Iklan Nuffnang

Aktiviti Riadah Keluarga : Berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Assalam & Salam sejahtera,

Apa khabar pengunjung2 blog saya yg dihargai,

Ketika cuti2 sekolah yang panjang dan juga sebagai giliran untuk beraktiviti bersama anak2 kesayangan, di sini saya ceritakan sedikit berkenaan betapa ‘happening’ nya jika kita berkunjung ke Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Iyalah kan, asyik2 kita melayani anak2 dan bawa keluarga ke Pusat Membeli Belah saja, atau pun pergi menonton movie di Cinema saja, jemu jugak,kan?

Begitu juga jika kita asyik melayani anak2 dengan permainan 'games' dan 'gadget' sahaja, memang lah menjadikan kita jemu juga.

Ada masanya kita perlukan aktiviti2 luar dan agak berlainan sedikit, barulah hidup ini ada kepelbagaian dan kelainan,kan?

Oleh itu, marilah sesekali kita bawa anak2 kita pergi beraktiviti luar dengan menyertai aktiviti 'basah' iaitu berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE).

Namanya pun Pusat Akuatik, sudah tentu ianya adalah tempat berenang, bermain air dan juga mempelajari teknik2/jenis2 gaya berenang.

Aktiviti berenang ini bagus bahkan ianya merupakan satu Sunnah ajaran Rasulullah.

Jom kita bawa anak2 belajar berenang di PADE !

Bayaran masuk juga amat berpatutan dan dianggap murah.

Best woo… ;)

Jom lah datang ke sini !



Di sini, kolam renangnya ada untuk perenang 'junior/beginner' dan ada juga untuk yang sudah jadi perenang 'amatur/professional'.

Untuk perenang yang masih 'junior/beginner', kedalaman kolamnya lebih kurang 4-5 kaki (4-5 feet) sahaja.Manakala untuk perenang yang sudah dianggap sudah 'senior' (tahu/mahir berenang) atau pun kategori Amatur/Professional, kedalaman kolamnya ialah 8 kaki (8 feet).

Selain itu ada juga kolam renang untuk kanak2, lebih kurang kedalamannya 1-3 kaki (1-3 feet) sahaja.


Jom kita belajar berenang dan latih anak2 dan keluarga kita untuk tahu/pandai berenang.

Saya yang pandai berenang ini pun, sebab telah lama tidak berenang, mengakui akan keletihannya berenang kerana aktiviti renang ini memerlukan pergerakan semua otot2 kita.Ia menjadikan tubuh badan kita cergas (fit).


Selain dari kita inginkan kecergasan, kita niatkan juga sebagai menuruti perintah/saranan Rasulullah dan dengan kita berenang, Inshaa Allah kita dapat ganjaran pahala.

Sekian.

Tiada ulasan: