Iklan Nuffnang

3H2M di Tok Aman Bali Beach Resort - Damai & Tenang

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera dan bertemu semula kita setelah sekian lama saya tidak membuat posting di blog saya ini.

Apa khabar semua?



Saya betul2 sibuk dan agak keletihan melakukan tugas2 harian dan bertemu dengan ramai orang.Beginilah kerja2 di bidang pemasaran.Walaupun hasilnya agak lumayan tetapi berpadananlah dengan penat lelah kita bertemu ramai pelanggan2 di luar sana.

Saya sekadar ingin berkongsi berkenaan sedikit ‘memories’ bersama keluarga kecil saya baru2 ini,yang saya kira boleh dikatakan bercuti dalam musim cuti persekolahan dengan mematuhi SOP yang ketat dibuat oleh pihak Resort.

Saya mengambil kesempatan me’reward’ diri saya dan keluarga setelah sekian lama tidak pergi ke mana2,maka kali ini saya memilih untuk membawa mereka pergi menginap 3 Hari 2 Malam di Tok Aman Bali Beach Resort  (TABBR) di Pasir Puteh,Kelantan.



Ramai sebenarnya pengunjung ke sini di samping musim Covid19 dan bertemu pula musim cuti persekolahan,memang sudah mula di kalangan orang ramai ingin berehat dan bersantai di Resort2  atau Hotel2 yang sudah pun dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP Covid19 yang ketat.

Tarikan2 di TABBR ini seperti semua sedia maklum ialah pantai yang berdekatan iaitu Pantai Bisikan Bayu.Di sini juga ada aktiviti menunggang kuda,menunggang ATV,bermain layang2,menunggang basikal dan bersantai di tepian pantai sambil menjamu selera dengan makanan2 tempatan yang terkenal di Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu,iaitu satar,otak2,jagung bakar bersalut planta,air kelapa muda dan juga keropok lekor yang begitu menyelerakan.

Saya bersama keluarga juga tidak melepaskan peluang menaiki basikal di tepian pantai,manakala anak pula merasai pengalaman menunggang ATV.

Bagi yang betul2 ingin berehat dan berkurung sahaja di bilik atau dalam kawasan persekitaran Resort TABBR ini,mereka boleh berendam di tab mandian di bilik masing2.Boleh juga menaiki ‘paddle boat’ dan menelusuri tasik/muara sungai yang bercantum dengan laut di bahagian belakang resort ini.Ada juga disediakan aktiviti memanah,boleh bersenam di gymnasium dan juga bermandi manda di kolam renang yang luas sehingga boleh memuatkan ramai bilangan orang tetapi masih ada ruang untuk berenang.



Secara peribadinya bagi saya,Resort TABBR ini sangat sesuai dan berpadananlah dengan perkhidmatan dan juga infrastruktur/kemudahan2 yang disediakan.Walaupun tidaklah semewah hotel/resort  berkelas 5 bintang,namun percutian bersama keluarga di sini terasa sangat tenang dan mendamaikan.

Lihatlah sebahagian gambar2 yang saya telah ‘photo grid’ kan untuk menyaksikan betapa gembiranya jika kita berpeluang datang ke sini.Bukanlah bermaksud untuk menunjuk2,tetapi saya cuma ingin berkongsi dengan anda semua yang masih belum pernah ke sini dan mungkin suatu hari nanti merancang untuk ke sini.Jadi,anda semua dapatlah sedikit idea/gambaran bagaimanakah keadaannya/suasananya di Resort TABBR ini.



Lagipun,seperti yang saya pernah coretkan sebelum ini,blog ini adalah umpama lembaran buku diari saya,jadinya saya suka mencoretkan segugus kenangan yang saya fikir suatu hari nanti jika Allah memanjangkan usia saya sekeluarga,saya dan anak2/cucu2 bolehlah melihat/membaca kembali coretan kenangan kami bagi tujuan santai,mengenang rindu zaman silam dan juga melihat ke belakang kembali secara positif,dalam erti kata menjadikan diri ini bertambah rasa kesyukuran yang amat sangat kepada Ilahi kerana begitu banyak kenangan indah yang diizinkan olehNya untuk menghiasi hidup ini.

 Hahaha….maaflah ya.Lama benar tidak mencoretkan bait2 kata di blog saya ini,jiwa dan perasaan saya jadi agak ‘puitis’ pula bila menulis. 




Akhir kata, saya suka habiskan coretan kali ini dengan serangkap pantun ;

 ‘’Berteduh sebentar di pohon redup,

   Singgah di kedai membeli kelapa,

   Kenangan indah di dalam hidup,

   Simpan lah ia jangan dilupa.’’

 

Sekian.Wassalam.

Tiada ulasan: