Iklan Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Kejadian Alam Semesta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejadian Alam Semesta. Papar semua catatan

Detik-Detik Berlakunya Gerhana Bulan

alriana5604@gmail.com - AL The One

Untuk ke sekian kalinya, saya mengucapkan selamat bertemu kembali di blog saya ini.Juga saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada pengunjung-pengunjung blog saya.Terima kasih atas kunjungan anda semua untuk memeriahkannya.

Saya sempat merakamkan dan juga mengambil beberapa gambar kejadian gerhana bulan pada 1 Januari 2010 baru-baru ini.Kelihatan bentuk keseluruhan bulan memang tidak berbentuk bulatan penuh, ianya kelihatan seperti telah serpih (sompek) sedikit di bahagian kirinya apabila kemuncak gerhana bulan berlaku kira-kira pada jam 3 pagi.

Berikut saya sertakan gambar-gambarnya.

Gerhana Bulan Separa 1 Jan 2010

alriana5604@gmail.com : AL - The One

Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.



Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!

Seperti biasa laman web http://shadowandsubstance.com/ telah menyediakan animasi gerhana seperti tertera di atas.

Selamat mencerap!

Sumber: Spaceweather.com

Bagaimana Gerhana Terjadi ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Marilah kita sama-sama melihat kebesaran Allah menjadikan peristiwa Gerhana Bulan yang dijangka akan berlaku pada jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi bertarikh 1 Januari 2010 ini.Jika berkesempatan, tunaikanlah solat sunat Gerhana 2 Rakaat bagi menunjukkan kesyukuran dan kepujian terhadap Allah yang sungguh Maha Berkuasa menciptakan alam semesta dan menjadikan fenomena gerhana bulan ini.

Fenomena Gerhana Bulan dikatakan boleh berlaku hanya dalam masa belasan tahun barulah ianya terjadi.Oleh itu, kalau terjaga dari tidur atau sengaja berjaga malam itu nanti, jangan lepaskan peluang melihat fenomena ini dan jika boleh 'snap' kan beberapa 'view'nya sebagai kenang-kenangan.

Lihat di bawah ini, bagaimanakah gerhana boleh terjadi.





Gerhana

Fasa gerhana bulan
Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana:

1.Gerhana matahari
2.Gerhana bulan

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:

i. Gerhana penuh
ii. Gerhana separa
iii.Gerhana anulus

Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana".