Iklan Nuffnang

MRT Malaysia : Komen Membina Daripada Saya

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Assalam & Salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung2 blog saya yg dihargai?

Untuk entry blog saya kali ini, saya kongsikan review saya berkenaan pengalaman menaiki MRT baru dari Stesen Sg. Buloh ke Semantan.


Komen2 saya ialah seperti berikut :

1.Bagi pengguna yang mahu parking kereta/berkenderaan sendiri, tempat parking agak jauh berjalan ke platform menunggu MRT.

Kalau bagi yang tidak berkereta, guna sahaja ‘feeder bus’ yang disediakan (ia berbayar) dan lebih dekat untuk ke platform menunggu MRT.

2.Suasana interior/dalaman boleh dikatakan selesa, tidak jauh berbeza dengan ruang dalaman KTM Komuter/LRT.


3.MRT ya, sememangnya, ia lebih laju dari Komuter dan LRT.

4.Suasana di ruang legar stesen/platform menunggu agak selesa, sudah ada kedai2 beroperasi seperti 7 Eleven, Kedai makanan/kedai kek sudah ada.


5.Kemudahan escalator yg baik, bilik air dan tandas yang bersih, dan bilik solat juga selesa walaupun agak kecil saiznya.

6.Pengumuman berhenti/nama2 setiap stesen juga jelas, kedengaran bagus/professional dan mudah difahami penumpang.

7.Tempoh menunggu juga tidaklah lama dan menepati masa (setakat ini lah).Saya tak pasti,jika tidak salah saya mungkin setiap 5-15 minit sekali MRT tiba dan boleh dinaiki penumpang.

8.Kaunter petugas MRT juga senang dilihat, menggunakan cermin transparent yang besar, tidak seperti kaunter tiket KTM Komuter yang agak gelap/suram.

9.Petugas/pekerja MRT, so far, OK, berbudi bahasa dan bersedia menjawab pertanyaan orang awam.

10.Dari segi keselamatan juga OK, jarak platform dan gerabak MRT ketika ingin menaiki, juga lebih rapat dan adanya pintu kaca keselamatan (paras pinggang), bagi tujuan elakkan tergelincir atau pun keselamatan anak2 yang agak nakal/aktif melompat, dan sebagainya.


Manakala komen2 saya untuk penambahbaikan MRT atau pun mungkin boleh dilaksanakan demi kepentingan rakyat ialah :

1.Jika Syarikat PMB (Prasarana Malaysia Berhad), pemilik MRT dan juga Rapid KL dapat memberikan kadar percuma untuk ‘feeder bus’ lebih bagus.Sebab ‘feeder bus’ ini tidak pergi jauh ianya hanya beroperasi berdekatan kawasan stesen2 yang berkenaan sahaja.Tujuannya untuk memudahkan supaya penumpang2 dapat menaiki MRT dengan lebih penjimatan, tidak dikenakan 2X caj, tiket MRT dan juga tiket ‘feeder bus’.

Atau boleh di ‘absorb’ (diserapkan) kos/harga tiket ‘feeder bus’ ke dalam harga tiket MRT.
Jika untuk elakkan warga asing ambil kesempatan naik ‘feeder bus’, gunakan konsep ‘touch’ MyKad bagi warganegara Malaysia sahaja.

2.Alangkah senang dan gembira jika adanya/wujudnya jejambat dari tempat letak kenderaan ke platform MRT.Tidak perlu penumpang berjalan jauh dan termengah2 ke platform.

3.Interior MRT boleh di ‘exclusive’ kan lagi untuk lebih keselesaan, contohnya letakkan kerusi/seat yang empuk/lembut (ala2 sofa/fabriks), bukannya kerusi plastik/PVC sahaja.

4.Perlu wujudkan lebih banyak bangku/kerusi menunggu di kawasan platform untuk golongan yang kurang selesa/upaya berdiri lama.


5.Kalau boleh, bagi peringkat permulaan, sediakan TV layar/skrin besar menerangkan berkenaan cara2/prosedur berkenaan menaiki/menggunakan kemudahan MRT di kawasan legar utama stesen2 MRT.Walaupun disediakan brosur, tidak semua penumpang membacanya hingga habis.

6.Jika sudah dikenakan tiket nanti, harapannya biarlah tiket tersebut pada kadar yang termampu dibayar oleh penumpang2.Jika mahu menggalakkan rakyat menggunakan MRT/kenderaan pengangkutan awam,perbelanjaan tiket sebulan dan kos setiap hari menaiki MRT mestilah jauh lebih rendah/lebih murah dari menggunakan kenderaan sendiri setiap hari.

7.Kekalkan ketepatan masa tibanya MRT di platform.Jangan jadi seperti perkhidmatan KTM Komuter yang ketepatan masanya boleh diragukan lagi.

8.Seeloknya ‘conductor on board’ atau pun pembantu dalam ‘coach’ MRT ada disediakan sekurang2nya seorang.Ini dilakukan oleh KTM Komuter dan ianya bagus bagi tujuan bukan hanya untuk ‘ticket checking’, tapi membantu hal2 lain yang melibatkan hubungan sosial,melihat keadaan penumpang dan bantuan2 kecil yang lain.Mungkin boleh buat ‘survey’/questionnaire’ melalui tindakan masa sebenar (realtime survey), adakah ramai penumpang warga asing, wujudkah penumpang mencuri masuk menaiki MRT dan lain2.

9.Ini cadangan/komen membina yang jarang2 mungkin boleh dilaksanakan.Berikan tiket MRT percuma untuk 1 hari sahaja bagi setiap hari lahir penumpang yang menggunakan MRT tanpa terhad kepada mana2 stesen.Maksudnya penumpang yang hari lahirnya pada hari2 tertentu, jika menaiki MRT, perlu disahkan dulu di kaunter tiket atau pun melalui ‘online’ MyKad’ dan system tiket MRT, maka mereka boleh menaiki MRT percuma pada hari tersebut untuk pergi ke mana2 stesen atau menaiki dari mana2 stesen.

10.Mungkin boleh berikan Cabutan Bertuah melalui bilangan penumpang/jumlah2 tertentu.Contohnya, jika menjadi penumpang yang ke 1 juta, maka diberikan hadiah motosikal, kereta atau wang tunai.


........................................................................................


Hahaha.. :)

Sememangnya ada cadangan/komen2 saya ini yang bunyi nya melampau dan agak kelakar, tapi jika pekerja/staff Prasarana Malaysia Sdn Bhd membaca entri saya ini, orang putih kata, mereka boleh pertimbangkan cadangan ini, ia ada benarnya -(you may have put into consideration).

Hasilnya, pelanggan/penumpang mesti gembira dan akan meningkat jumlah penumpang menggunakan MRT.

Percayalah.

Sekian.

Tiada ulasan: