Iklan Nuffnang

Cerita Santai 4H3M @ Adena Beach Resort - Betul kah persis Pantai di Bali ?

alriana5604@gmail.com - AL The One 

Hai semua,kepada pengunjung blog saya yang telah lama tidak bersua di ruangan online ini,

Salam sejahtera semua,

Memang PKP atau MCO ini berpanjangan dan baru2 ini saja lah kita dibenarkan merentas daerah dan seterusnya merentas negeri bagi mereka yang sudah selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid19 bagi dos yang kedua.

Kesan dari Covid19 ini menyebabkan impact yang amat besar khususnya kepada keadaan ekonomi,kesihatan dan juga persekitaran gaya hidup kita.Kita tidak boleh lagi mengelak berterusan dan takut untuk keluar rumah atau menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan gaya hidup kita.Terima lah yang kita akan hidup dengan Pandemic Covid19 ini yang kini sudah menjadi endemic dan kita perlu hidup dengan amalan norma2 baru,seperti menjaga penjarakan fizikal,memakai ‘face mask’ dan juga kerap mencuci tangan dengan sabun/sanitizer untuk mengelakkan risiko kuman Covid19 menjangkiti diri kita.

Setelah hampir 2 tahun tidak ke mana-mana,sama ada bersantai ke luar negara atau pun di dalam negara,baru2 ini saya dan keluarga kecil saya berkesempatan diberikan masa,tenaga dan rezeki oleh Yang Maha Esa,lalu diizinkan kami berehat dan bersantai di persekitaran kawasan Pantai di Balok,Kuantan Pahang.

Ini lah cara saya.Santai saya.

Telah lama saya tidak gunakan di blog ini ‘motto/slogan’ saya yang sinonim dengan cara saya,iaitu ‘Santai Kita,Cara Kita’.

Slogan ‘Santai Kita,Cara Kita’ ini adalah merujuk maknanya kepada gaya,cara,kaedah atau pelaksanaan strategi gaya saya  melancong atau ‘makan angin’,berehat dan bersantai adalah tidak terikut2 dengan orang lain atau meniru gaya kemampuan kewangan orang lain atau pun mencuba tempat2 santai yang di luar kemampuan kewangan saya.

‘Santai Kita,Cara Kita’…

Contohnya, ‘trend’ ramai orang serbu ke Pulau Langkawi untuk melancong dan berebut membeli tiket2 flight yang murah ditawarkan oleh syarikat penerbangan di negara kita.Namun saya tidak begitu.

Trend ramai orang pergi bercuti ke lokasi air terjun atau anak2 sungai yang mengalir cetek di Janda Baik,Pahang contohnya,saya tidak cenderung begitu.Walaupun ramai rakan2 saya ke sana dan ada juga artis2 yang suka ke sana.

Ada juga trend yang suka melancong selepas PKPD/MCO atau Lockdown ditamatkan ini dengan pulang ke kampung bertemu saudara mara dan ibubapa.Bagus pilihan ini,tapi perlu berhati2,check betul2 diri sendiri dan keluarga kita sebelum kita bawa keluarga kita bertemu ibubapa di kampung.Biarlah keadaan agak reda dulu,baru lah kita pulang ke kampung menziarahi ibubapa.Selain dari mengelakkan kita menyumbang kepada kesesakan lalulintas yang amat teruk,kita juga dapat mempersiapkan diri kita dari segi kesihatan mental dan fizikal kita untuk bertemu keluarga di kampung.Minta perlindungan Allah,janganlah kita jadi penyebab membawa virus Covid19 ke lokasi2 kampung kita masing2.

Ok lah,berhenti dulu berceloteh berkenaan suasana ‘shock’ atau kejutan budaya yang berlaku oleh orang ramai setelah Lockdown Covid19 ditamatkan,berebut2 mahu pergi keluar rumah dan pergi makan angin.

Saya pula lebih suka pergi makan angin dengan berehat2 sahaja di sebuah Resort yang mempunyai ‘private beach’ dan tidak terlalu ramai pengunjung yang datang,ini lah pilihan saya dan cara saya melancong setelah Lockdown ditamatkan.

Saya sengaja bercuti semasa hari bekerja dan tips ini saya gunapakai sampai sekarang kerana harga/kadar penginapan yang lebih murah dan tiada ramai jumlah orang yang menginap di Resort atau Hotel.

Di kesempatan ini juga,saya mendedikasikan tujuan percutian ini khusus untuk Zarif yang saya anggap bolehlah dijadikan ganjaran (reward) untuknya kerana berusaha keras sehingga dapat menjadi Johan dalam Pertandingan Bicara Buku di peringkat sekolahnya menewaskan semua pelajar2 senior yang lain.Tahniah untuk Zarif ! Sehinggakan Cikgunya merakamkan video khas untuknya dan dipamerkan kepada semua murid2 di sekolahnya sebagai contoh kepada murid2 lain.

Saya memilih untuk menginap di Adena Beach Resort,Kuantan Pahang yang menawarkan suasana Resort sangat berdekatan dengan pantai persendirian iaitu Pantai Balok Kuantan.Saya menghabiskan selama 4 Hari 3 Malam menginap di Resort ini dan sengaja memilih Premium Family Room yang agak selesa setelah sekian lama tidak makan angin bersama keluarga saya.

Ada review dari segelintir  orang yang pernah ke Adena Beach Resort ini,suasananya  persis di Pantai Peranginan di Bali,Indonesia dan sangat damai,tenang dan ada tarikan tersendiri.Entah lah,saya fikir mungkin mereka terfikir begitu kerana di sini ada ‘private beach’ dan waktu malam menjelma mereka suka kepada hiburan malam ketika berada di Bar di tepian pantai.Mungkin lah begitu,hanya tekaan saya sahaja.Sebab saya dan keluarga tidak menyertai hiburan malam dan membuang masa begitu,kami adalah ‘family people’ dan hiburan pada malam hari kami tidak berminat.

 Kredit foto dari : byfarahh.com

 Anda boleh klik di link ini untuk melihat suasana di persekitaran Resort ini :

https://adenaresort.com/


Keadaan bilik penginapan  yang luas,selesa,suasana damai di tepian pantai,tiada gangguan dan kebisingan melampau,fasiliti Resort yang bagus dan juga aktiviti2 untuk anak saya bermain juga ada di sini.Maklumlah setelah anak sudah besar dan semakin aktif,permintaan cara berhibur juga semakin meluas,kini Zarif suka menunggang kuda, menunggang ATV,mengayuh basikal,bermain GoKart,belajar menembak,memanah,berenang,bermain drone dan pelbagai lagi aktiviti moden yang digemari kanak2 pada zaman ini.



 
Saya akui,ada permainan/hiburan yang saya mampu belikan dan sediakan untuknya dan ada juga yang saya sengaja tidak mahu belikan bagi tujuan tidak mahu terlalu memenuhi permintaannya.Ibarat kita bermain layang2,tali hendaklah tidak terlalu dibiarkan terlepas habis dan juga tidaklah terlalu digulung menjadikan layang2 terbangnya rendah sangat.Begitulah cara saya terapkan dalam memenuhi kehendak anak yang minta bermacam2 benda.Kita tidak boleh terlalu memanjakan anak dan mengikut sahaja apa kehendaknya.Ada masanya kita boleh turutkan dan ada masanya kita sengaja jangan turutkan.Biar dia tahu bahawa dalam dunia ini,bukanlah semua yang kita kehendaki akan dapat dengan cara yang mudah.Biar dia dapat pelajaran dan teladan berkenaan hal ini,semoga dia menjadi faham akan realiti hidup sebenar. 


Marilah saya kongsikan beberapa kenangan gambar2 ketika saya dan keluarga kecil ini bercuti,bersantai dan berehat2 di Adena Beach Resort ini,sekadar untuk tatapan dan perkongsian untuk semua yang sudi membaca Diari Blog saya ini.

Saya juga berkesempatan membawa anak dan isteri mengunjungi Pantai Teluk Cempedak dan mengunjungi sebentar sekolah lama saya ketika di Tingkatan 4 dan 5 dahulu,iaitu SM Teknik Kuantan di Alor Akar,Kuantan.Sengaja saya singgah sebentar di sekolah ini semata2 mahu mengimbas masa lalu zaman remaja saya pernah menuntut ilmu di sini.


 


Apa yang saya harapkan hanyalah sekadar coretan dan nukilan ini dapat mengenang secebis memori indah suatu hari nanti andainya Yang Maha Esa mengizinkan umur saya mencecah ke usia warga emas dan sesekali boleh juga dikenang kembali,dibaca semula dan diingat kembali memori yang terukir di sini.











Mungkin juga Zarif akan dapat membacanya suatu hari nanti dan dia akan lebih menghargai akan kehidupannya membesar dengan penuh kasih sayang,kegembiraan dan dipenuhi memori2 indah dalam kehidupannya.

Wallahu a’lam.

Tiada ulasan: