Macama mana,sihat2 belaka ke,guys? Statistik Covid19 sudah
mencanak naik semula ni guys,so,berhati2 lah ya.
Apa2 pun,kita mengharapkan janganlah Lockdown pulak ya.
............................................................................................................................................................
Kali ini, saya berasa ingin berkongsi dengan anda semua
mengenai percutian singkat saya baru2 ini di Tasik Kenyir pada 12-13 Februari
2022, hari Sabtu dan Ahad yang lepas .
Sebenarnya percutian ini memang dirancang,tetapi bukan oleh
saya.Ia dirancang oleh adik bongsu saya kerana ingin memenuhi permintaan Ayah
saya.
Ya,semenjak perginya Ibu saya menghadap Ilahi,saya sedar Ayah seolah2 seperti kesunyian dan masih lagi kelihatan sugul dan sedih di wajahnya.
Jadi kami adik beradik yang mana ada kelapangan masa telah
bersetuju untuk mengajak Ayah menunaikan keinginannya untuk bercuti dan
bersantai di Rumah Bot di Tasik Kenyir.Kami pergi hanya lah 2 Hari 1 Malam sahaja.
Sukar digambarkan riak wajah gembira Ayah apabila kami
menunaikan permintaannya.
Berikut saya kongsikan seringkas mungkin dari segi
perspektif mengikut ‘point2 penting yang wajar diketahui’ bagi yang belum
pernah merasai percutian di atas Rumah Bot di Tasik Kenyir ini dan apakah
aktiviti2 yang boleh dibuat.
Mana tahu kan,anda semua yang belum pernah merasainya,bila
membaca posting di blog saya ini maka dapatlah sedikit sebanyak
pengetahuan.Alhamdulillah.
Ok,jom kita lihat 10 point2 penting yang saya boleh berikan seperti
di bawah ini :
1.Perjalanan.
Serius guy, jauh perjalanan ke sana bagi saya yang pertama
kali pergi.Rasa begitu jauh ke pedalaman dan jaraknya menghala ke pedalaman
Kuala Berang Terengganu yang digelar Hentian Jeti/Pengkalan Lawit.Kalau dari KL
lagi lah rasa jauhnya.Saya memandu dari Kuantan dan melalui lebuhraya LPT2 pun
terasa jauh guys.Di sini,di atas Rumah Bot,di Jeti bahkan mula masuk ke jalan menghala
Pengkalan Lawit pun sudah tiada apa2 ‘network coverage’ telefon bimbit guys…adoi
la…’Haiwan primate’ seperti kera,beruk tak usah cakap,memang ada berkeliaran,kadang2
ada banyak berkumpulan,kadang2 sedikit jumlahnya.
2.Jenis2 Rumah Bot.
Ada beberapa jenis dan ‘Brand’ ikut Syarikat atau Pengusaha
yang memiliki Rumah Bot.Ada yang 1,2,3 tingkat dan harga penginapan pun berlainan.Ada
juga Rumah Bot untuk kelas VIP/VVIP yang sudah tentu semalaman mneginap sahaja
dalam lingkungan RM5K-10K.Bagi kami sekeluarga memadailah dengan menginap di
Maya BoatHouse yang memiliki 2 tingkat.Itu pun kos kesemuanya termasuk makan 3
kali sehari melebihi RM2K.
3.Suasana/Keadaan Rumah Bot.
Nama pun Rumah dan Bot.So,ianya memang berkonsepkan
Rumah,ada bilik2 tidur,ada ruang ‘dining hall’ (di bahagian tingkat 2), ruang
solat,ruang makan,ruang berhibur,berkaraoke,ruang santai2 tepi sambil duduk2 di
atas kerusi dan juga mestilah ada bilik air/bilik mandi, guys.Pendek kata
seperti seolah2nya rumah 2 tingkat diletakkan ke atas satu platform dan
dikuasakan dengan enjin bot yang besar untuk bergerak di permukaan air/di Tasik
Kenyir ini.
4.Hidangan/Makan2 dan jenis2nya.
Ini terpulang kepada tempahan dan bajet kita lah guys.Nak
sedap bayar lah lebih mahal.Nak menu biasa2 saja,harga pun biasa2 saja lah.Kami
ambil menu2 masakan biasa2 jenis masakan kampung saja guys,dan memang ini pun
menu yang kami dan Ayah suka makan.Ada sarapan pagi,makan tengahari,minum
petang dan makan malam (dinner).Ada satu sesi ‘barbecue’ diberikan sebelum
pulang keesokannya.Berapa harga makan2 ini? Ikut menu yang diminta dan boleh request/berunding
sendiri dengan kru2 atau Pengusaha BoatHouse tersebut.
5.Keselamatan.
Ini juga sudah tentu penting,guys.Memang semua
Pengusaha/Pemilik BoatHouse ada menyediakan banyak ‘life jacket’ dan memang
kita kena memakainya.Tapi bukanlah setiap masa,guys.Masa kita nak terjun di tepi2
Rumah Bot tu,untuk santai2 mandi manda kita pakailah life jacket dan biarkan badan
kita terapung di permukaan air Tasik Kenyir,best betul guys!!Selain itu ada
juga bot2 kecil disediakan jika kita mahu ‘pusing2’ di kawasan
berhampiran.Kayak/canoe juga disediakan jika kita suka berkayak.
6.Lokasi2 Tarikan.
Ini lah yang ditunggu2 guys,takkkan lah kita pergi bercuti
menginap di Rumah Bot kita tidur saja,di bilik?Jadi,tarikan2 yang banyak
sebenarnya lebih puas jika menginap 3 Hari 2 Malam ke atas sebab banyak aktiviti2
yang boleh dilakukan.Macam kami,cuma menginap 2 Hari 1 Malam,tiadalah kru2
Rumah Bot itu bawa kami ke banyak tempat.Kami cuma pergi ke Gawi,iaitu ada
kawasan bebas cukai Tasik Kenyir,selain itu kami sempat ke Air Terjun Saok dan
yang lain2 memang tidak berkesempatan guys.
Jika yang menginap lebih lama,boleh pergi ke Sanctuary Ikan
Kelah dan bermain2, pegang2 ikan kelah yang besar2 dan jinak2 guys.
Ada yang suka ‘jungle hiking’ pun boleh buat.
Jadi tarikan2 ini janganlah kita bayangkan seperti kita
pergi bercuti di bandar2 guys,nak cari tempat makan sedap,nak tonton wayang,nak
bermain sukan ekstrem,nak tengok2 orang2 ramai dan adanya pusat membeli belah.Memang
tak ada lah itu semua guys,kita berada di Rumah Bot dan terapung di Tasik
Kenyir,jadi tarikannya di sini lebih kepada tarikan alam semulajadi dan
keindahan pemandangan sahaja lah,OK?
7.Aktiviti2 Yang Boleh Dilakukan.
Macam saya ulaskan di atas tadi,aktiviti2 ini merangkumi
aktiviti melibatkan aktiviti di air,di hutan,di atas Rumah Bot dan juga mandi
manda.Contohnya boleh berkayak,mandi manda di air terjun,menaiki bot2 kecil
pusing2 di kawasan2 berdekatan Rumah Bot dan juga boleh adakan aktiviti kekeluargaan
seperti Kuiz Kanak2,Bermain Dam dan juga mengambil gambar2 persekitaran dan
semulajadi.Kalau anda Photographer yang asyik suka pegang kamera dan suka ambil
gambar memang best lah berada di suasana indah di Tasik kenyir ini.
8.Bilik Penginapan dan Keadaannya.
Biasa2 saja guys,sebab kami ambil Rumah Bot level2 biasa
saja.So,bilik2 kami agak kecil di tingkat 2 tetapi masih selesa,ada yang ‘2
single bed’ dan ada yang ‘1 queen bed’.Tapi kita bukanlah selalu habiskan masa
di bilik,jadi itu tak jadi masalah pun.Jika anda mampu bayar Rumah Bot VIP/VVIP
berharga RM5K ke atas tu,Inshaa Allah ruang penginapan anda seperti hotel 4-5
bintang.
9.Sambungan Rangkaian Telefon Bimbit.
Aduhai guys,apa2 Telco pun kita guna,nak naik 1 bar coverage
pun sakit guys….Ini perlu diakui sebab kita menginap jauh ke dalam kawasan
hutan pedalaman Jeti/Pengkalan Lawit dan juga berada jauh dari rayauan menara2
pemancar gelombang telekomunikasi.Kalau yang ada sekali sekala dapat connection
itu pun cuma yang menggunakan simcard Telco talian telefon bimbit berjenama ‘One
XOX’, kata sebilangan orang2 yang sudah biasa berada di sana.
Jadi lupakanlah ya guys, nak ‘sangap’ tak sabar2 buat FB
Live atau Video Live,IG Live semasa kita berada di Rumah Bot.Nak send gambar2
pun kepada kenalan dan saudara mara yang masih belum merasa sampai ke sini
pun,tak boleh guys,line ‘out’.Call out dan Call in boleh tapi kadang2 tiba2 call
terputus dan terus senyap.So,sabar jer lah ya,jika ke sini jangan excited
sangat nak terus update on the spot atau nak update in realtime aktiviti2
percutian anda.Lepas habis bercuti,nak update,update lah banyak2 ribuan gambar
pun tak apa.
10.Tahap Kepuasan / Berbaloi kah bercuti di sini?
Sejujurnya bagi saya,berbaloi jika anda mahu menginap lebih
lama,mungkin 2-3-4 malam dan bilangan keluarga anda ramai.Lupa nak beritahu
tadi,biasanya 1 Rumah Bot boleh memuatkan dalam 30 orang,20-22 orang dewasa
bersaiz tubuh sederhana dan 8 orang kanak2 biasa yang bertubuh normal.
Sebab apa saya fikir berbaloi jika bercuti/menginap di sini
lebih dari 1 malam?Sebabnya,anda boleh dapat pergi ke tempat tarikan2 yang lain
, iaitu paling seronoknya ialah Sanctuary Kelah.Selain itu aktiviti Sukan Air
juga anda boleh buat jika ramai yang menginap.Macam saya tidak sampai lah 30
orang yang menginap di Rumah Bot.Lagipun saya cuma menginap sekejap sangat,
iaitu 2 Hari 1 Malam sahaja, tentulah
masa kami banyak dihabiskan di atas Rumah Bot dan aktiviti mandi manda
berdekatan dengan Rumah Bot sahaja.
Tapi jika anda ada keluarga yang besar dan wang/duit tidak
menjadi masalah sangat,cuba lah ambil dan rasai menginap di Rumah Bot VIP/VVIP.Alah…baru
sehari semalam menginap kos cuma RM5K guys…kongsi duit dengan 30 orang baru
RM167 seorang…Apa macam? Ada berani ke?
Ok,guys,sekadar ini dulu lah buat kali ini.Kita jumpa di
lain cerita.
Ingat,’motto’ atau tema saya. ‘Santai Kita,Cara Kita.Jangan
tunggu kaya dan berharta banyak untuk kita bercuti dan bergembira.Kita susun
elok2 kewangan dan bajet kita,adakan kesepakatan dan berkongsi kos/tanggungan
untuk percutian,berjimat cara kita,kemudian pergi lah ke mana pun kita inginkan
demi untuk menatapi keindahan dunia dan alam yang indah milik Allah ini semasa
kita masih bernafas.Kagumi ciptaan Allah dan kukuhkan keimanan mengesakan
kebesaran Ilahi.
Wassalam.Bye2 guys..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan