alriana5604@gmail.com - AL The One
Rakan2 & pengunjung2 blog saya yang diingati sekalian,
Saya rasa amat bersyukur dan sangat bertuah untuk kongsikan berita ini dengan anda semua.
Saya mengucapkan Alhamdulillah dan juga dengan rasa rendah diri saya memaklumkan bahawa saya berjaya dalam temuduga kenaikan pangkat dan dipindahkan ke Kota Bharu, Kelantan.
Setelah sekian lama menetap dan merantau di Lembah Klang (lebih kurang 18 tahun) khususnya di Selangor, kini saya dikurniakan rezeki untuk berhijrah ke Bumi Serambi Mekah pula.
Sejujurnya tidaklah saya ‘aim’ atau terlalu mengharap untuk ke sini, ke Kota Bharu, namun saya akui dan yakin, inilah ketentuan Allah yang saya harus akui ianya adalah kebaikan buat diri saya sendiri dan juga keluarga.
Tiga lokasi saya telah mencuba melalui proses kenaikan pangkat, iaitu temuduga secara berhadapan dengan pihak panel penemuduga.Lokasi2 tersebut ialah di Kota Bharu, di Kuala Terengganu dan juga di Kuantan.
Sudah menjadi rezeki saya oleh ketentuan Allah, lokasi pertama saya hadiri temuduga iaitu Kota Bharu, telah membuahkan hasil dan saya berjaya dalam temuduga tersebut.
Maka bermulalah perjalanan (journey) baru saya yang saya kira merupakan suatu penghijrahan yang kecil sahaja jika mahu dibandingkan dengan Hijrah Akbar Nabi kita Muhammad S.A.W.
Saya menganggap hijrah kecil ini, iaitu perpindahan saya dari menetap dan bekerja di Shah Alam,Selangor ke Kota Bharu Kelantan, merupakan suatu perubahan kearah kebaikan.Saya bermohon kepada Allah agar saya dapat menerapkan sikap2 yang lebih baik,lebih bertanggungjawab dan juga berusaha menambah amal kebajikan.
Akhir sekali, saya juga memaklumkan kepada anda yang saya masih suka menulis, mencoretkan perihal saya di blog saya yang biasa2 saja ini, sekadar untuk perkongsian dan juga mencoretkan kisah/diari kehidupan saya.
Saya juga izinkan anda semua membaca/amalkan apa2 yang bermanafaat di blog saya ini.
Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, andainya diberikan usia yang panjang dan sesudah bersara, maka saya atau pun anak2 atau cucu2 bolehlah mengimbas kembali coretan2 lama di blog ini sekadar cerita ceriti saya kepada mereka sebagai ‘cerita rencah hidup’ saya kepada mereka.
Moga2 Allah sentiasa memberkati kita semua.
Dah pindah ke Kota Bharu ni, ‘kecek Klate’ lah sayo nanti ! Hahaha….
Terimo kasih deh.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan