Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2021,
Pengunjung blog saya yang budiman sekalian,
Tahun 2021 ini kita semua mengharapkan suatu kemajuan atau
pun sekurang2nya penambahbaikan kepada diri kita,keluarga kita,masyarakat dan
seterusnya negara kita Malaysia yang kita cintai ini.
Kredit kepada gambar ini dari link blog : https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/kesihatan-mental/azam-tahun-baru-2021/#gref
Bertitik tolak semenjak wujudnya virus Covid19 bermula
penularannya pada awal tahun 2020 yang lepas dan pada ketika itu bulan Mac 2020
merupakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kali pertama yang dikenakan kepada
kita,sudah semestinyalah kita sangat mengharapkan agar wabak ini akan berakhir dengan segera pada tahun baru 2021 ini.
Semua orang mempunyai harapannya tersendiri seiring dengan
terbitnya tahun baru 2021.Tidak kisah lah ianya merupakan
azam,tekad,cita2,hajat,niat,keinginan atau apa juga bentuk ‘pengharapan’
sewajibnya kita perlu berusaha keras dan hanya memohon doa ke hadrat Tuhan
Robbul A’lamin untuk mencapai hasrat kita itu.
Itu belum lagi dikira pergolakan parti2 politik di negara
kita yang kemungkinan ke arah terlaksananya PilihanRaya Umum ke-15 (PRU 15)
yang dijangkakan juga akan berlaku di tahun 2021.Memetik sedikit akan suhu
politik negara, bagi sesiapa yang tidak tahu apa isu sebenarnya ialah
begini,sekarang ini kerajaan yang terdiri dari Parti BERSATU,PAS,Parti UMNO (atau BN
termasuk MCA dan MIC) dan Parti2 di Sabah dan Sarawak yang pro-kepada Perdana
Menteri sekarang iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin mereka ini membentuk Kerajaan Malaysia
yang digelar Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mereka ini hanya berkelebihan dengan 3 ahli Parlimen jika tidak salah saya, 111
orang Ahli Parlimen dalam kerajaan PN dan 108 orang Ahli Parlimen dalam
Kerajaan Pembangkang yang terdiri dari PKR,Amanah dan DAP.Manakala Parti
Pejuang (Presidennya Tun Dr Mahathir) dan Parti Muda (Pengasasnya Syed Sadiq)
setakat ini berkecuali namun sepertinya mereka cenderung ke arah Pembangkang.
Jadi,isunya ialah Kerajaan PN yang memerintah semasa ini
sangat2 lah lemah dari segi suara kerajaan dan juga pentadbirannya.Para pelabur
bersikap kurang yakin dan berhati2 untuk merancakkan ekonomi,menjalankan
perniagaan,membuka kilang2,membeli saham2 dan membantu Malaysia apabila Kerajaan PN dalam keadaan lemah.
Oleh sebab itu ramai pihak yang mendesak untuk diadakan PRU
15 pada tahun ini apabila virus Covid19 sudah semakin berkurangan dan juga
sudah adanya bekalan Vaksin untuk virus Covid19 ini,maka mereka berharap
janganlah melengahkan lagi untuk PRU 15 diadakan yang mana dijangka pada bulan
April hingga Jun 2021 akan datang.Sejauh mana benarnya atau bakal berlakunya PRU
15 tersebut seperti yang dijangkakan,entahlah,hanya Allah yang menentukan.
Ok,cukuplah berceloteh mengenai politik,pilihanraya dan juga mengenai wabak Covid19.
..................................................................................................................................................................................................................................
Ayuh saya kongsikan berkenaan harapan dan hasrat saya pada
tahun 2021 ini.
Tahun 2021 membuka tirainya dengan begitu pantas
dirasakan.Pejam celik,pejam celik,saya kini telah pun bertugas di tempat
baru.Kini saya ditakdirkan dapat pulang bertugas di negeri kelahiran saya.Jika
dahulunya saya pernah menetap agak lama di Lembah Klang,kemudian beberapa tahun
di Kelantan dan kini saya kembali ke Pahang.Syukur Alhamdulillah.
Apa yang saya hajatkan dan juga doakan selama ini
dimakbulkan oleh Allah.Namun setiap nikmat dan tertunainya hajat kita,diiringi
ujian dan pengorbanan.Saya terpaksa berjauhan sementara dengan keluarga kecil
saya,iaitu anak dan isteri atas sebab2 tertentu.
Ya,jangan kita kira apa jua kesenangan yang diberikan kepada kita, nikmat,kekayaan,kesihatan,masa terluang,kemudahan kita perolehi,kita leka dan lalai dalam usaha kita memperbaiki diri dan mengingati Allah.
Setiap ujian dan dugaan tentulah menagih pengorbanan yang setimpal dengan apa
yang Allah kurniakan kepada kita.Kita tidak akan pernah memperolehi atau
memiliki 100% apa yang kita hajati.Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan
Allah SWT.
Namun,saya mengharapkan di tahun 2021 ini ialah sinar
kebahagiaan dalam melaksanakan tugasan saya,dapat melakukan pekerjaan dengan
lebih baik,dapat berukhwah dengan rakan2 baru dan yang penting sekali dapat
menambah amal kebaikan.
Kini saya telahpun hampir menuju ke usia separuh abad,tiada
lagi yang saya harapkan terlalu besar keinginan untuk ditompokkan dalam fikiran
saya.Seiring dengan kematangan hidup yang saya perolehi melalui pelbagai
pengalaman,tentulah kini saya tidak beria2 lagi untuk berseronok,berpeleseran,bersuka
ria tidak tentu hala dan juga membuang masa.
Saya juga bertekad untuk memperbaiki diri saya dari segenap
sudut yang saya sedari masih banyak yang wajar dipertingkatkan.Ternyata kita
semua insan yang lemah dan sentiasa melakukan kesalahan.
Semoga Allah memakbulkannya.
Sekian.
Wassalam.