Iklan Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Artikel Am. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel Am. Papar semua catatan

Tidak Suka Kucing vs Pencinta Kucing vs Pemilik Kucing - Anda kategori mana satu ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam kepada semua pengunjung blog saya,

Hai guys, lama kita tak bersua di arena maya ini.

Saya sebenarnya sudah lama tidak mengarang dan menulis (menaip sebenarnya).

Bukan sebab malas,bukan sebab sibuk sangat,bukan juga sebab sudah lupakan blog ini dan bukannya sebab sudah hilang minat menulis.Minat menulis tu masih ada lagi.

Tapi,entah lah saya dilanda perasaan bercampur baur semenjak beberapa bulan kebelakangan ini.

Saya berasa sepi,sunyi,hiba,sedih dan acapkali kadang2 suka menyendiri.Ini kerana selepas Ibu saya meninggal dunia pada tahun lepas,2021 iaitu di pertengahan bulan Ramadhan,tepatnya ialah pada 15 Ramadhan.

Kini saya belajar untuk terima kenyataan,yang pergi tetap akan pergi dan sudah pun pergi,saya belajar untuk hidup tanpa Ibu sekarang ini.Bukanlah saya ini ‘anak manja emak’ sebab saya pun anak yang agak berada di kedudukan pertengahan dan ke bawah dalam adik beradik saya.Jadi saya biasa2 saja,bukan anak kemanjaan Ibu.

Lantaran kesedihan ini lah yang mengheret saya hingga saya tiada ‘mood’ untuk menulis lagi bagi beberapa bulan kebelakangan ini.

Tapi sekarang,saya sudah mulai gagahkan diri dan kuatkan semangat.Sesungguhnya Ibu saya lebih memahami saya berbanding orang lain.Lantaran kehilangannya benar2 menyebabkan saya tiada tempat untuk berkomunikasi dan sudah tiada insan mulia yang selalu menjadi ‘good listener’ saya.Walaupun Ibu bukanlah boleh menyelesaikan semua masalah saya,tapi dia mendengar sahaja pun sudah melegakan hati saya.

Benarlah kata orang,kawan2 kita boleh cari,isteri kita boleh dapat ganti yang lain atau tambah pun boleh (hahaha),tapi Ibu,Ayah dan adik beradik kita tidak boleh cari ganti.

………………………………………………………………………………………..

Ok,habis di situ hal keadaannya berkenaan kenapa saya sudah lama tidak menulis dan membuat posting terbaru di blog atau Diari Peribadi saya ini.

Cerita yang saya nak ketengahkan kali ini ialah berkenaan KUCING.Bukannya nama tempat Kuching di Sarawak atau Jalan Kuching.

Saya terlebih dulu,mohon maaf kepada pencinta,pembela,pemelihara dan penyanjung atau pengkagum kucing, ya.

Saya adalah bukan dalam kategori itu.Saya bukannya pencinta,pembela,pemelihara dan penyanjung atau pengkagum kucing.Sangat2 minta maaf guys…

Tapi saya juga bukannya pembenci,penganiaya,pembunuh atau pemukul yang mencederakan kucing atau haiwan2 lain juga.

Ok,habis tu saya apa?

Saya ialah individu TIDAK SUKA KUCING.Lain kan bunyinya?

Tidak Suka Kucing ini banyak sebab guys…bukannya apa, saya highlight kan issue ini,sebab ramai sangat di kejiranan kita dan semua orang yang khususnya sayangkan kucing dan memelihara kucing tidak tahu menjaga haiwan peliharaan mereka dan juga membiarkan kucing2 mereka lepas bebas berkeliaran merata2,membuang najis merata2,masuk ke dalam halaman ‘car porch’ orang dan kencing di merata2 sebagai ‘menanda kawasan’ di dominasi oleh kucing2 mereka.

Anda rasa macam mana?Mesti anda akan berhujjah begini,khususnya bagi pencinta kucing dan suka membiarkan dan mudah sangat melepas bebaskan kucing2 mereka.

Di antara hujjah2 itu saya senaraikan di bawah ini :

1.Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah dan Sahabat Baginda,Abu Hurairah,kenapa kau tak suka apa yang Rasulullah suka? – Ini ‘killer question’ yang sesiapa pun tak berani nafi tau..

2.Kucing ialah haiwan yang bukan untuk dipelihara secara dikurung dalam kurungan/kandang,tapi dengan biarkan kucing2 lepas bebas, akan menjadikan kucing aktif,riang dan gembira.- Ini punchline yang tak adil,guys…sebab kalau pemilik kucing hanya biar lepas bebas tanpa hirau keselesaan rumah dan kehidupan orang lain,membuang najis dan kencing di merata2 dan meluruhkan bulu2 di sekitar rumah/dalam rumah orang,hukumnya sudah berdosa guys..Kena ingat,tidak semua orang yang menyukai kucing,contohnya macam saya.Tapi dalam masa yang sama saya tidaklah anti kucing atau bila nampak kucing nak bunuh atau pukul guys,paling kuat pun jerkah dan halau saja.

3.Kalau lepas bebas pun kucing,kepada jiran/orang yang terkena gangguan ketidakselesaan contohnya kucing mereka buang najis,kencing di laman rumah/car porch jiran,beritahu saja lah.-Ini pun ‘indah khabar dari rupa’ guys.Cakap memang senang tapi tuan punya kucing monitor atau tidak?Takkan tak ada kerja lain asyik nak diberitahu dan diminta suruh cuci najis dan kencing kucing,silap2pemilik kucing tak puashati dan bergaduh besar jadinya.

4.Kucing saya dengar kata/arahan,kucing orang lain tu yang buang najis dan kencing merata2 tu.-Ini pun seolah2 ‘denial syndrome’ ni guys…Tuan kucing memang lah menyebelahi dan membela kucing dia tapi apa yang berlaku di belakang pemilik kucing,bukan semua dia tahu.Sindrom menafikan apa2 yang diadukan oleh orangramai seolah2 menjadi trend baru, selayaknya lah pemimpin2 kerajaan kita pun suka sangat menafikan sesuatu perkara tanpa usul periksa terus menafikan tanpa ada penyiasatan terlebih dulu.

5.Kucing saya baka baik,Parsi lah,FlatFace lah,Bengal lah,Siam lah,memang mahal saya beli,kucing peliharaan saya tak keluar rumah pun.- OK guys,ini memang ada lah sedikit logiknya,sebab harga mahal,kan?Ini saya boleh terima.Mana tak nya guys,kalau seekor kucing nilainya ribuan ringgit, RM10K,20K,memang lah tak dibiarkan lepas bebas keluar rumah,nanti dicuri/diculik orang bawak lari.Jadi ada munasabahnya yang kucing2 mahal begini jarang2 sangatlah pemilik membiarkan ia tidur merata2,berkeliaran di kejiranan,membiarkan membuang najis dan kencing merata2.Ini dapat pujian dari saya,anda selayaknya ialah penjaga dan pemilik kucing yang betul2 pandai dan tahu sensitiviti masyarakat dan kejiranan terdekat seperti saya !

Jadi,apa benda nya ni?Apa kesimpulan dan apa benda yang saya nak ‘highlight’kan sebenarnya ni?

La…tak faham lagi ke?

Begini,point2 saya atau hujjah2 sebanyak 5 hujjah disenaraikan di atas tadi,ialah kebiasaan sangat saya dengar dan sudah hadam dengan alasan2 pemilik2 kucing.Mereka berasa mereka di pihak yang benar kononnya mereka ‘Animal/Cat Lover’,lantaran mereka anggap orang tidak suka kucing ialah bermasalah,tidak tahu menyayangi haiwan dan sangat cerewet kepada kucing.Bahkan ada yang menganggap perkara ini remeh temeh dan bukanlah masalah mereka sebagai pemilik kucing.

Saya cuma nak bahas Hujjah pertama sebab belum dibahaskan lagi.

‘’Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah dan Sahabat Baginda,Abu Hurairah,kenapa kau tak suka apa yang Rasulullah suka?’’ – Ini killer question yang sesiapa pun tak berani nafi tau..

Anda tahu tak Rasulullah sangat sayangkan haiwan termasuk kucing.Saidina Abu Hurairah pula suka bermain dan menyorokkan anak kucing di lengan jubahnya.Itu pun tiada melibatkan apa2 gangguan kepada orang lain atau kejiranan lain.Maksudnya, kasih sayang Baginda dan Sahabat kepada kucing tidak menyebabkan orang lain tidak selesa,seperti membiarkan kucing berkeliaran merata2,tidak menjaga kebersihan,membuang najis,muntah dan kencing merata2.

Agak2 anda pemilik2 kucing sekarang ada kah yang berakhlak memelihara dan menyantuni/menyayangi kucing seperti Baginda Rasulullah dan Sahabat?

Jawapannya sangat2 kurang, bahkan mungkin seorang sahaja dalam 10 pemelihara kucing yang berkelakuan seperti itu.

Ok,habis tu bagaimana kami ini,sebagai pemelihara/pemilik kucing untuk membetulkan semula cara kami menjaga kucing?

Caranya,tidak dapat tidak,pemilik2 kucing kena kurung kucing mereka….??? What the hell? NO!

….Nanti dulu, maksud saya bukannya kurungan ‘pet cage’ yang kecil itu.


Anda yang berhati mulia2 ini yang suka pelihara kucing2 ini,anda perlu sediakan kurungan yang besar.

Sebesar mana?Ya,sebesar rumah anda sendiri,ikutlah,terpulanglah bagaimana besarnya saiz rumah anda.Biar si kucing2 yang comel2 itu semua dibesarkan dan dilepaskan hanya di dalam rumah2 anda sahaja dan seboleh2nya ketika anda atau keluarga anda berada dalam rumah sahaja.

Tujuannya ialah dapat memantau dan menjaga si bulus dengan baik dan sepenuh perhatian.Tanpa membenarkan si bulus keluar rumah anda,ia dapat menyelamatkan anda dari berbuat dosa kerana kemungkinan untuk mengotorkan kejiranan berdekatan,adalah tiada, dan anda juga boleh menyelamatkan si bulus anda,mungkin dikhuatiri ada yang memukul si bulus anda.

Jika anda pernah lihat dan terbaca di akhbar2,memang ada wujudnya “Cat Shelter’ khas yang mana penjaganya membuat satu kawasan kurungan yang besar dan memelihara kucing2 yang banyak di dalamnya.Ini juga salah satu kaedah yang sangat bagus.Justeru itu,jika anda ada tanah yang luas di kawasan kediaman anda, contohilah cara menjaga dan memelihara kucing seperti ini.Buatkan satu ‘cage’ yang luas,dipenuhi kayu kayan untuk melatih kucing melompat dan adanya penjagaan kebersihan yang betul dan sentiasa dijaga.

Namun jika anda ialah seorang yang sibuk,saya menyeru supaya janganlah nak buat kawan dengan kucing dan memeliharanya lalu melepas bebaskannya keluar merata2,ini cara yang salah.

Akhir sekali,saya sekali lagi memohon maaf kepada pemelihara kucing,OK.Bukannya saya benci kucing dan benci kepada pemelihara kucing,tapi kebanyakannya memang bersikap tidak cakna dan membiarkan kucing2 mereka lepas bebas dan mengganggu keselesaan kejiranan berdekatan dan mengotorkan rumah2 orang lain.Kepada pemilik kucing yang bagus tu,Alhamdulillah,anda saya ‘salute’ sebab pandai menjaga kucing dan anda tidak mewujudkan konfrontasi dengan kejiranan berdekatan anda.

For sure,saya pernah terfikir jika saya jumpa kucing2 yang tidak dijaga dengan betul begini,saya diam2 kan saja dan bawa kucing2 tersebut ke Pasar Basah berdekatan.Lagi kucing tu suka,makanan pun mewah,hari2 dapat makan kepala ikan,kepala ayam,sisa2 buangan ayam dan ikan yang boleh menggemukkan lagi kucing itu bila berada di kawasan Pasar Basah.

Selain itu,saya juga membeli satu balang khas dan mengisinya dengan sekampit makanan kucing dan diletakkan dalam kereta saya.Ini bertujuan untuk saya curahkan sedikit ketika saya jumpa mana2 kucing terbiar yang kelaparan dan saya membuktikan bahawa saya bukanlah ANTI KUCING tapi saya sekadar TIDAK SUKA KUCING tapi enggan menyakiti atau memukul haiwan kesayangan Rasulullah dan Sahabat tersebut.

So,bagaimana? Anda pemilik kucing,pencinta kucing,pembenci kucing atau sekadar TIDAK SUKA KUCING seperti saya?

 

Wallahualam.

 Sekian.

Covid19 - Kini Kita Perlu Hidup Dengan Penuh Syak Antara Satu Sama Lain

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam pertemuan online,

Sebenarnya memang kita kena berkelakuan dan mesti bersikap begini.Tiada lagi tolak ansur demi menjaga kesihatan diri kita masing-masing.
Hidup kita kini memang perlu sentiasa bersikap syak,curiga dan menyangka perkara negatif terlebih dahulu dalam konteks penularan wabak Corona virus atau dikenali sebagai Covid19.


Jangan lekas kita mengambil enteng atau mudah.Amalan ‘kebiasaan baru” (new normal) hendaklah dipraktikkan betul-betul.
Kita bersikap tidak sama di antara satu sama lain,perangai tidak sama,amalan penjagaan diri tidak sama.Bila kita berdepan dengan ‘so called’ jenis orang yang bersikap lewa,tidak peduli dan bersikap lebih kurang kita jadi berasa tidak selesa dan memandang mereka itu seperti ‘agent’ pembawa virus Covid19 yang menular dengan cepat.


Bila dimarahi atau ditegur dengan baik-baik pun,dialog-dialog seperti ini,jawapan-jawapan dari mereka yang suka mengambil mudah ‘kebiasaan baru’ (new normal) ini, di antaranya seperti :

‘’Jangan bimbang,aku tak pakai ‘face mask’ sebab aku tahu,aku sihat ‘’…

‘’Alah…kawasan kita ni,sudah ‘green area’,mana ada jangkitan dah,kita dah selamat,tak perlu amalkan ‘new normal’,menyusahkan saja’’…

‘’Hek eleh,nak ber prosedur bagai,guna pencuci tangan lah, penutup muka lah,leceh lah…semua tu kena beli dan perlukan duit tau’’…

“Aku batuk dan bersin sikit-sikit jer,bukannya aku ada penyakit,malaslah nak pakai-pakai penutup muka ni”…

“Susah lah nak kena jarak-jarak lah pulak, ingat mudah-mudah ke, nak menjarakkan diri,nak pergi makan di restoran,pergi membeli belah di pasaraya dan pasar barangan basah?”, cakap memang mudah lah,cuba pergi ke sana,berapa orang yang pakai penutup muka dan guna pencuci tangan (hand sanitizer)?”


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sudahnya semua bersikap dan berfikir seperti ini,hampir semua tidak mengamalkan ‘kebiasaan baru’ (new normal).

Akhir sekali,bangkit lah semula Gelombang Ke-2 Coronavirus a.k.a Covid19, tak mustahil !

Nauzubillahi min zaalik.


Oleh itu sentiasa curiga teman2/orang2 di sekeliling anda,memang kini kita hidup perlu ada rasa syak begitu,tak dapat nak elak.

Diri sendiri pun perlu lah amalkan tips2 penjagaan diri dan pencegahan virus Covid19.

Wassalam.

Peraduan - Antara Keseronokan, Impian & Usaha

alriana5604@gmail.com - AL The One


Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang diingati sekalian,

Best atau seronok kah dapat memenangi hadiah?Anda pernah merasai pengalaman ini?


Apa rasanya? Rasa gembira? Rasa badan bertuah? Rasa sangat2 seronok sebab langsung tidak menyangka menjadi pemenang?

Macam2 yang anda rasai kan? Bercampur baur kan? Seperti rasa yang amat2 seronok, gembira, rasa badan bertuah, rasa sangat2 tidak menyangka jadi pemenang, rasa ‘unbelievable’ (tidak percaya) pun ada kan?Bahkan rasa macam seolah2 berada dalam mimpi atau sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, kan?

Ianya lebih2 lagi lah seronok tak terhingga sekiranya hadiah yang kita menangi itu berupa hadiah yang Utama (Grand Prize) dan nilainya ratusan Ringgit malah mungkin melebihi dari itu hingga mencecah ribuan atau puluhan ribuan Ringgit.Atau mungkin juga jutaan Ringgit.

Bertuah badan beb !

Pernah anda bertanya kepada pemenang2 Utama hadiah2 tersebut?

Apa perasaan mereka?

Contohnya pemenang seutas rantai emas bernilai ribuan Ringgit.
Atau pemenang hadiah utama berupa sebuah kenderaan mewah bernilai suku juta Ringgit (RM250,000).
Atau pemenang sebuah rumah/kediaman bernilai jutaan Ringgit.
Atau pemenang Sijil Simpanan Premium BSN bernilai 1 juta Ringgit.
Atau pemenang pakej percutian bernilai puluhan ribu Ringgit.

…..Banyak lagi lah, jika nak taip, tak habis.


Justeru itu, saya kini memang mengimpikan juga perkara2 ‘ajaib’ (miracle) seperti ini.

Anda juga boleh berusaha seperti mana yang diingini.

Contohnya, menyertai peraduan,teliti mengisi borang2nya, mengikuti syarat2nya,membeli produk2nya dan juga apa jua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur yang menawarkan hadiah lumayan tersebut.

Iya lah kan, bukannya hanya duduk goyang kaki, tak buat apa2, hadiah lumayan pun datang kepada kita.

Betul tak?

Kalau begitu, kita cuma berangan dan bermimpi saja lah tak sudah2 tanpa menumpukan usaha.


Sedikit perkongsian, saya diumumkan sebagai Pemenang Hadiah Utama baru2 ini oleh pihak penganjur peraduan di sebuah majalah.
Hanya 2 pemenang Hadiah Utama diperuntukkan.

Manakala ada juga hadiah2 saguhati yang lain berupa barangan kosmetik dan barangan kebersihan diri.

Hadiah Utama yang saya menangi ialah berupa hadiah Penginapan 2 Hari 1 Malam di Lexis Hibiscus Hotel di Port Dickson.Hotel ini ialah hotel bertaraf 5 bintang.Jika dari nilaiannya, harga penginapan semalaman berharga RM899 hingga RM1000 lebih.Saya diberikan lengkap dengan sarapan percuma untuk 2 orang.Jenis bilik pula ialah Premium Pool Villa.

Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini.




Manakala pemenang kedua pula merupakan hadiah Penginapan 2 Hari 1 Malam di Swiss Inn Hotel, Kuantan.Hotel ini bagus juga sebab saya pernah menginap di cawangannya di Johor Bahru.Namun jika dibandingkan dengan Lexis Hibiscus PD,Swiss Inn Hotel agak lebih terkebawah dari segi ‘ranking’ hotelnya.Mungkin sekadar 3-4 bintang sahaja.

Ok,saya pernah menerangkan/menceritakan sebelum2 ini di entry blog saya yang lalu,yang saya boleh dikatakan serius menyertai peraduan.Namun bukannya 100% commitment.Saya juga memilih dalam menyertai peraduan2 yang diminati.Bukannya semua saya sertai.

Saya akan lihat kepada ‘chance’ (peluang), jumlah/nilai hadiah, jenis hadiah ditawarkan,perbelanjaan dan syarat2 yang dikenakan dan yang penting kesanggupan saya menerima hadiah sekiranya diishtiharkan sebagai pemenang.


Ini penting bagi saya, sebab sekiranya dipilih sebagai pemenang dan hadiah tersebut kita ‘berat hati’ atau ‘tidak sanggup’ menerimanya, maka saya tidak sertai.

Contohnya, pemenang akan diberikan hadiah ‘tiket penerbangan pergi balik untuk seorang ke Universal Studio, Orlando, di Amerika Syarikat dengan perbelanjaan ditanggung bersama penginapan’.

Biasanya peraduan yang menawarkan hadiah ‘single’ atau cuma melibatkan 1 orang/individu begini saya awal2 lagi tidak sertai.Ini kerana saya suka membawa isteri dan anak saya atau pun sebilangan keluarga yang lain jika pergi melancong.

Begitu juga jika hadiah tidak berkenaan dengan minat saya atau kecenderungan saya.Contohnya, hadiah peraduan diberikan set pinggan mangkuk,set tayar kenderaan, makan percuma di hotel,dapat ‘grant’ (bantuan niaga), saya juga memilih untuk menolak.

Saya kenal diri saya dan saya percaya anda juga begitu.Kita mesti kenal dan tahu apa kecenderungan kita terhadap sesuatu.

Jika saya suka berjalan2/melancong, maka saya fokuskan kepada peraduan yang menyediakan hadiah yang sewajarnya dan juga pakej nya boleh melibatkan membawa keluarga bersama untuk sekurang2nya 2 orang.

Selain itu,hadiah berupa kenderaan,wang tunai,barang kemas,barang elektronik dan elektrik,buku2 majalah ilmiah,alatan/produk kosmetik untuk lelaki dan juga barangan pakaian lelaki merupakan minat dan kecenderungan saya untuk cuba memenangi hadiah tersebut.


Bagaimana dengan anda?Apa minat anda ?

Biasanya saya mencari peraduan2 yang meletakkan syarat yang paling minimum untuk menyertainya.

Contohnya, tidak memerlukan pembelian produk yang banyak,tidak memerlukan cop rasmi wakil/kedai tempat kita membeli produk,tidak perlu hantar banyak2 borang untuk lebih peluang terpilih sebagai pemenang dan sebahagian lagi syarat2 rumit yang lain.

Pandai2 lah pilih peraduan untuk disertai, beb.

Bukan apa, kalau kita buat analisa (analyse) dulu, peluang itu lebih tinggi untuk dapat jadi pemenang.

Jadi, dalam mengusahakan sesuatu peraduan yang kita sertai, tip2/petua2 yang betul perlu kita pelajari dan perhalusi.

Sebenarnya, banyak sudah hadiah kemenangan yang saya perolehi dari hasil menyertai peraduan2 yang pelbagai jenis.
Dari sekecil2 hadiah saguhati hinggalah ke hadiah utama saya pernah memenanginya.

Cuma nilainya sahaja yang belum ke tahap boleh disebut ‘wow’ lagi.

Mungkin satu hari nanti, mudah2an saya akan dikurniakan tuah oleh Allah untuk memperolehi suatu hadiah utama yang benar2 ‘wow’ dalam kamus/sejarah hidup saya.


Sifirnya mudah, jangan jemu berusaha, jangan cepat give up (berputus asa).

Mesti ada usaha sedikit demi sedikit, tangga demi tangga, langkah demi langkah,pengorbanan demi pengorbanan dan juga ditambah dengan tip2, berdoa kepada Allah, Inshaa Allah, tidak mustahil ia akan benar2 terjadi.

Anda jangan hampa/kesal atau berputus asa sekiranya kerapkali mencuba menyertai peraduan tetapi masih belum membuahkan hasil untuk memenangi apa2 hadiah sama ada hadiah2 kecil mahu pun hadiah2 utama.

Rasionalkan fikiran diri kita sendiri dahulu,kita sertai peraduan memang kita berharap dan bercita2 untuk menang, tetapi jika tidak menang, ianya tidak mengapa.Ianya Ok.Ianya tidak mendatangkan kudis,sopak,demam campak pun kepada kita.Ia malah boleh bermula semula dan boleh sertai peraduan2 yang lain pula.Takkanlah kita cepat sangat mengalah.Cuba dulu, 10 kali, tak pun 50 kali, tak pun 100 kali atau pun 1000 kali.Inshaa Allah ada lah tuah yang datang untuk kita nanti.

Nak cerita di sini pun saya malu dan tak ingin menunjuk2 dan riak.Tapi saya sentiasa mengharapkan yang saya memperolehi kemenangan hadiah yang besar berupa kediaman,kenderaan dan wang tunai yang lumayan dalam sebuah peraduan yang saya sertai dan masih menunggu2 akan pewartaan pemenang2nya.Mudah2an ada lah tuah saya akan muncul dan dinobatkan sebagai pemenang.

Inshaa Allah.Allah jua lah yang menentukannya.

Anda jangan fikir tak logik, jika Allah menentukan anda sebagai pemenang, ianya akan jadi logik, walaupun anda cuma hantar sekeping saja penyertaan.Percaya lah konsep ini.

Namun berusaha secara konsisten dan juga lebih, adalah ikhtiar kita meningkatkan lagi peluang untuk jadi pemenang.


Tidak pelik jika ada segelintir individu menjadikan menyertai peraduan sebagai hobi dan juga mungkin kerjaya barunya,dan mereka telah pun berjaya memiliki bermacam2 hadiah hanya dengan menyertai peraduan.Contohnya, rumah/kediaman hasil kemenangan, kenderaan hasil kemenangan, barangan elektrik hasil kemenangan,barangan kemas hasil kemenangan, melancong hasil kemenangan dan lain2 lagi.

Hinggakan kehidupannya seolah2 seperti dilingkungi hanya dengan hasil hadiah kemenangan yang pernah diperolehinya dari hasil menyertai pelbagai jenis peraduan.

Tiada yang mustahil, kan?


Sekian adanya.

Setiap Manusia Melalui Fasa Perubahan Ke Arah Kebaikan, Janganlah Mudah Bersangka Buruk

alriana5604@gmail.com - AL The One


Assalam & Salam Online buat semua,

Hai pengunjung2 blog saya yang dihargai,

Kali ini bersempena dengan bulan Ramadhan 1437 / 2016 ini, saya coretkan entri ke-2 saya bagi bulan yang mulia ini.

Saya cuba berbahasa yang seringkas mungkin.Maklumlah,bulan2 puasa ni, nak menaip pun rasa malas.Cakap terus terang, nak update blog pun rasa agak keberatan, bukan apa sebabnya perlu tumpukan kepada perkara2 lain yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, saya kira entri ini juga bertujuan baik di bulan yang suci ini.Hendaknya janganlah ia menjadi sia2.

Ya, saya akan bercerita berkenaan dengan topic ini :

‘Setiap Insan Melalui Fasa Perubahan’.

Apa maksudnya?

Maksudnya ialah Fasa Perubahan Diri Sendiri.Ia merangkumi seperti diagram ini :

Bukan muslim - menjadi Muslim
Jahat menjadi - Kurang Jahat
Kurang Jahat - menjadi Baik
Baik menjadi - Lebih Baik


Justeru itu, setiap hari kita lihat individu, artis2,pelakon2,sesiapa jua, mesti kita pernah melihat/mendengar berkenaan perubahan mereka ke arah jalan yang positif/baik.

Kita selalu mengecop mereka dan mengharapkan mereka berubah secara ‘drastic’ dan 100% berubah.

Kita sedari diri kita juga masih dalam Fasa Perubahan Diri Sendiri dan kita tidak mampu juga untuk terus 100% berubah.

Lalu, kita ditohmah,dicaci dan dikeji.Bahkan ada masyarakat yang memandang sebelah mata yakni tidak memberikan kepercayaan kepada kita untuk berubah.


Saya percaya, semua golongan Agamawan dan Ustaz2 mesti meminta agar perubahan perlulah disegerakan dan dilakukan bersungguh2 dan juga dengan jitu, yakni hendaklah 100%.

Bagi diri saya secara personal/peribadi,saya tidak mampu.

Saya masih lagi seolah2 ‘bertatih’ dan ‘terhincut2’ melawan kehendak dan nafsu.

Bulan Ramadhan yang mulia ini sedikit sebanyak nafsu dapat saya tundukkan.

Saya bukanlah ahli agama dan seorang yang warak.Saya tidak tahu jika anda adalah seorang yang warak.

Saya seringkali memikirkan hal ini kerana saya kerap mendengar tazkirah dan kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz2/Penceramah2 di tempat saya bekerja.


Jadinya, selepas ini sekiranya kita melihat seseorang yang masih belum sempurna perubahannya, anggapkan sahajalah bahawa mereka masih lagi dalam Fasa Perubahan Diri.Ia bukannya proses yang boleh berhenti begitu sahaja.Ia berdikit-dikit, sedikit demi sedikit.Akhirnya,mudah2an sempurnalah perubahan tersebut dengan jayanya.

Sebab itu selepas ini jika kita melihat :

- Orang yang tidak sempurna penjagaan/penutupan auratnya, janganlah dicemuh/diherdik/dibenci.
- Orang yang tidak sempurna melakukan solatnya/tidak cukup 5 waktu, janganlah dicemuh/diherdik/dibenci.
- Orang yang tidak sempurna perlakuan akhlaknya, jenis agak bersosial, janganlah dicemuh/diherdik/dibenci.
- Orang yang tidak sempurna pengetahuan/pendidikan ilmu agamanya, janganlah dicemuh/diherdik/dibenci.
- Orang yang suka sedikit sebanyak hiburan yang melalaikan, janganlah dicemuh/diherdik/dibenci.

Sebaliknya, kita atau mana2 individu/kelompok masyarakat perlulah menegur, mengajar, mendidik,memujuk dengan cara penuh hikmah agar perubahan mereka Inshaa Allah akan berjaya.Sekalipun tidak 100% berjaya,jika dapat bertambah baik sedikit dari keadaan semasa mereka pun adalah amat bagus.


Ingat, tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia ini, jika wujud manusia yang diiktiraf sempurna, ianya hanya lah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW.

Asalkan kita memulakan FASA PERUBAHAN DIRI dan tidak berhenti untuk berubah ke arah menjadi lebih baik, Inshaa Allah kita akan diberkati/diterima oleh TUHAN.

FASA PERUBAHAN DIRI merupakan proses berkesinambungan (continuesly process) dan ia tidak semestinya perlu berhenti kerana titik (point) untuk menjadi lebih baik adalah tiada penghujung (infiniti).

Sekian.

Derma & Sedekah : Haruskah Kita Bersikap Selektif?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & selamat bertemu untuk ke sekian kalinya.

Guys & Girls,

Lama sudah saya tidak mengemaskinikan blog saya dan membuat posting untuk ‘entry’ yang baru.

Kali ini saya ingin mengajak anda membaca artikel saya mengenai isu derma dan sedekah.

Derma & Sedekah : Haruskah kita bersikap selektif?

Bersedekah atau menderma memang lah baik dan elok amalannya, bukannya saya mahu mempersoalkan pemberian sedekah dan derma oleh orangramai kepada mana-mana pihak.

Please, saya tak ‘hingin’ mengungkit2 ‘Isu Derma RM2.6 Billion’ dari Jutawan Negara Arab dari Timur Tengah, Ok…Itu masuk bab politik dan Isu besar negara.I don’t want to touch about it’,Ok.

Masalah kita, mungkin di Malaysia saja kot, rata2 orangramai di negara kita begitu pemurah dalam soal bersedekah dan menderma.Haruskah kita bersikap begini?

Ok, first thing first, bagi saya, saya mengakui, saya memang ‘memilih’ atau pun bersikap ‘selektif’ jika mahu menderma.Ini kerana beberapa faktor seperti berikut :

1.Pernah terbaca di paparan akhbar wujudnya sindiket yang memanipulasi (menggunakan) orang2 tua,orang2 sakit dan tidak berkeupayaan, kanak2 dan orang2 cacat untuk mengutip ‘laba’/keuntungan dari meminta sedekah/dari hasil derma orang lain.


2.Melihat dan mengetahui melalui gambar2 disebarkan oleh orangramai (setakat ini melalui blog Mazidul Akmal), akan keupayaan orang yang meminta sedekah untuk melakukan pekerjaan lain.Contoh, seseorang yang kudung (amputated), masih boleh bekerja lain, namun mengapa meminta sedekah?


3.Ke mana hasil derma/sedekah yang diberikan akan disalurkan/digunakan?Contohnya isu derma/sedekah/menjual produk oleh Pusat Tahfiz Amal (PTA) yang diterajui produk2 jualannya oleh Syarikat SM Amin.Tidak jelas, adakah hasilnya untuk Sekolah Tahfiz atau pun untuk kesenangan syarikat tersebut dan pemiliknya.


4.Pengutip derma yang tidak memiliki kebenaran kerajaan atau pun pihak berkuasa.Kemudian kelihatan takut2 apabila ditanyakan berkenaan permit atau surat kuasa yang membenarkan untuk mengutip derma.


5.Kelihatan jelas derma atau sedekah diberikan untuk tujuan yang salah/caranya yang salah di sisi agama Islam.Contohnya, Kempen Kutip Derma melalui program berhiburan dan konsert2 melalaikan kemudian sebahagian hasil jualan tiket disalurkan kepada golongan tidak bernasib baik.

Jadinya di sini, saya jelaskan ini adalah prinsip saya jika mahu menderma atau bersedekah.Mungkin di kalangan anda ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan saya.

It’s Ok.

Saya lebih suka menasihati dan mengingatkan bahawa dengan menderma dan bersedekah juga boleh tercetusnya masalah sosial.

Setuju?

Bagaimana boleh terjadinya masalah sosial begitu?

Ok, contohnya, kita dengan murah hati dan amat2 mengharapkan balasan pahala dan rahmat Allah tanpa usul periksa sangat rajin dan pemurah asyik menderma.Termasuklah kepada 5 kategori kelompok2 peminta derma/peminta sedekah seperti yang saya jelaskan tadi.

Apa akan berlaku?

Ia akan mencambahkan lagi peluang2/kesempatan2 oleh orang2 yang mengambil peluang mencari kerja mudah dengan hanya meminta derma/meminta sedekah.Akan bertambah bilangan2 dan sindiket2 yang melakukan kerja ini.Mungkin yang jauh lebih teruk, akan wujudnya eksploitasi yang sangat berat dan lebih teruk terutama kepada golongan kanak2 dan orang tua sebagai peminta2 sedekah.

Pernah menonton filem terkenal ‘Slumdog Millionnaire’?

Dalam filem itu digambarkan, sehingga ada sindiket yang tergamak mencacatkan kanak2 dan membutakan mata kanak2 hanya bertujuan supaya dapat mengemis di jalanan dan menimbulkan rasa kasihan oleh orangramai, maka diberikan derma/sedekah yang banyak kepada kanak2 itu.


Justeru itu saya lebih gemar menderma kepada kelompok seperti kepada rumah anak2 yatim, pelajar2 yang menuntut ilmu,masjid2, surau2,golongan2 musafir,golongan mudir2 madrasah yang diketahui kebenarannya membina madrasah dan menjadi pengajar,golongan memang dhaif, miskin, faqir,golongan dilanda kecelakaan/musibah seperti banjir atau rumah terbakar, kematian tanggungan utama Ibubapa dan juga derma2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan dan pemerintah/Jabatan2 agama.

Maka dengan ini, saya menyeru agar biarlah kita bersifat/bersikap agak ‘selektif’ dalam menderma/bersedekah bagi tujuan kebaikan.

Bukan apa, ada sesetengah golongan mengatakan, apa hak kita atau apa gunanya kita persoalkan ke mana duit diderma/disedekah pergi/disalurkan?

Tak perlu kita siasat peminta derma/sedekah, itu urusan Allah sama ada mereka menipu atau tidak, asalkan kita bersedekah dan menjadi pemurah, Allah akan beri pahala.

Bermacam2 lagi hujah yang mereka keluarkan.

Sebenarnya mereka yang bersikap begini, ada 2 kategori, iaitu bersikap mulia dan dalam masa yang sama bersikap ‘tidak hirau/tidak peduli’ tentang apa yang bakal berlaku di alam/keadaan realiti kehidupan masa kini.

Mereka tidak berfikir dengan cara pro dan kontra.Mereka hanya fikir ‘pro’ sahaja.

Mereka terbawa2 dengan konsep, ‘’alah…kalau nak sedekah atau derma, beri aje lah, tak payah nak siasat, tengok apa bagai, kalau orang itu/peminta sedekah menipu, kau tetap dapat pahala’’…kata segelintir orangramai.

Maka saya tidak bersetuju dengan cara pemikiran ini kerana ia juga melibatkan maslahat orangramai dan ketenteraman ‘social life’ kita.


Kalau wujud berlambak2 pengemis/peminta derma yang menipu dan mengambil kesempatan,bagaimana?

Mesti orang yang berhujah begitu, akan berkata pula, ‘’alah…itu bukan kerja kau, itu kerja pihak penguasa lah nak basmi’?

Habis tu kenapa kita tak basmi sejak awal?

…………………………………………………………………………………………………………………

Akhir kata, saya straight to the point bertanya anda :

Anda jika menderma/bersedekah adakah anda bersikap memilih/selektif ?

Anda sendiri menentukannya.

Wassalam.

Jumpa lagi di lain artikel.

Relevan kah Ungkapan 'Do The Right Thing at First Time' ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Salam online daripada saya.
Juga diucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam.

Belum lagi ada idea nak membuat posting berkaitan Ramadhan, jadi tunggulah dulu ya.
Bukannya tak mahu menceritakan kemuliaan Ramadhan dan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam Bulan Ramdhan yang mulia ini, tapi belum ada ‘modal’/idea.

Jadinya, idea untuk kali ini tiba2 terlintas di fikiran ialah berkaitan tajuk ini ‘Do the right thing at first time’.


Apa anda faham berkenaan ungkapan ini?

Jika diterjemah secara langsung dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud :
‘’Melakukan sesuatu perkara yang betul walaupun pertama kali kita melakukannya’’.

Masih tak faham?

Ok begini huraiannya.

Jika kita melakukan sesuatu perkara buat pertama kali, sememangnya tidak semua orang boleh melakukannya terus betul atau pun selalu betul pada mulanya.Mesti ada saja kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan.

Betul tak?


Ambil contoh perkara yang amat mudah.Kita belajar memandu kenderaan.For sure, kita bukannya terus pandai bawa/ memandu kenderaan pada kali pertama kita belajar, mesti banyak kesilapan kita lakukan.

Oleh itu untuk apa wujudnya ungkapan ‘Do the right thing at first time’, ini?

Saya mulanya agak ‘terkesima’ (termanggu/rasa pelik) bila salah seorang ‘Orang Besar’ iaitu pihak pengurusan atasan tempat saya bertugas mengungkapkan kata2 ini.Katanya, dalam tugasan kita berkaitan orangramai dan juga melibatkan kepercayaan pelanggan sifat/sikap seperti ungkapan ‘Do the right thing at first time’ amatlah kita pentingkan dan perlu ditanamkan dalam jiwa kita.

Katanya lagi (Top Management saya ini orang bergelar Datuk),sifat begitu jika ditanamkan boleh menjadikan diri kita dan syarikat yang kita bertugas menjadi lebih cemerlang prestasinya.

No doubt.

Saya setuju.

Tapi dalam konteks kehidupan, saya memilih untuk tidak bersetuju, kerana bukannya semua aktiviti dalam hidup kita, kita mampu mencegah/mengelak dari membuat kesilapan, lebih2 lagi jika sesuatu perkara itu baru pertama kali kita melakukannya.

Sebabnya kita manusia.

Manusia tidak lari/tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Kita bukan sempurna.
Kita lemah.


Yang Maha Sempurna ialah Dia yang Esa.

Jadi bagi anda semua, jika mahu mempraktikkan Ungkapan ‘Do the right thing at first time’, perlulah mengikut kesesuaian dan mengikut konteks keadaan.

Manusia pada hakikatnya, melakukan kesilapan sebagai suatu pengajaran dan pengalaman buat dirinya.


Tapi janganlah pula mengulang2 kesilapan dan kesalahan.Itu sudah namanya sengaja mencipta kejahatan.Terkecuali sekiranya mereka memang dilahirkan/dijadikan otaknya lembam, sindrom down dan sebagainya, maka ia bolehlah dimaafkan.

Sedangkan Bapa Manusia, Nabi Adam juga melakukan kesalahan, inikan pula kita manusia biasa.

Namun begitu, saya tidak menafikan memang wujud manusia yang bagus, cerdik dan bergeliga fikiran dan otaknya.Mereka ini ibarat bilangannya mungkin 1 dalam 1000 orang.Jadi mereka memang mampu melakukan sesuatu perkara dengan betul walaupun pada kali pertama melakukannya.


Adakah anda tergolong dalam golongan 1 dalam 1000 ini ?

Jadinya anda memang bersikap ‘Do the right thing at first time’.

Hebat.Bravo.

Saya kagum dengan anda.

Sekian dari saya yang banyak melakukan kesilapan ini.

Mohon maaf, zahir dan batin di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Gayat / Fear of Heights / Acrophobia

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalam,

Bros & Sis,

Kita semua sebagai manusia mesti ada masalah ini, kan?

Iaitu masalah takut berada di tempat tinggi atau pun menaiki apa2 yang tinggi, termasuklah pesawat atau pun kapalterbang.
Tahukah kita bahawa fobia/ketakutan kepada suasana/keadaan di tempat yang tinggi dipanggil istilahnya sebagai ‘ACROPHOBIA’ ?



Seringkali di’popular’kan dengan istilah ‘Vertigo’, sebenarnya ia tidak tepat dengan pengertian sebenar ‘Acrophobia’.Vertigo lebih bermaksud seseorang yang berperasaan (seolah2 terasa) berpusing2 apabila berada di sesuatu ketinggian apabila dia memandang ke bawah.Sedangkan, keadaan sebenar tidak berpusing2.Inilah yang dimaksudkan Vertigo.



Sila rujuk di sini :

ACROPHOBIA

Saja2 lah saya bercerita mengenai Acrophobia atau pun kita sebut sebagai GAYAT ini di blog saya.

Bukan apa, dahulunya saya seorang yang boleh digelarkan penghidap Acrophobia yang agak tegar juga lah.

Bila berada di tempat tinggi sikit mulalah gelisah dan rasa semacam saja.Rasa seolah2 nak terjatuh saja dari tempat tinggi itu.Mungkin saya kuat sangat berimaginasi kot…

Tambahan pula bila mendengar berita2 yang menakutkan dan amat mengerikan seperti kapalterbang terhempas, Cable Car SkyWay di Genting Highlands pernah terhempas/terjatuh dan juga Roller Coaster yang tiba2 tercabut dari ‘rail’nya dan terjatuh ke bawah dari ketinggian tertentu,Ya Allah, sungguh menakutkan ! Minta perlindungan daripada Allah.




Sebab itulah, hingga kini jika melibatkan sebarang ‘event’, permainan di taman tema (Theme Park) dan juga menaiki kapalterbang saya masih lagi merasai ketakutannya.Namun, semuanya saya berharap dan bermohon kepada Allah agar menyelamatkan saya dan juga keluarga saya dari berlakunya sebarang kecelakaan.



Saya memang gayat tetapi saya lawan perasaan ini sedikit demi sedikit sehingga saya menjadi berani dan bertambah berani.

Pengalaman memecah perasaan takut kepada suasana ketinggian ini bermula dengan kesungguhan dalaman diri saya sendiri dan juga berpandukan doa2 tertentu.Jangan lupakan Allah, sentiasa berharap kepadaNYA dan juga jangan terlalu gembira bila berada di tempat/keadaan di sesuatu ketinggian.

Pendek kata, berpandukan nasihat dan kata orang2 tua, kita perlu sentiasa beringat.Orang putih kata ‘anything can happen’.Jadi jangan gembira berlebihan ketika berada di tempat tinggi.

Ini 10 Therapy dan petua saya mengatasi rasa gayat :

1.Baca Bismillah, baca doa (Bahasa Melayu pun boleh) untuk mohon perlindungan Allah dan mohon keselamatan daripada NYA.

2.Dalaman diri kita sendiri perlu kuat, mahu mencuba dan fokus.


3.Jangan kerap sangat lihat ke bawah dari lokasi ketinggian kita berada.


4.Cuba buat2 biasa/berlagak biasa, jangan diamkan diri, bercakap2 sedikit.

5.Kalau ada apa2 untuk dikunyah, seperti ‘chewing gum’ atau gula2 jenis ‘hisap’ lagi elok.Contohnya ‘lolly pop’.

6.Perlu bergerak2 sedikit, paling tidak bahu, kaki atau tangan.Contohnya ketika di dalam Cable Car, Kapalterbang, menaiki Belon Udara Panas (Hot Air Balloon),menaiki/berada di menara2 yang tinggi atau pun melakukan aktiviti lasak seperti SkyTrax, abseiling dan ‘flying fox’.



7.Elakkan fikir perkara2 negatif seperti kemungkinan akan jatuh, terlucut dari tempat penggantungan dan juga terhempas.Fikir saja, ‘I Can Do It’.Inshaa Allah kita akan melepasinya dan berjaya.



8.Jangan cuba untuk menakut2kan orang lain, atau men’psiko’ orang lain yang juga berada di suasana ketinggian yang sama dengan kita.Ingat, jika kita khianat orang, Allah akan balas kepada kita pula.

9.Lupakan saja ketinggian itu, (contohnya ketika di dalam kapalterbang), buat biasa saja dan lakukan aktiviti kita yang lain seperti membaca, tidur atau pun makan dan minum.





10.Akhir sekali, tanamkan perasaan sedikit gembira (enjoy) dengan usaha kita sendiri menghalang ketakutan kepada ketinggian itu.Contohnya, selepas menaiki Roller Coaster turun naik dari ketinggian yang berbeza, kita ‘set’ kan minda kita selepas itu mahu menikmati makanan kegemaran kita atau pun membeli sesuatu yang agak berharga/mahal kepada diri sendiri kerana berjayanya kita melepasi halangan perasaan gayat/Acrophobia itu.

Ok?

Saya harap kita sama2 dapat menghilangkan perasaan gayat/Acrophobia kita sedikit demi sedikit.

Semoga berjaya dan silalah lakukan ‘therapy’ yang saya berikan ini.

Inshaa Allah kita akan berjaya menghilangkan perasaan gayat/Acrophobia.

…Ingat, jangan biarkan hidup anda diselubungi …Gayat sepanjang hayat….