alriana5604@gmail.com - AL The One
Rakan-rakan blog dan pengunjung yang budiman sekalian,
Salam online kepada semua,
Adakah anda setuju toys (permainan) tidaklah semestinya hanya boleh dimainkan oleh kanak2,betul tak?
Bahkan di zaman moden dan alaf baru ini banyak permainan tidak hanya khusus dimainkan oleh kanak2 sahaja.Sama ada ianya permainan berbentuk games online di tablet,komputer atau pun telefon pintar, kini masyarakat dan orangramai tidak memandang sinis lagi akan kecenderungan orang dewasa pula suka bermain games dan juga ‘mainan kanak2’ (toys).
Keterangan gambar di atas : Salah satu jenis online games yang diminati oleh orang dewasa.
Contoh beberapa permainan kanak2 yang kini sudah dijadikan hobi dan kesukaan orang dewasa ialah bermain ‘skuter lancar’ (yang beroda dan ada pemegang/ditolak dengan kaki).Selain itu permainan kereta kecil (diecast) seperti Hotwheels,Majorette,Tomica dan lain2.Begitu juga permainan ‘slot car’ juga ramai orang dewasa yang sukakan hobi ini.Banyak lagi jika mahu dimaklumkan di sini sebenarnya,permainan Remote Control (RC) kenderaan mainan,bot RC,kapalterbang RC,helikopter RC,drone RC dan macam2 lagi permainan yang dikategorikan sesuai dan boleh saja dimainkan oleh kanak2 dan juga orang dewasa.
Keterangan gambar di atas : Di antara permainan (toys) di zaman modern dan alaf baru ini, yang dipelopori dan juga amat disukai oleh orang dewasa.
Ini bukanlah disebabkan oleh faktor orang dewasa mahu mengambil tempat kanak2 bermain, tetapi lebih kepada perasaan ingin membentuk hobi dan kesukaan yang baru yang lebih menyeronokkan.Manusia kategori dewasa kini sudah menjadi semakin kompleks dan unik, mereka mencari2 cara membentuk hobi dan mencari ruang untuk berseronok dan bersantai bagi menikmati hidup yang berkualiti dan penuh kegembiraan.
Begitu jugalah dengan diri saya.Mulanya sekadar berkongsi minat dan kecenderungan anak saya Zarif yang sukakan haiwan peliharaan,lalu saya membelikannya sepasang burung budgie yang comel.Kemudian Zarif mula menyukai permainan Hotwheels ‘diecast car’ pula.Hotwheels ini saya akui, harganya memang agak mahal sekiranya membeli dengan ‘track race’ nya.Bahkan boleh mencecah hingga ratusan malah ribuan RM.Namun saya tidaklah membelikannya sekaligus,saya membeli sedikit demi sedikit dan kerapkali menambah bilangan ‘diecast car’ Hotwheels yang disukai.
Seringkali Zarif mahu bermain Hotwheels car dengan saya dan saya melayaninya juga sekali sekala.Lama kelamaan timbul minat pula kepada diri saya apabila melayaninya.Saya mula meneliti dan melihat2 model2 diecast car yang dibeli dan mula berhasrat untuk membuat koleksi diecast car secara lebih serius.
Keterangan gambar di atas : Ini adalah salah satu model Hotwheels track yang boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan,'two launcher track'.
Hidup manusia perlu ada hobi dan kesukaan masing2, barulah tidak jemu dan kita juga boleh memupuk kasih sayang di antara ahli keluarga sendiri.Namun cubalah jangan membazir dan menjadikan hobi yang boleh merugikan diri sendiri.Biar kita melayani hobi mengikut kadar kemampuan kewangan kita sahaja.
Keterangan gambar2 di atas : Ini adalah di antara koleksi2 terbaik pilihan saya yang telah saya beli dan miliki.Saya lebih cenderung untuk memiliki koleksi model2 kereta yang nyata(real) ada/wujud diciptakan.Manakala model fantasy car dan model2 pelik yang tidak wujud di dunia sebenar saya kurang berminat untuk mengumpulnya.
Anda bagaimana?
Jika anda seperti saya dan Zarif meminati diecast car Hotwheels,saya cadangkan anda menonton Youtube ‘Peak Time Racing’ untuk lebih mengenali dan juga ‘update information’ mengenai jenis2 diecast car Hotwheels.’Owner’ Peak Time Racing ini,Phil namanya, beliau sangat bagus dan menarik cara beliau mengendalikan channel nya.
Keterangan gambar di atas : Ini adalah Phil bersama iklan/promosi channel Peak Time Racing nya yang sungguh menarik dan menyeronokkan.
Hakikatnya,kini, mainan bukan lagi sekadar untuk kanak2 dan jika kita meminati kereta mainan bukanlah bermakna kita kebudak-budakan.Bahkan kita adalah individu yang unik kerana dapat menikmati kegembiraan dengan cara kita sendiri
Sekian.
AL The One - Blog yang mengandungi pelbagai perkara dan cerita. Cetusan idea dan seloka, wisata dan kerja menjadi rencah hidup semasa.
Iklan Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Berjinak-jinak Menjadi Penulis Amatur
Hai rakan-rakan,
Anda suka menulis tak?
Maksud saya menghantar apa- apa artikel lah.Sekarang ini, di zaman IT serba canggih sekarang,tak sesuai disebut istilah 'penulis atau menulis'.Sebabnya kita sudah menaip menggunakan keyboard komputer atau pun tablet.
.....Patutnya digelar 'Penaip'.Tak sedap pulak dah bunyinya, kan?
Ok...Sebenarnya, saya cuba-cuba menghantar artikel karangan dan cetusan idea saya sendiri ke sebuah ruangan forum maya yang terkenal.Tak disangka pula, setakat ini sudah 2 artikel saya diterbitkan.Rasa tak percaya pun ada.Sebabnya ruangan forum maya tersebut antara forum yang dikenali ramai.Pemilihan artikel oleh Editor forum dan juga pasukan beritanya bukanlah calang-calang dalam menerbitkan sesuatu artikel dihantar oleh mana-mana pihak.
Kebelakangan ini, saya suka pula menulis dan mengarang artikel.Bahkan beberapa artikel saya juga dihantar ke majalah yang agak terkenal.Saya cuma main-main saja pada mulanya, tak sangka pula artikel saya diterbitkan.
Apa-apa pun saya cuma baru belajar dan masih amatur dalam dunia penulisan artikel, cetusan idea dan komentator.Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan mana-mana 'columnist' atau pun 'articlist' terkenal.
Saya berharap suatu hari nanti saya diberikan peluang untuk menulis di mana- mana kolum blog atau majalah terkenal.
Nak tahu nama pena saya, tak ?
Biarlah dulu kan...saya bukannya penulis terkenal lagi.Segan pulak nak dedahkan di awal-awal ini.
Biasanya saya suka menulis artikel berkenaan politik tanahair, berkenaan pendapat dan cetusan umum, mengarang pantun, mengarang artikel pendek dalam bentuk komen membina dan juga berkenaan alam sekitar (kerana saya pencinta alam sekitar dan menyokong kempen 'Go Green').
Jadi, kepada sesiapa (blogger) atau mana-mana pihak yang inginkan saya menghantar artikel ke ruangan tertentu, silalah hubungi dan emel saya di : alriana5604@gmail.com
Anda perlu nyatakan apa topik yang anda mahu kisahkan.Insya Allah artikel saya mampu sedikit sebanyak menarik minat pengunjung blog anda/forum anda/majalah anda.
Selamat menulis !
Snapshot Dari Saya - CANON PowerShot 1000 IS

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
alriana5604@gmail.com - AL The One
Berbalik semula kepada hobi saya, yang baru berjinak-jinak mahu menjadi jurufoto.Kepada sesiapa yang mempunyai hobi yang sama dengan saya iaitu yang telah berstatus jurufoto profesional atau amatur, harap dapatlah kongsi-kongsikan maklumat di sini/di blog saya ini.
Setakat ini saya cuma mampu miliki kamera digital CANON PowerShot 1000IS.Marilah kita sama-sama lihat beberapa gambar pemandangan dan alam semulajadi yang sempat saya 'shot' kan dengan menggunakan kamera tersebut.Berikut adalah keterangan mengenai gambar-gambar tersebut :
1.Pemandangan dari atas puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang.
2.Pemandangan pantai Teluk Batik, Lumut, Perak.
3.Pemandangan feri, laut dan gunung-ganang di perairan Pulau Pangkor yang diambil dari atas feri yang sedang bergerak.
4.Pemandangan 'Marina Water Park' dari Tingkat 8,Pangsapuri Marina Cove Resort, Lumut, Perak.
5.Pemandangan senja - di tepi pantai Segari, tempat pemuliharaan (santuari) penyu di Lumut, Perak.
Mungkin gambar-gambar yang saya ambil ini, tidak lah se 'profesional' jurufoto yang ternama dan juga yang menggunakan kamera SLR, namun bagi saya dengan kamera digital yang saya miliki ini juga, hasilnya boleh lah tahan.Maklumlah, saya pun masih baru belajar lagi dan masih bertahap 'beginner/amateur' dalam hobi fotografi ini.
Langgan:
Catatan (Atom)