Iklan Nuffnang

Pantun Seloka & Gurau Senda Sempena PRU 14 / 2018

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,rakan2 online & pengunjung blog saya yang sporting,

Jom baca dan tatapi Senda Gurau Pantun Memantun ciptaan saya sempena PRU 14 yang bakal berlangsung pada 9 Mei 2018 nanti.

Ini hanya sindiran, satirisme dan juga senda gurau, bukannya serius, OK.

Let's enjoy bro....

.....................................................

Kalau pergi ke Batu Kikir
Pandu kereta dengan perlahan
PRU14 semakin hampir
Marilah kita tetapkan pilihan

Lama belajar di menara gading
Habis belajar apa nak jadi
Banyaknya parti masuk bertanding
Parti yang mana perlu diundi?

Suara merdu sungguh gemersik
Sungguh menusuk hati nurani
Pantun santai usik mengusik
PRU14 tak lama dah ni

Rajin sungguh menoreh getah
Kayuh basikal di awal pagi
Barisan Nasional dah lama perintah
Adakah dapat dikekalkan lagi?

Kalau pergi ke Pusat Serenti
Jangan tegur orang tak kenal
Kalau kita tak mahu GST
Jangan undi Barisan Nasional

Pergi melancong ke Tunisia
Membawa hati yang duka lara
Biarpun tua di hujung usia
Mahathir ikrar baiki negara

Rosmah berbangga dengan PERMATA
Rizal Mansor sentiasa membela
Najib resah tidak terkata
Melihat Mahathir kembali semula

Dzulkifli sibuk pergi ke Bali
Mesyuarat penting perlu dihadiri
Isu 1MDB masih digali
Wang derma kah atau wang curi ?

Isu 1MDB belum berhenti
Rakyat tertanya ternanti nanti
Penjelasan Arul Kanda sungguh bererti
PAS berasa sungguh puashati

Sungguh manis tidak terbanding
Jelita sungguh si anak dara
Anwar Ibrahim tak boleh bertanding
Belum dibebas dari penjara

Payah sungguh mengarang ayat
Bahasa Melayu dalam SPM
Tok Guru Hadi dicurigai rakyat
Nampak berbaik dengan PM

Polis tentera dipanggil MP
Ada anggota askar Melayu
Lim KIt Siang ‘oldtimer’ DAP
Dituduh chauvinist anti Melayu

Terapkan sikap suka membantu
Tuanku kurnia pingat AMN
Pakatan Harapan,Amanah dan Bersatu
Muafakat bersama jatuhkan BN

Najib kekal bertanding di Pekan
Nak cuba belajar pakai serban
Di zaman Najib rakyat tertekan
Kos sara hidup rasa terbeban

Anwar Ibrahim masih bertahan
Siksa dipenjara tidak terperi
Azmin Ali ada ketokohan
Menjadi pengganti Perdana Menteri

Vellfire sebuah,Range Rover sebuah
Nasrudin dan Nik Amar orang pemurah
Lim Guan Eng dituduh rasuah
Beli banglo berharga murah

Nazri Aziz bercakap lepas
Tegas dan lantang sebagai Menteri
Apa dah jadi kepada PAS
Ramai ahlinya yang cabut lari

Hati-hati mengguna seterika
Lama diguna panas terasa
Najib berjanji membantu Amerika
Berjumpa Trump tergesa-gesa

Rosmah pergi berjumpa tabib
Lalu diberi segelas air
MRT dan 1Malaysia kebanggaan Najib
Putrajaya dan KLCC kebanggaan Mahathir

Abang Johari ke Indonesia
Musa Aman bertanya khabar
Sarawak mengancam nak keluar Malaysia
Sabah berdiam masih bersabar

Zahid Hamidi berdarah Jawa
Najib pula keturunan Bugis
Apa agenda Mahathir nak bawa
Di PRU 14 nak jadi populis

Shabery Cheek orangnya segak
Pergi ke laut bersama Hadi
Jamal Yunos aksinya berlagak
Cuba pengaruhi sentiment pengundi

Salleh Keruak Menteri Komunikasi
Sentiasa sokong Perdana Menteri
Zaman Mahathir bermula korupsi
Zaman Najib zaman Pencuri

PAS bergabung Gagasan Sejahtera
Hajat memenangi 40 kerusi
Pakatan Harapan lemah jentera
Kerap mengitar isu2 basi

Shahrizat ingin bertanding semula
Walaupun tewas kepada Nurul
Kesusahan rakyat tidak terbela
Harta haram sibuk dikumpul

1MDB popular di dunia
Banyak negara turut terlibat
Bilakah Malaysia akan dikurnia
Pemimpin jujur dan juga hebat

Kangkung harganya sangatlah murah
Najib turut membeli se ikat
Rakyat terkejut merasa marah
Kos sara hidup terus meningkat

Rahman Dahlan berkaca mata
Menteri asal dari Sabah
Rakyat kini berdukacita
Negara kerap dilanda musibah

Sungguh tragis bencana tsunami
Angin kencang melambung ombak
Banjir,ribut dan gempa bumi
Pesawat hilang,pesawat ditembak

Kapal Jho Low dirampas Indonesia
Berita keluar di Malaysiakini
Apa dah jadi negara Malaysia
Negara China menjajah di sini

Rakyat mencari tempat berteduh
Rumah tak siap tak cukup simen
Apakah peranan dimainkan Nik Abduh
Aktif di FB senyap di Parlimen

PAS anjurkan solat hajat
Rajin berceramah tidak malas
Apakah angan apakah hasrat
Menjadi Kingmaker di PRU14

Bung Mokhtar amat sayangkan Zizi
Tinggal sekejap, balik semula
Kesian sungguh kepada Rafizi
Membongkar rasuah dipenjara pula

Mukhriz pergi ke pekan Kuah
Tiba di sana petang Ahad
Isa Samad amat bertuah
Berhenti di FELDA, bertukar ke SPAD

Kalau membeli buah kuini
Belikan juga buah ceri
Penyamun,perompak di zaman kini
Berpangkat besar berjawatan Menteri

Sambal belacan penambah selera
Rasa pedas cili digigit
Hasil negara tidak terkira
Rakyat merasa cuma sedikit

Kalau pergi ke Kota Belud
Berhati-hati banjir mengundang
BN permainkan RUU Hudud
Menangguh-nangguh untuk dibentang

Hendak kontrak kena rekomen
Perlu disuap ramai orang
Sana sini sibuk berkempen
Najib dan Mahathir serang menyerang

Pergi Melaka menghadiri kursus
Kursus dibuat di IKBN
Logo BERSATU belum dilulus
Muslihat ROS membantu BN

...........................................

Sekian,Selamat Mengundi dan Undilah parti yang membawa pembelaan kepada rakyat serta pilihlah Manifesto Parti yang banyak membantu rakyat.

Bye.

Tiada ulasan: