alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalam & Selamat Hari Raya, Happy Eid mubarak 1439 Hijriah / Tahun 2018,
Di sini saya ingin meluangkan masa mengucapkan Salam Idulfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, khususnya rakan2 jauh dan dekat, rakan2 bloggers dan juga kepada pengunjung2 blog saya yang dihargai sekalian.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin atas apa jua kesalahan/kekhilafan saya dalam perkenalan kita / semasa saya mengutarakan apa2 pendapat menerusi blog saya yang tidak dikenali ini.
Tahun ini, saya menghabiskan 3 hari beraya di kampung halaman di negeri Pahang kemudian barulah pulang ke Kelantan, Negeri Serambi Mekah.
Oleh kerana memang saya dan isteri telah sejak lama dulu mula2 bernikah mengikuti ikrar/janji mematuhi sistem giliran jika mahu pulang berhari raya, makanya kami tiada masalah dalam membahagikan masa untuk menyambut perayaan.
Sistem giliran kami ialah seperti ini :
1.Mengikut Tahun
2.Mengikut Sambutan Jenis Hari Raya yang utama/perayaan besar.
Contoh cara2 kami aplikasikan sistem ini, yang menjadikan rumahtangga kami aman bahagia ialah sekiranya :
Pada tahun ini 2018, Perayaan Idulfitri,kami bersetuju balik dahulu ke kampung saya di negeri Pahang bagi hari raya pertama hingga ketiga.
Makanya, pada Perayaan Idul Adha 2018 pula,kami akan beraya di Kelantan.
Bagi contoh Mengikut Tahun pula ialah, untuk tahun berikutnya, kata lah tahun 2019 nanti,kami bersetuju untuk beraya Idulfitri di negeri Kelantan pula bagi hari raya pertama hingga ketiga.
Bagi Perayaan Idul Adha 2019 pula,kami akan beraya di Pahang.
Jelas, kan?
Biasa lah, oleh kerana faktor jarak yang jauh dan juga kos pengangkutan, tol, bahan api dan 'vehicle maintenance services'yang agak tinggi,kami praktikkan cara/sistem begini dan saya yakin cara/sistem ini adalah sistem yang 'win-win sistuation'bagi kami suami isteri.
Siapa yang nak ikut/tiru kaedah saya ini, silakan.Jangan risau, cara ini belum di'pattern' kan oleh saya, tak kena saman punya jika tiru.Hihihi...
Inshaa Allah, ianya berbaloi dan juga rumahtangga aman harmoni.
Perayaan Idulfitri pada tahun ini saya menyambutnya dengan sederhana sahaja dan juga persediaan juadah/kuih raya juga secara skala sederhana sahaja.Begitu juga cara/gaya berpakaian tahun ini juga serba sederhana.
Pendek kata, setelah usia meningkat ini, perayaan bagi saya bukanlah lagi untuk memiliki segala2nya yang baru dibeli.
Pengisian Idulfitri itu sendiri ialah kita sebenarnya kembali kepada fitrah semulajadi kita sebagai manusia yang sewajarnya sudah bersih dan suci dari melakukan dosa2 setelah kita berjaya melaksanakan ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan yang mulia.Diharapkan kita sudah pun menjadi insan yang mendapat tarbiah kesan dari hasil ibadah puasa kita yang diterima oleh Allah.Inshaa Allah.
Ok, di hari raya, saya cuma berpakaian 'kurta dan berseluar panjang', diserikan lagi dengan songkok tarbus merah gaya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Sengaja saya mahu mencari gaya baru dan kelainan di Idulfitri tahun ini kerana tidak mahu lagi terikat dengan gaya biasa berpakaian sepasang baju melayu bersampin dan warna sedondon dengan anak isteri.Hahaha...
Bak kata pepatah Inggeris 'Normal is boring'- 'Kebiasaan ialah sesuatu yang menjemukan'.
Jadi saya cuba mencari kelainan dan mengabadikan gambar2 saya bersama keluarga saya di negeri Pahang.
Sempat juga saya membawa Zarif anak saya, menonton filem baru The Jurassic World di GSC Lite kerana teringin menonton filem mengenai dinosaur ini, pada hari raya kedua.Sengaja 'mencuri masa' sambil2 ke cinema,sambil2 beraya.
Itulah ceritanya serba sedikit mengenai sambutan Idulfitri saya tahun ini.
Terima kasih kerana sudi membaca nukilan yang tidak seberapa ini.
Salam Idulfitri, maaf,zahir dan batin.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan