Hai
semua,Salam sejahtera..
Bagi umat
Islam semua,Salam Awal Muharram saya ucapkan iaitu Bulan pertama bagi setiap
tahun baru Islam/Tahun Baru Hijrah.Kita sudah memasuki Tahun 1444 Hijriah
sekarang ini.
Jadi
sematkan azam (resolusi) masing2 untuk menjadi manusia yang lebih baik dari
sebelum2 ini,Ok..
Baiklah
guys, saya sudah semakin sihat dari kesan pembedahan lutut yang menyakitkan
namun tidaklah sepenuhnya sihat.Masih terasa kesakitan apabila berjalan
cepat,berjalan jauh dan juga melakukan apa2 pergerakan yang sedikit lasak pun
saya masih terasa kesakitannya di lutut kanan saya ini.
Walau
bagaimanapun saya secara sedikit demi sedikit sedang menjalani proses
penyembuhan dan kerapkali juga saya hadir ke Hospital untuk melakukan rawatan
fisioterapi.
Pada kisah
kali ini,di ruangan blog yang sudah jadi Diari Kehidupan saya ini,saya sengaja
mahu berkongsi dengan ‘short trip’ saya menginap di Residence Inn Cherating,Kuantan Pahang.
Mari kita baca
di antara sebab2nya :
1.Kadar
penginapan bilik biasa/standard 2-3 orang sebilik masih mampu bayar, sekitar
bawah RM200 sahaja.
2.Resort
yang boleh dikatakan ‘so-so’, sederhana tarafnya mungkin 3 bintang,tapi selesa
dan berada di kejiranan yang berjujukan dengan Resort2 mewah, iaitu di
antaranya Royal Chulan Cherating Villas,Holiday Villa Beach Resort & Spa
Cherating,The Kasturi Resort Cherating,Club Med Cherating dan beberapa lagi penginapan
mewah yang harganya mencecah 4 angka bagi harga penginapan semalaman.
3.Residence Inn Cherating ini agak berdekatan dengan Pantai Cherating,memandu kereta sekejap sahaja
sampai ke tepi pantai yang ada disediakan ruang meletak kenderaan berbayar.Jika
bawa basikal,boleh berbasikal sahaja di kawasan ini dengan tenang dan nyaman.
4.Kolam
Renangnya luas dan besar,puas lah dapat berendam sampai
menggigil kesejukan.Bagi yang sudah lama tidak merasa mandi kolam dan berenang di kolam yang besar dan luas bersama anak2, silalah datang ke sini untuk mandi manda berendam di kolam
renang,lebih2 lagi apabila ketika cuaca panas dan matahari terik.
5.Jika jemu
dan sudah biasa dengan makanan disediakan pihak Resort (sebab kebiasaannya
mana2 Resort/Hotel,makanannya agak tidak jauh beza),boleh saja buat pesanan
dari Grab atau Food Panda dan pilih sahaja Restoran atau Gerai Makan berdekatan
dalam lingkungan resort ini,biasanya jarak dalam 10-20 KM sahaja dari Cherating
ke Kemaman iaitu bandar berdekatan,rider Food Panda/Grab hantar makanan dipesan
sampai ke lobi resort, walaupun kita buat pesanan di waktu malam, sebelum pukul
10.00 malam.
Ok,guys, tidak banyak yang saya dapat kongsikan buat kali ini,hanyalah dengan seruan dan kata2 yang biasa saya lontarkan dan catatkan dalam penulisan di blog saya.
Kita
mahukan kegembiraan,ketenangan,keseronokan maka kita berusaha lah dan laksana kan lah dengan kadar
kemampuan kita.
Ingat ‘tagline’
blog saya ini – Santai Kita,Cara Kita.
Kita tidak
perlu menunggu sehingga menjadi kaya dan mewah untuk kita bergembira bersama
keluarga.Kita lakukan mengikut cara kita,gaya kita sendiri dan kita akui akan
keterbatasan kita pada sesuatu perkara lain.
Saya
percaya,dengan cara kita merancang,menyusun,berdisiplin dalam berbelanja dan menguruskan
sumber kewangan keluarga,sesiapa juga boleh dan mampu untuk
bersantai,bercuti,melancong dan meneroka lokasi2 yang belum pernah kita
kunjungi.
‘Jauh
perjalanan,luas pengetahuan’, sesungguhnya kata2 pepatah ini jika kita
renungkan memang bertepatan dengan kehendak Allah selaku Maha Pencipta dan kita
kaitkannya dengan semakin banyak lokasi kita kunjungi dan ‘pergi berjalan’
seharusnya kita lebih rasa bersyukur melihat kebesaran ciptaan Allah di atas
muka bumi ini.Lebih banyak kita dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Jadikan
ianya suatu ‘positive vibes’ iaitu satu ‘caj positif’ kepada diri kita dan
keluarga apabila dapat peluang dan rezeki pergi bercuti dan bersantai
semestinyalah jiwa kita dan tenaga kita lebih bermotivasi untuk meneruskan
kehidupan dan lebih gigih untuk bekerja dan menjadi lebih bertanggungjawab
kepada keluarga dan majikan.
Saya suka akhiri posting blog saya pada kali ini dengan beberapa rangkap pantun ciptaan saya :
‘Pergi Cherating hanya bertiga,
Sampai di
sana terasa penat,
Eratkan
hubungan antara keluarga,
Semoga
Allah melimpahkan rahmat.’
‘Residence Cherating nama diberi,
Resort yang
cantik kolamnya luas,
Jangan
putus asa,jangan merendah diri,
Rahmat dari
Allah tidak terbatas.’
‘Residence Cherating tempat yang tenang,
Bawalah
keluarga bermandi manda,
Eratkan
kasih,limpahkan sayang,
Membina
hidup keluarga bahagia.
Wallahu’alam, semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan