Iklan Nuffnang

3H2M di Tok Aman Bali Beach Resort - Damai & Tenang

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera dan bertemu semula kita setelah sekian lama saya tidak membuat posting di blog saya ini.

Apa khabar semua?



Saya betul2 sibuk dan agak keletihan melakukan tugas2 harian dan bertemu dengan ramai orang.Beginilah kerja2 di bidang pemasaran.Walaupun hasilnya agak lumayan tetapi berpadananlah dengan penat lelah kita bertemu ramai pelanggan2 di luar sana.

Saya sekadar ingin berkongsi berkenaan sedikit ‘memories’ bersama keluarga kecil saya baru2 ini,yang saya kira boleh dikatakan bercuti dalam musim cuti persekolahan dengan mematuhi SOP yang ketat dibuat oleh pihak Resort.

Saya mengambil kesempatan me’reward’ diri saya dan keluarga setelah sekian lama tidak pergi ke mana2,maka kali ini saya memilih untuk membawa mereka pergi menginap 3 Hari 2 Malam di Tok Aman Bali Beach Resort  (TABBR) di Pasir Puteh,Kelantan.



Ramai sebenarnya pengunjung ke sini di samping musim Covid19 dan bertemu pula musim cuti persekolahan,memang sudah mula di kalangan orang ramai ingin berehat dan bersantai di Resort2  atau Hotel2 yang sudah pun dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP Covid19 yang ketat.

Tarikan2 di TABBR ini seperti semua sedia maklum ialah pantai yang berdekatan iaitu Pantai Bisikan Bayu.Di sini juga ada aktiviti menunggang kuda,menunggang ATV,bermain layang2,menunggang basikal dan bersantai di tepian pantai sambil menjamu selera dengan makanan2 tempatan yang terkenal di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu,iaitu satar,otak2,jagung bakar bersalut planta,air kelapa muda dan juga keropok lekor yang begitu menyelerakan.

Saya bersama keluarga juga tidak melepaskan peluang menaiki basikal di tepian pantai,manakala anak pula merasai pengalaman menunggang ATV.

Bagi yang betul2 ingin berehat dan berkurung sahaja di bilik atau dalam kawasan persekitaran Resort TABBR ini,mereka boleh berendam di tab mandian di bilik masing2.Boleh juga menaiki ‘paddle boat’ dan menelusuri tasik/muara sungai yang bercantum dengan laut di bahagian belakang resort ini.Ada juga disediakan aktiviti memanah,boleh bersenam di gymnasium dan juga bermandi manda di kolam renang yang luas sehingga boleh memuatkan ramai bilangan orang tetapi masih ada ruang untuk berenang.



Secara peribadinya bagi saya,Resort TABBR ini sangat sesuai dan berpadananlah dengan perkhidmatan dan juga infrastruktur/kemudahan2 yang disediakan.Walaupun tidaklah semewah hotel/resort  berkelas 5 bintang,namun percutian bersama keluarga di sini terasa sangat tenang dan mendamaikan.

Lihatlah sebahagian gambar2 yang saya telah ‘photo grid’ kan untuk menyaksikan betapa gembiranya jika kita berpeluang datang ke sini.Bukanlah bermaksud untuk menunjuk2,tetapi saya cuma ingin berkongsi dengan anda semua yang masih belum pernah ke sini dan mungkin suatu hari nanti merancang untuk ke sini.Jadi,anda semua dapatlah sedikit idea/gambaran bagaimanakah keadaannya/suasananya di Resort TABBR ini.



Lagipun,seperti yang saya pernah coretkan sebelum ini,blog ini adalah umpama lembaran buku diari saya,jadinya saya suka mencoretkan segugus kenangan yang saya fikir suatu hari nanti jika Allah memanjangkan usia saya sekeluarga,saya dan anak2/cucu2 bolehlah melihat/membaca kembali coretan kenangan kami bagi tujuan santai,mengenang rindu zaman silam dan juga melihat ke belakang kembali secara positif,dalam erti kata menjadikan diri ini bertambah rasa kesyukuran yang amat sangat kepada Ilahi kerana begitu banyak kenangan indah yang diizinkan olehNya untuk menghiasi hidup ini.

 Hahaha….maaflah ya.Lama benar tidak mencoretkan bait2 kata di blog saya ini,jiwa dan perasaan saya jadi agak ‘puitis’ pula bila menulis. 




Akhir kata, saya suka habiskan coretan kali ini dengan serangkap pantun ;

 ‘’Berteduh sebentar di pohon redup,

   Singgah di kedai membeli kelapa,

   Kenangan indah di dalam hidup,

   Simpan lah ia jangan dilupa.’’

 

Sekian.Wassalam.

Tahun 2021 : Antara Covid19,Pilihanraya & Azam Baru

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2021,

Pengunjung blog saya yang budiman sekalian,

Tahun 2021 ini kita semua mengharapkan suatu kemajuan atau pun sekurang2nya penambahbaikan kepada diri kita,keluarga kita,masyarakat dan seterusnya negara kita Malaysia yang kita cintai ini.


Kredit kepada gambar ini dari link blog : https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/kesihatan-mental/azam-tahun-baru-2021/#gref

Bertitik tolak semenjak wujudnya virus Covid19 bermula penularannya pada awal tahun 2020 yang lepas dan pada ketika itu bulan Mac 2020 merupakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kali pertama yang dikenakan kepada kita,sudah semestinyalah kita sangat mengharapkan agar wabak ini akan berakhir  dengan segera pada tahun baru 2021 ini.

Semua orang mempunyai harapannya tersendiri seiring dengan terbitnya tahun baru 2021.Tidak kisah lah ianya merupakan azam,tekad,cita2,hajat,niat,keinginan atau apa juga bentuk ‘pengharapan’ sewajibnya kita perlu berusaha keras dan hanya memohon doa ke hadrat Tuhan Robbul A’lamin untuk mencapai hasrat kita itu.

Itu belum lagi dikira pergolakan parti2 politik di negara kita yang kemungkinan ke arah terlaksananya PilihanRaya Umum ke-15 (PRU 15) yang dijangkakan juga akan berlaku di tahun 2021.Memetik sedikit akan suhu politik negara, bagi sesiapa yang tidak tahu apa isu sebenarnya ialah begini,sekarang ini kerajaan yang terdiri dari Parti BERSATU,PAS,Parti UMNO (atau BN termasuk MCA dan MIC) dan Parti2 di Sabah dan Sarawak yang pro-kepada Perdana Menteri sekarang iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin mereka ini membentuk Kerajaan Malaysia yang digelar Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mereka ini hanya berkelebihan dengan  3 ahli Parlimen jika tidak salah saya, 111 orang Ahli Parlimen dalam kerajaan PN dan 108 orang Ahli Parlimen dalam Kerajaan Pembangkang yang terdiri dari PKR,Amanah dan DAP.Manakala Parti Pejuang (Presidennya Tun Dr Mahathir) dan Parti Muda (Pengasasnya Syed Sadiq) setakat ini berkecuali namun sepertinya mereka cenderung ke arah Pembangkang.

Jadi,isunya ialah Kerajaan PN yang memerintah semasa ini sangat2 lah lemah dari segi suara kerajaan dan juga pentadbirannya.Para pelabur bersikap kurang yakin dan berhati2 untuk merancakkan ekonomi,menjalankan perniagaan,membuka kilang2,membeli saham2 dan membantu Malaysia  apabila Kerajaan PN dalam keadaan lemah.

Oleh sebab itu ramai pihak yang mendesak untuk diadakan PRU 15 pada tahun ini apabila virus Covid19 sudah semakin berkurangan dan juga sudah adanya bekalan Vaksin untuk virus Covid19 ini,maka mereka berharap janganlah melengahkan lagi untuk PRU 15 diadakan yang mana dijangka pada bulan April hingga Jun 2021 akan datang.Sejauh mana benarnya atau bakal berlakunya PRU 15 tersebut seperti yang dijangkakan,entahlah,hanya Allah yang menentukan.

Ok,cukuplah berceloteh mengenai politik,pilihanraya dan juga mengenai wabak Covid19.

..................................................................................................................................................................................................................................

Ayuh saya kongsikan berkenaan harapan dan hasrat saya pada tahun 2021 ini.

Tahun 2021 membuka tirainya dengan begitu pantas dirasakan.Pejam celik,pejam celik,saya kini telah pun bertugas di tempat baru.Kini saya ditakdirkan dapat pulang bertugas di negeri kelahiran saya.Jika dahulunya saya pernah menetap agak lama di Lembah Klang,kemudian beberapa tahun di Kelantan dan kini saya kembali ke Pahang.Syukur Alhamdulillah.

Apa yang saya hajatkan dan juga doakan selama ini dimakbulkan oleh Allah.Namun setiap nikmat dan tertunainya hajat kita,diiringi ujian dan pengorbanan.Saya terpaksa berjauhan sementara dengan keluarga kecil saya,iaitu anak dan isteri atas sebab2 tertentu.

Ya,jangan kita kira apa jua kesenangan yang diberikan kepada kita, nikmat,kekayaan,kesihatan,masa terluang,kemudahan kita perolehi,kita leka dan lalai dalam usaha kita memperbaiki diri dan mengingati Allah.

Setiap ujian dan dugaan tentulah  menagih pengorbanan yang setimpal dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Kita tidak akan pernah memperolehi atau memiliki 100% apa yang kita hajati.Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT.

Namun,saya mengharapkan di tahun 2021 ini ialah sinar kebahagiaan dalam melaksanakan tugasan saya,dapat melakukan pekerjaan dengan lebih baik,dapat berukhwah dengan rakan2 baru dan yang penting sekali dapat menambah amal kebaikan.

Kini saya telahpun hampir menuju ke usia separuh abad,tiada lagi yang saya harapkan terlalu besar keinginan untuk ditompokkan dalam fikiran saya.Seiring dengan kematangan hidup yang saya perolehi melalui pelbagai pengalaman,tentulah kini saya tidak beria2 lagi untuk berseronok,berpeleseran,bersuka ria tidak tentu hala dan juga membuang masa.

Saya juga bertekad untuk memperbaiki diri saya dari segenap sudut yang saya sedari masih banyak yang wajar dipertingkatkan.Ternyata kita semua insan yang lemah dan sentiasa melakukan kesalahan.

Jika mahu diringkaskan,azam saya di tahun baru amatlah mudah.Iaitu saya berdoa dan mengharapkan kepada Allah agar dipermudahkan saya dalam segala perkara yang baik yang saya lakukan.Tidak mempunyai wang yang bertimbun dan tidak hidup mewah pun tidak mengapa,asalkan hati saya tenang,bahagia,dipermudahkan jalan2 usaha saya dalam segala hal,sihat tubuh badan,ada masa senggang dan liburan bersama keluarga,inilah semua yang saya hajatkan.

Semoga Allah memakbulkannya.

Sekian.

Wassalam.

Cuti2 Bajet 3H2M : Jom Terokai 'Hidden Gems of Besut'

alriana5604@gmail.com - AL The One 

Salam online kepada semua pengunjung blog saya, 

Buat kali yang berikutnya saya kongsikan di sini lokasi2 menarik yang saya telah kunjungi hanya sekadar nukilan dan catatan memori hidup saya bersama keluarga tercinta. 

Sekadar memanfaatkan hari cuti minggu bergabung dengan cuti Hari Kebangsaan baru2 ini, saya kepingin menjelajah dan menelusuri apa yang dikatakan ‘hidden gems’ di bumi Besut,Terengganu. 

Apa ada di Besut? 

Seronok kah berliburan dalam kawasan daerah Besut?

Nantikan jawapannya.

Teruskan membaca blog ini.






Walaupun kita masih di musim PKPP, saya cuba juga mencari waktu senggang/lapang untuk berlibur bersama anak dan isteri.

Mudah2an apabila telah melihat tarikan2 di tempat orang, diri ini akan terasa bertambah ilmu pengetahuan dan kembali ‘recharge’ serta lebih bermotivasi untuk bekerja.

Saya gunakan format yang saya buat sebelum ini dan ‘paste’ kan di sini agar senang untuk membaca Kisah Travelog /Cuti2 Bajet saya ini dan mudah pula memahaminya.

Kali ini saya kongsikan berkenaan kisah Cuti2 Bajet saya 3 Hari 2 Malam di Besut,Terengganu.

Saya berkunjung ke Besut dari tarikh 28 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020.

Jom ikuti kisahnya.




Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini. Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua. Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan kepada anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita ceriti di hari tua atau setelah bersara.

Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan. 

PERMULAAN CERITA 

Mungkin bagi segelintir ‘travel-holic’ (kalau wujudlah perkataan/terma ini), merujuk kepada mereka yang suka melancong, bersiar2, berjalan2 & ‘makan angin’ (holiday), Besut apa lah sangat bagi mereka, kan? 
Malah bagi mereka yang ‘ada-ada / kaya dan berduit banyak’, mereka tak pandang pun Besut ini.Dengan level pendapatan bulanan yang tinggi,mereka akan pergi bercuti ke luar negara.

Sebenarnya saya memilih untuk melancong ke Besut kerana ada tarikan2 yang belum pernah saya menikmatinya.Selain itu,saya juga tidak memilih untuk melancong ke Kuala Lumpur atau ke negeri2 di Utara seperti Penang,Kedah atau Perlis atas faktor keselamatan dan mahu mengelak penularan Covid19 di sana yang diberitakan hangat di TV, wujudnya kluster2 Covid19 yang baru.
 
Mari kita lihat apa ada di Besut,apakah lokasi2 tarikan yang dikatakan ‘Permata Tersembunyi’ (Hidden Gems) di Besut ini?

Semestinya selepas anda membaca entri/posting dari blog saya ini,tanggapan anda terhadap daerah Besut akan mula berubah dan agak terkejut rupa2nya di sini ada banyak lokasi2 tarikan yang hebat,kan?

Silakan terus membaca… 

HIDDEN GEMS OF BESUT 

Nah,di bawah ini adalah di antara ‘hidden gems’ yang belum begitu ramai orang tahu wujudnya di daerah Besut.

Ini sekadar senarai sahaja,bukannya saya kunjungi semua tempat2 ini di Besut. 

1. Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah 
2. Air Panas La Hot Spring 
3. Pantai Air Tawar 
4. Jeti Kompleks Perikanan LKIM 
5. Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jerteh 
6. Luncur Udara Paragliding Kota Putera 
7. Pulau Rhu 
8. Pantai Bukit Kluang 
9. Air Terjun Lata Belatan 
10. Pulau Perhentian 

Nota : Kredit untuk website ini dan boleh klik di sini : https://ammboi.my/tempat-menarik-di-besut-terengganu/ 

KE MANA SAYA BERKUNJUNG ? 

Dalam 10 senarai itu, sudah 7 lokasi saya pernah sampai dan kunjungi sebelum ini.Tapi untuk Cuti2 Bajet kali ini, saya cuma sempat berkunjung 4 lokasi sahaja (tidak termasuk tempat2 penginapan).

Di manakah lokasi2 itu? 

Jom tatapi gambar2 yang sempat saya rakamkan memori2 yang begitu manis dan menyeronokkan ketika berada di sini. 

Seterusnya saya biarkan gambar-gambar berbicara memudahkan saya berkongsi detik2 indah ketika berada di sini.

Sungguh mendamaikan dan sungguh menyeronokkan ketika berada di sini.

LOKASI 1 : PANTAI AIR TAWAR
LOKASI 2 : TEMPAT2 PENGINAPAN YANG SAYA INAP
LOKASI 3 : PANTAI BUKIT KLUANG
LOKASI 4 : PULAU RHU
LOKASI 5 : MASJID ‘TEBUK-PASAK’ / MASJID KAYU SEBERANG JERTEH / MASJID ULUL ALBAB
PENUTUP CERITA

Ok,guys, setakat ini dahulu sekadar perkongsian yang ringkas.Semoga ianya berguna dan anda semua dapat sedikit idea untuk merancang percutian anda bersama keluarga nanti, sekiranya berhasrat ke lokasi tarikan di daerah Besut ini.

Seperti selalu dalam entri blog saya yang lepas (jika postingnya bertemakan pelancongan),saya ulang semula Tagline travelog saya, iaitu :

‘Santai kita, cara kita’.

Maksudnya, usah peduli & jangan hiraukan kata2 orang lain dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.

Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.Biar ianya ‘suit & fit’ dengan bajet kita,minat kita dan kecenderungan kita.Asalkan kita dan keluarga seronok menikmati percutian,maka tercapailah objektifnya kita bersantai.

Mungkin orang lain,mampu bercuti cara mewah,ada class/prestij tersendiri,menginap di hotel2/resort2 mewah bertaraf 5 bintang,ada pemandu membawa ke sana sini, jadi janganlah kita mencemburui mereka yang taraf hidupnya mewah dan eksklusif. 

Jika kita ada bajet yang kecil dan agak terhad,pergilah melancong dekat2 dan dalam negara sahaja, jika ada rezeki kurniaan Allah yang berlebih dan melimpah ruah, barulah kita usahakan untuk terokai dunia.

So, guys, last but not least, hargailah masa berkualiti kita bersama keluarga.

Jom melancong ! 

Bye2.

Wassalam.

Covid19 - Kini Kita Perlu Hidup Dengan Penuh Syak Antara Satu Sama Lain

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam pertemuan online,

Sebenarnya memang kita kena berkelakuan dan mesti bersikap begini.Tiada lagi tolak ansur demi menjaga kesihatan diri kita masing-masing.
Hidup kita kini memang perlu sentiasa bersikap syak,curiga dan menyangka perkara negatif terlebih dahulu dalam konteks penularan wabak Corona virus atau dikenali sebagai Covid19.


Jangan lekas kita mengambil enteng atau mudah.Amalan ‘kebiasaan baru” (new normal) hendaklah dipraktikkan betul-betul.
Kita bersikap tidak sama di antara satu sama lain,perangai tidak sama,amalan penjagaan diri tidak sama.Bila kita berdepan dengan ‘so called’ jenis orang yang bersikap lewa,tidak peduli dan bersikap lebih kurang kita jadi berasa tidak selesa dan memandang mereka itu seperti ‘agent’ pembawa virus Covid19 yang menular dengan cepat.


Bila dimarahi atau ditegur dengan baik-baik pun,dialog-dialog seperti ini,jawapan-jawapan dari mereka yang suka mengambil mudah ‘kebiasaan baru’ (new normal) ini, di antaranya seperti :

‘’Jangan bimbang,aku tak pakai ‘face mask’ sebab aku tahu,aku sihat ‘’…

‘’Alah…kawasan kita ni,sudah ‘green area’,mana ada jangkitan dah,kita dah selamat,tak perlu amalkan ‘new normal’,menyusahkan saja’’…

‘’Hek eleh,nak ber prosedur bagai,guna pencuci tangan lah, penutup muka lah,leceh lah…semua tu kena beli dan perlukan duit tau’’…

“Aku batuk dan bersin sikit-sikit jer,bukannya aku ada penyakit,malaslah nak pakai-pakai penutup muka ni”…

“Susah lah nak kena jarak-jarak lah pulak, ingat mudah-mudah ke, nak menjarakkan diri,nak pergi makan di restoran,pergi membeli belah di pasaraya dan pasar barangan basah?”, cakap memang mudah lah,cuba pergi ke sana,berapa orang yang pakai penutup muka dan guna pencuci tangan (hand sanitizer)?”


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sudahnya semua bersikap dan berfikir seperti ini,hampir semua tidak mengamalkan ‘kebiasaan baru’ (new normal).

Akhir sekali,bangkit lah semula Gelombang Ke-2 Coronavirus a.k.a Covid19, tak mustahil !

Nauzubillahi min zaalik.


Oleh itu sentiasa curiga teman2/orang2 di sekeliling anda,memang kini kita hidup perlu ada rasa syak begitu,tak dapat nak elak.

Diri sendiri pun perlu lah amalkan tips2 penjagaan diri dan pencegahan virus Covid19.

Wassalam.

Cerita Kami di MAPS Ipoh & Cameron Highlands

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua pengunjung2 online blog saya,

Assalamualaikum & Salam online dari saya.

Macam mana rasanya sudah masuk ke tahun 2020 ini ? Ok ke tak Ok?

Harapnya anda semua Ok lah ya, semoga semuanya baik2 saja dan juga mudah2an tahun 2020 ini lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.

Azam? Anda ada apa2 azam ke? Azam atau hasrat atau cita2 atau ‘resolusi/resolution’ perlu kah untuk kita? Lain orang lain jawapannya.Berazamlah jika anda mahu berazam untuk tahun baru.

Good Luck.

Ok, berbalik semula kepada posting/entry blog post saya pada kali ini hanyalah ingin berkongsi maklumat dan juga mengajak untuk sama2 menatapi coretan/nukilan kisah saya di blog ini.Saya bahagikan kisah ini kepada 2 bahagian iaitu Kisah Pertama di Ipoh dan Kisah Kedua di Cameron Highlands.

KISAH PERTAMA – LOKASI : IPOH PERAK

Biasa lah, topik nya di hujung2 tahun 2019 yang baru lepas ini mestilah berkenaan Percutian Keluarga.Itu pun ada lah jugak dapat sikit2 diskaun dan tajaan dari pihak berkenaan untuk menjayakan trip ini.

TRIP KE MANA ?

Trip nya ke mana ? jawabnya ke Ipoh,Perak.
Spesifiknya di kawasan mana, apa tarikannya? Jawabnya Movie Animation Park Studio (MAPS) di Jalan Meru Raya,Ipoh.



Saya bercerita mengenai MAPS ini mengikut versi pengalaman saya ke sini,Ok.Tempat tarikan ini yang boleh dikatakan ramai sudah sedia maklum.Cuma nya ada yang sudah pergi atau belum pergi saja.

M.A.P.S (Movie Animation Park Studio)

MAPS ini konsepnya buat masa sekarang ini ialah merupakan kawasan hiburan taman kering (Amusement Park/Dry Park), maksudnya tiada permainan/games melibatkan air dan basah (Water Park).

Ia direkabina mengambil idea sedikit2 cedukan seumpama Universal Studio di mana2 di negara luar Malaysia.Kalau paling dekat ialah Universal Studio Singapore (USS).

Ideanya ialah memberikan tarikan kepada pengunjung khususnya kanak2 dengan menyediakan bangunan2 dan permainan2 berkonsepkan kartun/animasi Malaysia yang terkenal iaitu BoboiBoy.

PERMAINAN/TARIKAN di MAPS

Terdapat bermacam2 permainan seperti pertunjukan Center Stage BoboiBoy & Rakan2nya seperti Yaya,Gopal dan lain2,ada sesi tontonan Movie Animasi 4D BoboiBoy,Stunt Legend iaitu pertunjukan secara langsung (live action) antara Team Renegades vs Alpha Force,Gravity Tower,Bumper Blast,Secret Riana GhostHouse,Cattus Coaster,Asteroid Attack (The Hammer),Red Baron Plane,Spinning Swing dan banyak lagi permainan ringan untuk kanak2 seperti basikal elektrik,beca dan tram ATV.

Singgahan tempat makan/Café juga dihiasi tema2 seperti Café Tok Aba dari animasi BoboiBoy,Blue Coral Café dan kedai cenderamata MAPS.


Dalam banyak2 games/permainan ini, saya selaku orang dewasa sangat2 teruja kepada 5 jenis ini sahaja iaitu :

1.Gravity Tower – terasa nak luruh jantung,merasai pengalaman dijatuhkan dari bangunan setinggi 10 tingkat !


2.Asteroid Attack – dikenali juga biasanya orang panggil ‘Tukul’ (The Hammer), merasai pengalaman diterbalikkan diri kita di puncak tertinggi,rasa nak terkeluar muntah hijau !


3.Bumper Blast – biasalah, peminat bumper car main2 langgar orang ni, terasa seronoknya, tapi saya lebih suka pusing sekeliling tanpa melanggar orang.


4.Spinning Swing – ini ialah buaian besar berpusing laju dan tinggi.Gayat juga rasanya tapi lama kelamaan jadi biasa saja, cuma rasa pening sikit sebab berpusing laju juga.

5.Stunt Legends - pertunjukan di mini stadium/arena stunt kenderaan / kereta sport Nissan GTR dan SkyLine bersama motosikal dan juga ATV Sport di antara Team dikenali sebagai Renegades dan Alpha Force.Bunyi deruan enjin mengaum vroom,vroom,vroom dan bauan asap sangat mengujakan,seperti stunt sebenar dilakonkan dalam filem aksi.



Ada satu lagi Cattus Coaster, mini roller coaster,seronok juga merasai pengalaman menaikinya tapi suasana dalamannya gelap sangat,rasa ‘thrill’ tu tidak terlalu mengujakan sangat.


Bagi saya itu saja lah, boleh lah sambil2 bawa anak & isteri berjalan2 ke Ipoh,singgah lah di MAPS.kalau dulu, sebelum ada nya MAPS, asyik2 ke Lost World of Tambun saja.Sekarang ini, ada lah tarikan hiburan yang lain pula.

TIKET MAPS

Tiket MAPS ? mahal wooo…tak padan kalau ada anak ramai nak pergi sini dan mahu bermain semua jenis tarikan di sini.

Tiketnya berharga RM114 seorang,rasanya bawah 3 tahun dan ketinggian kurang 150 cm tiket percuma tidak dikenakan bayaran masuk.Sebab apa? Sebabnya ketinggian kurang dari 150 cm bersamaan 1 meter ½ tidak boleh bermain apa2 permainan melainkan permainan ringan untuk si kecil sahaja.


Tapi, jangan risau, kalau tidak bermain pun, dibenarkan, masuk saja ke perkarangan/dataran MAPS untuk saja2 bergambar pun boleh,ambil gambar2 di situ.Tidak dikenakan bayaran.Sekiranya mahu bermain permainan atau pun menyertai pertunjukan tertentu saja dikenakan bayaran menerusi cara e-pay.E-pay ialah konsepnya top-up di kad MAPS dan boleh masuk ke mana2 tarikan berbayar asalkan baki masih mencukupi.


TIKET MURAH @ DISKAUN ADA ?

Ya, sudah tentu ada kalau pandai cari.Carilah di website www.wonderfly.asia

Saya pun beli online di sini, sangat2 murah.Asal tiket harganya RM114 seorang.
Di sini, cuma RM42 seorang, ia merupakan tiket ‘Open Date’ sehingga April 2020.Jadinya pergilah bila2 ke MAPS sebelum April 2020, tiket yang sudah dibeli menerusi Wonderfly ini masih sah digunakan.

PENGINAPAN BERDEKATAN MAPS

Jujurnya, menginaplah di hotel2 bajet berdekatan Casuarina Meru Hotel.Murah dan sangat dekat dengan MAPS.Jika menginap di Casuarina Meru agak mahal sedikit dan hotelnya pun tiada kolam renang.Macam saya,kerana tersalah pilih hotel, jaraknya agak jauh dari MAPS.Saya tempah melalui www.booking.com dan cari punya cari hotel yang berdekatan dengan MAPS, ada kolam renang dan mampu dibayar ialah Tower Regency Hotel & Apartment di Jalan Ahmad Said,bandar Ipoh,Perak.

Saya suka tempah melalui www.booking.com sebab bagi saya banyak pilihan hotel boleh dicari dan harganya agak murah berbanding tempahan terus di website hotel tersebut.


BERBALOI KAH MENGUNJUNGI MAPS ?

Nak kata tidak berbaloi tak lah sampai begitu.Tapi setiap yang boleh kita bandingkan,kecenderungan untuk kita buat perbandingan memang ada dalam fikiran kita.

Jika dibandingkan dengan Universal Studio Singapore memang MAPS perlu banyak penambahbaikan.

Harga tiket sepatutnya mestilah inklusif semua permainan, seperti di Universal Studio Singapore.

Ini tidak di MAPS, ada jenis2 tarikan yang disediakan oleh pihak ketiga dan bukannya di bawah kepunyaan MAPS,jika mahu masuk bayaran tiket tambahan dikenakan.

Harga makanan dan minuman agak mahal sedikit tapi masih berpatutan.

MAPS perlu pastikan semua jenis tarikan berfungsi bukannya ada sebahagiannya ditutup atas alasan ‘maintenance’.Kuranglah tarikan yang pengunjung dapat rasai.Orang bukannya sentiasa datang ke sini, jadi pastikan semuanya berfungsi dengan elok dan semaksimum yang boleh supaya semua tarikan/permainan dapat dinikmati oleh mereka.

Kedai cenderamata/cenderahati perlu perbanyakkan lagi dan jenis2 item/barangan MAPS untuk kenang2an perlu direka lebih menarik,begitu juga t shirt, kebanyakan t shirt rekaan nya sangat2 ringkas dan terhad kepada warna2 tertentu sahaja.Pembekal barangan ini perlu lebih meluas rekaan/design mereka dan jadikan sesuatu barangan kenangan lebih menarik.

KESIMPULAN

Bolehlah jika anda mampu dan ingin mengunjungi 1 hari penuh dari 10 pagi hingga 10 malam,MAPS sesuai untuk tarikan kanak2 sekolah rendah dan juga kepada orang dewasa.Namun ia tidaklah semeriah Universal Studio Singapore.Jujur saya katakan, pengalaman saya mengunjungi Universal Studio Singapore pada tahun 2011 sangat2 lah berbaloi,lebih terasa puasnya,banyak tarikan permainannya dan lebih luas kawasan persekitarannya.Konsep Universal Studio Singapore ialah bila anda sudah beli tiket masuk,berseronok lah sepuas2nya dengan apa jua permainan yang disediakan tanpa ada bayaran asing/tambahan lain pula.

KISAH KEDUA – LOKASI : CAMERON HIGHLANDS PAHANG

Setelah menghabiskan masa di Ipoh,isteri saya mengajak mengunjungi Cameron Highlands kerana sudah begitu lama kami tidak ke sana.Memandangkan jalan dari Ipoh di Simpang Pulai ke Cameron Highlands cuma mengambil masa dalam 2-3 jam, saya tunaikan permintaannya.

Hasratnya ialah mengunjungi Rose Valey/Rose Farm kerana isteri saya teringin benar membeli bunga ros hidup dari Cameron Highlands.

Tiada lah terlalu istimewa bagi saya lokasi Cameron Highlands ini selain dari cuacanya yang sejuk dan juga terlihat bukit2 yang gondol ditarah,ternyata Cameron Highlands kini berubah banyak.Terdapat banyak ladang2 strawberry dan bunga2an,ladang2 sayur2an, bertambahnya apartment2,rumah2 dan bermacam pembangunan giat dilakukan.



Lama sudah tidak ke sini memang terasa kelainannya.Menginap di Chalet DarulMakmur, Kampung Taman Sedia,Tanah Rata, terasa air paipnya sangat2 sejuk, suasana di luar persekitarannya sejuk seolah2 suasana dalam bilik berpenghawa dingin.

Di pekan Brinchang pula, malamnya meriah dengan ‘foodtrucks’ di kawasan berdekatan bangunan Polis/PDRM Cameron Highlands.Menu kambing bakar dan jagung bakar di sapu krim planta menjadi juadah lazat untuk dinikmati.



Mengunjungi Taman AgroTeknologi MARDI menjadi keseronokan buat sang isteri.Dipenuhi ladang2 bunga2an,buah2an strawberry dan pokok2 hiasan menjadikan masa beberapa jam terasa hanya seketika.

Akhirnya, singgah di Rose Valey sebelum turun untuk pulang.Isteri sempat membeli 4-5 pohon/pokok ros hidup Cameron Highlands yang menjadi idamannya.


Saya dan anak cuma teringin membeli t shirt sebagai cenderahati, boleh juga dipakai sehari-hari.Begitulah lumrah lelaki dan perempuan, berlainan kesukaan tapi disatukan.Indahnya ketentuan Ilahi.


Ok.Cukuplah buat masa ini.

Ini saja kisah saya yang sempat dinukilkan di blog picisan saya ini.

Ada kesempatan kita bertemu lagi di lain entry.

Ingatlah, ‘SANTAI KITA,CARA KITA’.

Bina dan carilah kecenderungan diri kita/keluarga kita bagaimana caranya kita dapat menggembirakan diri dan keluarga kita.Atas usaha kita sendiri.Biarpun bajet kecil itu bukan persoalannya.

Terima kasih membaca blog saya dan kisah saya.

Saya begitu menghargainya.

Sekian.