alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai,
Assalam & Salam sejahtera,
My friends, you all tahu, tak ?
Saya bukanlah seorang lelaki yang sukakan majlis2 keramaian atau keraian sangat2.
Tapi tidaklah tak suka langsung atau pun ‘boycott’ majlis2 keramaian/keraian.
Kalau indicator bersosial melalui majlis2 keramaian diberikan dalam bentuk point/mata ialah 10/10, saya letakkan diri saya dalam 6-7/10 sahaja.Saya lebih suka bersosial cara lain seperti menonton movie di cinema, bersukan,bekerja, menemui pelanggan, melancong dan juga menemui peminat/fans saya ehh, saya ada fans ker?? ..hahaha…
Lantaran itu baru2 ini, saya sesekali ku rasa teringin….ewahh…bunyi macam lagu nyayian penyanyi Shima pulak dah.
Sesekali saya rasa harus/perlu menunjukkan rasa penghargaan saya dan juga rasa terima kasih sangat2 saya kepada sang isteri yang setia, lantas terfikir untuk menyambut hari lahir nya di sebuah hotel.
Kami bertiga beranak saja di hotel tersebut di ruangan sebuah meja di sudut tepi, tanpa menghiraukan tetamu2 lain yang juga ada ‘event’ masing2.Di sudut tepi di bahagian F & B hotel tersebut, kami meraikan majlis kecil kami seadanya.Saya siap2 tempah kek Coklat Black Forest ½ kg lagi,untuk sang isteri yang setia dan menyalakan lilin, lalu dinyanyikan lagu Happy Birthday kepada Mama nya oleh Zarif, satu2nya anak saya ketika ini.
Biasalah, hampir semua wanita bergelar isteri atau belum bergelar isteri amat2 suka dan terharu dilayani begitu.Khususnya oleh pasangan kesayangan masing2, kan?
Maka pada hari lahirnya sang isteri kebiasaannya saya elakkan untuk bermajlis2 bagai seperti ini, sebab saya tidak cenderung berbuat begitu.Biasanya lingkungan jatuhnya tarikh lahir saya, isteri atau anak, atau pun hari ulangtahun pernikahan saya,saya lebih suka melancong sama ada melibatkan pelancongan domestik atau pun luar negara.Itulah cara saya bersosial tanpa melibatkan majlis2 keramaian/ keraian atau pun pesta2.
Namun, biasalah, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan khususnya dari segi keupayaan untuk melancong ke destinasi2 idaman dalam senarai saya selama ini,maka saya tangguhkan lah dahulu keinginan untuk melancong tersebut.
Dan rasanya buat kali pertama atau mungkin kedua kalinya (saya sudah lupa), saya meraikan hari lahir sang isteri dengan sambutan makan malam (dinner) ala carte di sebuah Hotel.
Terfikir saya sejenak, lebih jimat kalau buat begini berbanding setiap kali hari2 penting kami, asyik nak melancong saja,kan? Hahaha…
Ada benarnya tu.
Ok, MOTS (moral of the story) nya ialah, hargailah orang yang tersayang dengan cara kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.Ia juga berkait dengan ‘tagline pelancongan’ ciptaan saya iaitu ‘Santai kita, cara kita’.
Maka jika untuk menghargai orang kesayangan kita juga, binalah cara kita sendiri dengan kemampuan kita sendiri.Mungkin jika sudah memang tiada sangat bajet, maka sekuntum bunga ros merah pengikat kasih sejati bersama beberapa ulas coklat Ferrero Roche juga bisa membuatkan orang kesayangan kita menghargainya dan sungguh terharu di atas ingatan kita terhadapnya.
Yang penting pemberian/penghargaan kita biarlah ikhlas, Inshaa Allah kita bahagia dunia dan akhirat.
Amin.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan