Iklan Nuffnang

Kita Sering Terlupa Untuk Mensyukuri Nikmat Sihat

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera kepada semua rakan2 online,

Saya mulakan posting untuk kali ini dengan bertanyakan soalan kepada anda semua…

Anda sihat? Sejauh mana anda menghargai kesihatan anda?atau anda rasa biasa2 saja dan sering terlupa bahawa anda sedang sihat dan tidak diuji dengan kesakitan.

p/s : Hari pertama di'warded' bersedia untuk dibedah pada sebelah petangnya

Inilah dia topic berkenaan kesihatan yang saya ingin ceritakan.Bukannya kesihatan dari sudut pandangan doktor atau pakar kesihatan,tapi dari sudut kerohanian dan rasa bersyukur kerana kurniaan sihat yang diberikan Allah itu kepada diri kita.

p/s : Terima kasih kepada blog ini di atas 'pinjam dan guna' gambar ini.

Rakan2,untuk makluman anda semua saya hampir 3 bulan sudah menjalani pembedahan lutut kerana kecederaan lama yang saya alami.Sakitnya tidak terperi.

Bayangkanlah, tulang lutut anda di ‘repair’ (disagat/di’grind’). Ditebuk,ditetas urat dan disambung urat kepada urat yang lain.Sangat sakit.Saya yang pertama kali dibedah begini mengakui kesakitannya yang amat sangat.

p/s : Menunggu masa untuk dibedah dan di'canai' lutut saya....

Satu pesanan saya,sesiapa yang merasai dan terasa sakit lutut jika masih boleh bertahan,janganlah menjalani pembedahan ini.Ianya sangat menyakitkan dan memerlukan ‘healing period’ (tempoh penyembuhan yang lama).

Saya menjalani pembedahan ini di Hospital Pakar KPJ Kuantan dengan tanggungan kos oleh majikan.Terasa sungguh menyeksakan,walaupun kos ditanggung majikan tetapi kesakitan yang saya tanggung melupakan segala kos yang berjumlah puluhan ribu Ringgit dibayar oleh Takaful majikan.

Mungkin segelintir orang akan berkata,’…alah kau ni,lembik sangat lah,operate lutut pun tak boleh bertahan sakit,orang lain operate jantung,operate perut,bagi wanita,operate bersalin dan macam2 lagi…’.

Saya sudah jangkakan soalan2 begini,bahkan nurse2 yang merawat saya di KPJ Kuantan pun berkata begini,bahawa bersalin dan operate untuk melahirkan anak lagi sakit.Ya,saya tidak pernah menafikannya.

p/s : Reda dan pasrah atas keputusan diambil,tiada lagi 'turning back'

Tapi jika anda fikirkan,tempoh penyembuhan operate lutut ia berbeza dan sakitnya berpanjangan dan seolah2 mengheret ke suatu masa yang tiada ketentuan.Mungkin boleh sembuh dan hilang kesakitan dalam tempoh 6 bulan,bahkan ada kes hingga ke 1 atau 2 tahun baru betul2 sembuh dan lutut yang dibedah boleh normal seperti sediakala namun tiada jaminan akan bertahan untuk pulih 100% keadannya.

Tapi jika dibandingkan dengan operate bersalin,ya,ianya memang sakit tetapi dalam 3-4 bulan sudah pulih bahkan belum pernah ada kes ambil masa 1-2 tahun untuk pulih dari operate bersalin,biasanya lepas setahun operate pun wanita sudah boleh mengandung lagi dan melahirkan anak yang berikutnya pula.

Pernah tak anda dengar atau lihat orang buat kerja2 ‘mencanai’ besi,logam atau apa2 yang berkaitan seolah2nya seperti orang membuat ‘grill’ untuk tingkap dan pintu rumah?Bagaimana bunyinya dan keadaan melakukan pekerjaan itu?Tentu bingit bising bunyinya dan ngilu telinga mendengarnya,kan?Tapi itu besi/logam yang dicanai,bukan tulang lutut.

p/s : Lutut saya dibalut dan di'brace' mengunakan knee brace selepas dibedah

Macam kes saya ini,’meniscus’ tulang sendi lutut sudah haus dan tisunya koyak hingga sukar dijahit/dicantum semula.Doktor dengan selamba membius tubuh saya dari bahagian pinggang hingga ke bawah sampai kaki,kemudian menebuk lubang di lutut saya,mencanai (grinding) di tulang lutut saya dan menjahit kembali tisu lutut yang telah koyak.Masa dibius memang saya tenang2 saja.Selepas habis kesan ubat bius,malam pertama menderita bagai nak gila menahan kesakitan yang amat sangat.


p/s : Saya membotakkan kepala untuk memudahkan mandi manda ketika 'healing period' di rumah

Pergerakan saya tiba2 terbatas, mengesot,mengiring,berlunjur,membengkokkan kaki semuanya terbatas.Buang air kecil,besar,mandi semuanya terbatas.Semuanya perlu pertolongan isteri.Saya juga meminta adik ipar saya membelikan kerusi roda dan selama saya masih belum boleh berdiri selama itulah kerusi roda menjadi kenderaan untuk saya bergerak di dalam rumah.Ternyata hidup saya berubah 100% dan saya kerap ‘down’ dan merasa kecewa bercampur menyesal kerana mengambil kepeutusan menjalani pembedahan ini.Saya terlantar sahaja di atas tilam mungkin sebulan lamanya sebelum saya boleh berdikit2 menggunakan kerusi roda.

Bulan Ramadhan yang mulia dilalui begitu saja namun saya berasa sayang meninggalkan puasa.Apabila menjelang hari bahagia iaitu Hari Raya Aidilfitri tahun ini 2022,saya hanya mampu melihat keseronokan orang lain kerana saya masih belum lagi sihat dan pulih,masih duduk di kerusi roda.Namun sempat juga mengambil gambar2 kenangan ketika tetamu dan adik beradik datang berkunjung ke rumah semata2 tidak mahu menghampakan mereka.

p/s : Dalam kesakitan,lupakan dulu untuk menyantuni saudara mara datang beraya di rumah


p/s : Sempat juga berselfie semata2 untuk anak di hari Raya Aidilfitri sebagai kenangan

p/s : Saya dan Zarif yang selalu membantu ketika saya sakit.Isteri juga banyak membantu dan memberikan sokongan

Lalu di suatu sudut di malam harinya saya terkenangkan ketika saya bergembira dan berseronok ketika saya sihat.Inilah masanya kadang2 membuatkan saya tiba2 mengalirkan air mata.Saya sebelum ini dianugerahi Allah nikmat kesihatan,tidak sakit,apa saya buat?

Banyakkah ibadah dan amal saya yang telah dilakukan?atau sibuk berlibur dan suka berseronok sahaja?atau ketika sihat saya tidak pun menghargai kesihatan saya?saya rasa tak sedar yang kesihatan itu anugerah oleh Allah?

Kini bila diuji dengan kesakitan akibat pembedahan lutut,dan ianya berlarutan barulah terkenang2 kan nikmat kesihatan ketika masa dulu?

Allahu Akbar.

Rakan2,doakanlah saya agar sihat dan pulih sepeti sedia kala.Untuk tempoh waktu hingga kini,saya masih lagi berjalan sedikit terhincut2 tetapi ada masanya saya masih memerlukan tongkat untuk berjalan.

Sesungguhnya jika saya tahu dan sedar betapa pembedahan ini mengambil masa ‘healing period’ yang panjang,saya tidak akan mengambil keputusan untuk setuju dibedah.Namun,apa pun kekesalan ini,tidak berguna lagi,perkara sudah pun berlaku.

Apa yang saya harapkan,meskipun mengambil masa 1-2 tahun untuk saya betul2 sembuh,saya redha dan saya akan harungi juga.

Kini baru saya sedar bahawa NIKMAT KESIHATAN adalah jauh lebih besar dan kita sentiasa terlupa untuk menghargainya hinggalah kita mengalami kesakitan.


p/s : Terima kasih kepada blog ini di atas 'pinjam dan guna' gambar ini.

Rakan2,lalu janganlah kita biarkan nikmat masa sihat kita dibuang dan dibazirkan begitu saja.Tambahlah ilmu dan amal soleh kita di saat kita sedang sihat pada masa sekarang ini.Apabila kita jatuh sakit,kita tidak lagi boleh melakukan banyak amalan2 yang lain.

 

Terima kasih kerana membaca coretan tidak seberapa ini.

Bertemu lagi di lain lembaran.

Wallahua’alam.

Tiada ulasan: