review dari segelintir  orang yang pernah ke Adena Beach Resort ini,suasananya  persis di Pantai Peranginan di Bali,Indonesia dan sangat damai,tenang dan ada tarikan tersendiri.Entah lah,saya fikir mungkin mereka terfikir begitu kerana di sini ada ‘private beach’ dan waktu malam menjelma mereka suka kepada hiburan malam ketika berada di Bar di tepian pantai.Mungkin lah begitu,hanya tekaan saya sahaja.Sebab saya dan keluarga tidak menyertai hiburan malam dan membuang masa begitu,kami adalah ‘family people’ dan hiburan pada malam hari kami tidak berminat.

 Kredit foto dari : byfarahh.com

 Anda boleh klik di link ini untuk melihat suasana di persekitaran Resort ini :

https://adenaresort.com/


Keadaan bilik penginapan  yang luas,selesa,suasana damai di tepian pantai,tiada gangguan dan kebisingan melampau,fasiliti Resort yang bagus dan juga aktiviti2 untuk anak saya bermain juga ada di sini.Maklumlah setelah anak sudah besar dan semakin aktif,permintaan cara berhibur juga semakin meluas,kini Zarif suka menunggang kuda, menunggang ATV,mengayuh basikal,bermain GoKart,belajar menembak,memanah,berenang,bermain drone dan pelbagai lagi aktiviti moden yang digemari kanak2 pada zaman ini.



 
Saya akui,ada permainan/hiburan yang saya mampu belikan dan sediakan untuknya dan ada juga yang saya sengaja tidak mahu belikan bagi tujuan tidak mahu terlalu memenuhi permintaannya.Ibarat kita bermain layang2,tali hendaklah tidak terlalu dibiarkan terlepas habis dan juga tidaklah terlalu digulung menjadikan layang2 terbangnya rendah sangat.Begitulah cara saya terapkan dalam memenuhi kehendak anak yang minta bermacam2 benda.Kita tidak boleh terlalu memanjakan anak dan mengikut sahaja apa kehendaknya.Ada masanya kita boleh turutkan dan ada masanya kita sengaja jangan turutkan.Biar dia tahu bahawa dalam dunia ini,bukanlah semua yang kita kehendaki akan dapat dengan cara yang mudah.Biar dia dapat pelajaran dan teladan berkenaan hal ini,semoga dia menjadi faham akan realiti hidup sebenar. 


Marilah saya kongsikan beberapa kenangan gambar2 ketika saya dan keluarga kecil ini bercuti,bersantai dan berehat2 di Adena Beach Resort ini,sekadar untuk tatapan dan perkongsian untuk semua yang sudi membaca Diari Blog saya ini.

Saya juga berkesempatan membawa anak dan isteri mengunjungi Pantai Teluk Cempedak dan mengunjungi sebentar sekolah lama saya ketika di Tingkatan 4 dan 5 dahulu,iaitu SM Teknik Kuantan di Alor Akar,Kuantan.Sengaja saya singgah sebentar di sekolah ini semata2 mahu mengimbas masa lalu zaman remaja saya pernah menuntut ilmu di sini.


 


Apa yang saya harapkan hanyalah sekadar coretan dan nukilan ini dapat mengenang secebis memori indah suatu hari nanti andainya Yang Maha Esa mengizinkan umur saya mencecah ke usia warga emas dan sesekali boleh juga dikenang kembali,dibaca semula dan diingat kembali memori yang terukir di sini.











Mungkin juga Zarif akan dapat membacanya suatu hari nanti dan dia akan lebih menghargai akan kehidupannya membesar dengan penuh kasih sayang,kegembiraan dan dipenuhi memori2 indah dalam kehidupannya.

Wallahu a’lam.