alriana5604@gmail.com - AL The One
Eh, apa saya mengarut dan tiba-tiba buka entry begini, ni?Tak ada modal atau idea sangat dah ker nak menulis di blog sampai kan nak berceloteh berkenaan seks ni?
……Mesti anda semua berfikir begitu, bukan?Jangan salah anggap, kita kena berfikiran positif, bukannya bila dengar sahaja perkataan ‘seks’ dan orang bercerita atau menulis mengenainya, kita terus memberikan persepsi yang negatif dan menjurus ke arah bercerita mengenai perkara lucah.
Betulkan semula minda kita yang salah itu, ok.
Sebenarnya, saya mahu berceloteh berkenaan seks ini menurut pendapat segelintir orang dan juga pada pemahaman /pembelajaran saya melalui pembacaan dan aktiviti kehidupan seharian kita.
Cuba lihat senarai atau perbandingan di bawah ini mengenai seks :
1.Zaman Kanak-Kanak (selalunya bermula 7-15 tahun)
Ini ialah zaman kita belum tahu banyak sangat mengenai seks.Hanya kita tahu melalui pembelajaran di sekolah (mungkin melalui subjek Sains).Bagi seorang manusia, perempuan akan baligh pada usia 9-12 tahun, manakala lelaki pada usia 15 tahun.Ini ialah tempoh awal konfigurasi dan ‘rayapan’ perasaan seks mula menular kepada manusia.
2.Zaman Remaja dan Dewasa (selalunya bermula 15-40 tahun)
Zaman ini ialah zaman yang mempunyai tempoh yang panjang dan kita sebagai manusia mempelajari banyak perkara mengenai seks.Zaman inilah kita mula ada perasaan tertarik kepada pasangan berlawanan jenis, kita mempunyai rasa suka dan mencintai seseorang,kita mula mencari pasangan,kita rasa ingin mempunyai teman hidup atau isteri dan juga masa inilah kita masih sangat aktif terhadap keinginan seks.Umpamanya, seperti pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan dan menikmati malam pertama mereka dengan begitu indah sekali.
3.Zaman Usia Matang (selalunya bermula 40-50 tahun atau mungkin lebih sedikit)
Pada waktu ini, kita sebagai manusia selalunya sudah mempunyai keluarga, mempunyai komitmen,mempunyai anak-anak,ada kerjaya sendiri,ada harta milikan sendiri dan tempat tinggal yang selesa.Di waktu ini juga, kita sudah semakin berkurangan kehendak kepada seks.Jika dulu seks menjadi keutamaan, kini ianya tidak lagi menjadi perkara yang sangat-sangat penting.Kita asyik bekerja, membina keluarga,menyediakan perbelanjaan untuk keluarga dan isteri, membina rumahtangga dan hanya kadangkala sahaja seks masih terbit di minda kita sebagai perkara yang penting dan harus diperolehi.
4.Zaman Usia Tua atau Menjadi Veteran (selalunya usia dalam lingkungan 60 tahun ke atas)
Ketika ini, kita sudah menjadi kurang bertenaga, kurang asyik terhadap seks, kita menjadi seorang ‘pemikir’, kita lebih banyak melakukan kerja-kerja sebagai seorang yang berumur warga emas, contohnya mungkin kita akan cenderung untuk berkebun, menternak,bekerja di rumah,membuat kerja amal dan kebajikan,jika seorang Muslim mereka lebih suka beribadah dan meluangkan masa di masjid/surau atau jika tidak begitu pun mungkin mereka lebih suka menghabiskan masa di kedai-kedai kopi bersembang dengan rakan seusia.
Lalu….pertanyaan saya kepada anda…
Di manakah terletaknya perasaan sedap atau nikmat sangatnya seks tersebut?
Anda tahu kah di mana ia?
Jika kita ingin tahu dan mengkajinya, mungkin berbagai jawapan dan hipotesis akan diberikan oleh pengkaji-pengkaji, biologis-biologis atau saintis-saintis.
Tetapi secara mudahnya ialah bagi kita untuk memahami di manakah sebenarnya nikmat seks yang kita perolehi dalam hidup, sebenarnya ialah pada sifat ‘kasih dan sayang’.Tiada nikmat seks yang manusia rasai tanpa perasaan ini.Percayalah.Bahkan pekerja seks (pelacur) sekalipun jika ditanya, apakah mereka mendapat nikmat seks dengan mempunyai kerjaya seperti itu?Jawapan nya tentu lah tidak.Bahkan jika masa, ruang dan peluang diberikan kepada mereka, sudah tentulah mereka memilih untuk mempunyai pasangan yang baik dan mempunyai perasaan kasih sayang antara mereka berdua.
Anda tidak percaya? Percaya lah….
p/s – Jadi, selepas ini jangan kita asyik mempunyai persepsi mengenai seks ialah suatu perkara yang lucah, kotor dan taboo untuk diperkatakan.Kita perlu kaitkan seks itu perkara asasnya yang harus wujud ialah kasih sayang antara manusia lelaki dan wanita.Jika di dalam ajaran Islam, seks yang halal menerusi pernikahan ianya dikira suatu ibadah dan juga sedekah yang diredhai oleh Tuhan.
AL The One - Blog yang mengandungi pelbagai perkara dan cerita. Cetusan idea dan seloka, wisata dan kerja menjadi rencah hidup semasa.
Iklan Nuffnang
Memaparkan catatan dengan label Artikel Terpilih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel Terpilih. Papar semua catatan
Penyimpan Sampah Terhormat


alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam kepada semua pengunjung blog ini,
Artikel ini saya ambil dari Sinar Harian, ianya amat bagus dan sememangnya benar, selama ini kita semuanya adalah 'pengumpul sampah terhormat'....sebenarnya saya memang jenis 'pengemas' orangnya, tapi kadang-kadang bila buat aktiviti mengemas, ada saja barang yang saya rasa sayang untuk dibuang, kononnya, mana tahu, bila-bila masa nanti boleh digunakan, pada hal, tidak pun.
Jadi, kurangkanlah 'sampah terhomat' kita dan kalau boleh, buangkan terus, baru lah sistematik, kemas, tersusun rumah, pejabat dan juga hidup kita.
Kita penyimpan sampah terhormat
- NORDEN MOHAMED
norden@sinarharian.com.my
Apakah itu sampah terhormat? Frasa yang saya peroleh entah dari mana ini merujuk kepada barang atau benda yang sudah tidak berguna atau tidak relevan. Tetapi oleh kerana ia mempunyai nilai-nilai sentimental, atau kerana kemalasan kita sendiri, kita masih ingin terus menyimpannya. Ia tidak kotor, tetapi tidak juga berguna. Namun, bila kita mengarkibkannya, maka jadilah ia sampah terhormat.
Anda yang mempunyai meja di pejabat, bolehlah melihat di sekeliling anda sekarang. Apakah anda pasti, kertas-kertas yang tersusun di hadapan anda itu benar-benar berupa maklumat yang berguna untuk kerja anda ataupun hanya sampah sarap yang sepatutnya sudah lama dibakulsampahkan?
Lihatlah di kotak simpanan pen, Berapa banyak pen mata pena berdakwat merah, biru atau hitam yang tersimpan? Mengapa sampai menyimpan melebihi tujuh batang pen, sedangkan anda hanya memerlukan sebatang pen hitam, sebatang pen merah dan sebatang pen biru pada satu-satu masa? Berapa pula pen yang tidak berdakwat yang anda simpan? Sepatutnya ia sudahpun anda buang lama dahulu?
Bagi wanita pula, bukalah tas tangan anda. Apakah terdapat berhelai-helai resit keluaran wang ATM yang anda simpan? Mengapa pula terdapat kotak bedak kompak yang sudah kosong di situ? Bila anda hendak membuang plastik asam kecut sedangkan isinya telahpun habis anda telan? Dan, kenapa anda masih menyimpan di situ, puting susu anak yang anda beli di pasaraya minggu sudah?
Sampah terhormat juga terdapat di rumah. Seluklah ke dalam peti sejuk. Pasti terdapat keju yang sudah luput tarikh, kangkung yang sudah lunyai dan ataupun plastik-plastik kecil sos cili yang anda kumpul setiap kali anda memesan ayam goreng segera. Bukalah almari. Akan terdapat banyak sekali baju-baju lusuh yang seharusnya dijadikan kain buruk atau dibuang sahaja. Stokin yang tiada pasangnya, malah di situlah tersimpannya segala bil-bil api, air dan telefon sejak tahun 2000!
Sampah terhormat bukan benda mustahak pun. Ia hanya tampak berguna kerana kita punyai rasa kasih sayang yang tak kena pada tempatnya. Setiap kali kita berkemas, ketika itulah kita akan membelek apa yang selama ini kita simpan. Surat khabar lama, majalah lama, pinggan retak, bekas yang sudah hilang tudungnya atau tudung bekas yang hilang bekasnya adalah benda-benda yang kita masih hendak simpan lagi.
Bila menatap barang-barang ini, perasaan sentimental akan mengalir di dalam sanubari, lalu pisau yang tidak berhulu yang anda ingin buang itu anda simpan kembali ke dalam laci dapur. Kononnya anda lakukan itu kerana berasa pisau itu boleh diguna jika tiada pisau lain. Sedangkan anda sudah mempunyai empat bilah pisau yang baru anda beli. Oh, tidak!
Sikap bertangguh untuk berkemas akan memperbanyakkan sampah terhormat. Ia akan menyesak bilik pejabat, bilik tidur, peti sejuk, malah rumah anda. Bila ia menyesak, ia mula menyemak. Bila ia menyemak, fikiran kita akan jadi senak. Fikiran yang senak akan menurunkan produktiviti kerana mana boleh kita berfikir dengan tenang dalam suasana yang berserabut?
Sebab itulah, pakar-pakar produktiviti daripada Jepun melahirkan konsep 5S sebagai satu cara untuk mengekalkan produktiviti. 5S atau berkemas secara sistematik ini dikenali sebagai seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke atau sisih, susun, suci, seragam dan sentiasa. Melalui sistem ini, suasana di tempat kerja akan kelihatan kemas dan tersusun.
Apabila semua barang ada di tempatnya dan semua tempat ada barangnya, maka kita tahu mencari apa yang dikehendaki dengan mudah. Bila kita hanya menyimpan apa yang perlu sahaja, ruang operasi tidak berselerak. Ini akan meringankan otak dan memberi kita semangat untuk bekerja.
Sampah terhormat dalam bentuk benda amat mudah untuk dikemas dan dinyahkan. Bagaimana pula dengan sampah-sampah terhormat yang tersembunyi, yang tidak memakan ruang fizikal yang besar? Sampah terhormat ini kurang disedari kerana kita tidak perasan akan kehadirannya. Lihatlah nombor-nombor telefon di telefon bimbit anda.
Bila anda mengambil keputusan untuk menyisih nombor-nombor yang anda tidak inginkan, senang-senang lebih daripada 20 nombor yang anda simpan itu sudah tidak berguna lagi. Mungkin nombor itu sudah tamat perkhidmatannya ataupun kita menyimpan nombor orang yang sama tetapi menggunakan dua nama yang berbeza. Ataupun, kita menyimpan mesej-mesej lama yang termasuk juga alamat rumah pengantin dan senarai nama buku anak ketika hendak membeli buku sekolah untuknya pada hujung tahun lalu.
Di dalam komputer juga terdapat sampah terhormat. Di dalam peti e-mel, kita menyimpan e-mel berantai, e-mel daripada kawan lama dan minit mesyuarat lama. Ada juga perisian versi lama yang kita simpan, sedangkan kita sudah ada versi baru. Ini tidak termasuk imej, permainan atau fail-fail yang kita sendiri tidak tahu bila ia ada di dalam komputer kita. Kehadiran sampah terhormat di dalam komputer, melembabkan kelajuannya.
Dan, akhir sekali, satu lagi tempat singgah sampah terhormat ialah di dalam minda kita. Ada banyak sekali sampah di dalam minda yang sepatutnya sudah lama kita buang. Sampai bila kita hendak menyimpan dendam kepada orang yang sudahpun kita maafkan? Mengapa kita menyimpan rasa benci terhadap seseorang artis, ustaz atau ahli politik, sedangkan dia tidak pernah menyusahkan kehidupan kita secara peribadi?
Kalaulah kita punyai perisian anti-virus untuk otak seperti perisian anti-virus komputer, segala sampah terhormat di dalam minda kita akan dapat dibersihkan setiap kali kita bangun pagi. Sama seperti komputer membersihkan virus setiap kali komputer dibuka. Bila minda bersih, sampah terhormat yang besar-besar di sekeliling kita mudah sekali dilupuskan dari pandangan mata dan fikiran.
Langgan:
Catatan (Atom)