Iklan Nuffnang

Tahun 2021 : Antara Covid19,Pilihanraya & Azam Baru

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2021,

Pengunjung blog saya yang budiman sekalian,

Tahun 2021 ini kita semua mengharapkan suatu kemajuan atau pun sekurang2nya penambahbaikan kepada diri kita,keluarga kita,masyarakat dan seterusnya negara kita Malaysia yang kita cintai ini.


Kredit kepada gambar ini dari link blog : https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/kesihatan-mental/azam-tahun-baru-2021/#gref

Bertitik tolak semenjak wujudnya virus Covid19 bermula penularannya pada awal tahun 2020 yang lepas dan pada ketika itu bulan Mac 2020 merupakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kali pertama yang dikenakan kepada kita,sudah semestinyalah kita sangat mengharapkan agar wabak ini akan berakhir  dengan segera pada tahun baru 2021 ini.

Semua orang mempunyai harapannya tersendiri seiring dengan terbitnya tahun baru 2021.Tidak kisah lah ianya merupakan azam,tekad,cita2,hajat,niat,keinginan atau apa juga bentuk ‘pengharapan’ sewajibnya kita perlu berusaha keras dan hanya memohon doa ke hadrat Tuhan Robbul A’lamin untuk mencapai hasrat kita itu.

Itu belum lagi dikira pergolakan parti2 politik di negara kita yang kemungkinan ke arah terlaksananya PilihanRaya Umum ke-15 (PRU 15) yang dijangkakan juga akan berlaku di tahun 2021.Memetik sedikit akan suhu politik negara, bagi sesiapa yang tidak tahu apa isu sebenarnya ialah begini,sekarang ini kerajaan yang terdiri dari Parti BERSATU,PAS,Parti UMNO (atau BN termasuk MCA dan MIC) dan Parti2 di Sabah dan Sarawak yang pro-kepada Perdana Menteri sekarang iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin mereka ini membentuk Kerajaan Malaysia yang digelar Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mereka ini hanya berkelebihan dengan  3 ahli Parlimen jika tidak salah saya, 111 orang Ahli Parlimen dalam kerajaan PN dan 108 orang Ahli Parlimen dalam Kerajaan Pembangkang yang terdiri dari PKR,Amanah dan DAP.Manakala Parti Pejuang (Presidennya Tun Dr Mahathir) dan Parti Muda (Pengasasnya Syed Sadiq) setakat ini berkecuali namun sepertinya mereka cenderung ke arah Pembangkang.

Jadi,isunya ialah Kerajaan PN yang memerintah semasa ini sangat2 lah lemah dari segi suara kerajaan dan juga pentadbirannya.Para pelabur bersikap kurang yakin dan berhati2 untuk merancakkan ekonomi,menjalankan perniagaan,membuka kilang2,membeli saham2 dan membantu Malaysia  apabila Kerajaan PN dalam keadaan lemah.

Oleh sebab itu ramai pihak yang mendesak untuk diadakan PRU 15 pada tahun ini apabila virus Covid19 sudah semakin berkurangan dan juga sudah adanya bekalan Vaksin untuk virus Covid19 ini,maka mereka berharap janganlah melengahkan lagi untuk PRU 15 diadakan yang mana dijangka pada bulan April hingga Jun 2021 akan datang.Sejauh mana benarnya atau bakal berlakunya PRU 15 tersebut seperti yang dijangkakan,entahlah,hanya Allah yang menentukan.

Ok,cukuplah berceloteh mengenai politik,pilihanraya dan juga mengenai wabak Covid19.

..................................................................................................................................................................................................................................

Ayuh saya kongsikan berkenaan harapan dan hasrat saya pada tahun 2021 ini.

Tahun 2021 membuka tirainya dengan begitu pantas dirasakan.Pejam celik,pejam celik,saya kini telah pun bertugas di tempat baru.Kini saya ditakdirkan dapat pulang bertugas di negeri kelahiran saya.Jika dahulunya saya pernah menetap agak lama di Lembah Klang,kemudian beberapa tahun di Kelantan dan kini saya kembali ke Pahang.Syukur Alhamdulillah.

Apa yang saya hajatkan dan juga doakan selama ini dimakbulkan oleh Allah.Namun setiap nikmat dan tertunainya hajat kita,diiringi ujian dan pengorbanan.Saya terpaksa berjauhan sementara dengan keluarga kecil saya,iaitu anak dan isteri atas sebab2 tertentu.

Ya,jangan kita kira apa jua kesenangan yang diberikan kepada kita, nikmat,kekayaan,kesihatan,masa terluang,kemudahan kita perolehi,kita leka dan lalai dalam usaha kita memperbaiki diri dan mengingati Allah.

Setiap ujian dan dugaan tentulah  menagih pengorbanan yang setimpal dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Kita tidak akan pernah memperolehi atau memiliki 100% apa yang kita hajati.Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT.

Namun,saya mengharapkan di tahun 2021 ini ialah sinar kebahagiaan dalam melaksanakan tugasan saya,dapat melakukan pekerjaan dengan lebih baik,dapat berukhwah dengan rakan2 baru dan yang penting sekali dapat menambah amal kebaikan.

Kini saya telahpun hampir menuju ke usia separuh abad,tiada lagi yang saya harapkan terlalu besar keinginan untuk ditompokkan dalam fikiran saya.Seiring dengan kematangan hidup yang saya perolehi melalui pelbagai pengalaman,tentulah kini saya tidak beria2 lagi untuk berseronok,berpeleseran,bersuka ria tidak tentu hala dan juga membuang masa.

Saya juga bertekad untuk memperbaiki diri saya dari segenap sudut yang saya sedari masih banyak yang wajar dipertingkatkan.Ternyata kita semua insan yang lemah dan sentiasa melakukan kesalahan.

Jika mahu diringkaskan,azam saya di tahun baru amatlah mudah.Iaitu saya berdoa dan mengharapkan kepada Allah agar dipermudahkan saya dalam segala perkara yang baik yang saya lakukan.Tidak mempunyai wang yang bertimbun dan tidak hidup mewah pun tidak mengapa,asalkan hati saya tenang,bahagia,dipermudahkan jalan2 usaha saya dalam segala hal,sihat tubuh badan,ada masa senggang dan liburan bersama keluarga,inilah semua yang saya hajatkan.

Semoga Allah memakbulkannya.

Sekian.

Wassalam.

Tiada ulasan: