alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai,
Assalam & Salam sejahtera,
Apa khabar pengunjung2 blog saya yg dihargai,
Seringkali kita leka dan terlupa untuk membiasakan anak2 kita dengan aktiviti2 sihat seperti beriadah, menggerakkan tubuh badan & fizikal mereka dan mudah2an mereka menjadi anak2 yang aktif dan juga pintar.
Kita jangan terlalu mengongkong dan memaksa mereka dengan kelas2 akademik sahaja.
Asyik2 kelas tuisyen, tuisyen dan tuisyen.
Asyik2 belajar, belajar dan belajar akademik atau mata pelajaran seharian di sekolah sahaja.
Bukannya tak bagus, memanglah bagus, hantar anak2 pergi tuisyen, belajar lebih banyak dan dengan latih tubi harian mereka di pusat tuisyen, Inshaa Allah mereka akan jadi lebih pandai.
Namun, di samping itu jika adanya kelas2 belajar seni beladiri seperti Karate, Silat, Taekwondo, juga disarankan agar anak2 kita dapat menyertainya.
Mereka akan jadi anak2 yang aktif, cergas,berkeyakinan, berdaya saing dan yang penting ia memupuk sifat berani dan berjiwa kental apabila diasuh sejak kecil menyertai seni bela diri.
Bukanlah kita mahu anak2 kita menjadi jaguh, memukul orang dan menjadi samseng, tetapi sukan beladiri memupuk sifat keyakinan, bergaul dengan ramai kenalan lain,menjadi lebih fokus dengan latihan2 seperti memecahkan kayu/papan, melancarkan pergerakan tubuh badan, anak2 jadi aktif dan mudah2an sihat zahir dan batin.
Konsep dan prinsip inilah yang saya terapkan kepada anak saya, Zarif.
Niat saya hanyalah agar mudah2an dia menjadi anak yang cergas, pintar, berkeyakinan dan berani.Berani di sini dalam ertikata berani menempuh kesukaran/kesusahan hidup di suatu masa nanti.Biar dia menjadi matang dalam peredaran umur dewasanya dengan 1001 macam kesusahan hidup dalam konteks zaman moden ini.
Maksudnya, bila menempuh alam baru persekolahannya, pergaulan dengan teman2 dan rakan2nya, mudah2an dia menjadi anak yang bersikap ‘friendly’, ramah,berkeyakinan dan Inshaa Allah menjadi pemimpin/ketua.
Seni beladiri yang saya pilih untuk Zarif pelajari ialah Taekwondo.Ini kerana kosnya yang tidaklah mahal untuk bayaran bulannya dan juga yang penting Taekwondo amat mementingkan disiplin pelajar2nya.
Harapan saya, suatu hari nanti Zarif menjadi anak yang baik, cergas dan bijak.
Sekian.
............................................................................................................
Hai rakan2,
Saya sengaja mengemaskini blog berkaitan tajuk ini dengan cuma menambah sahaja di posting ini kerana ia ada kaitan.
Sukacita dan gembira terbit di hati kerana baru2 ini Zarif telah melaksanakan Hari Grading Taekwondo Koryo nya yang pertama.
Iaitu pada hari Sabtu,11 Mac 2017 bertempat di SMK Setia Alam, Meru Selangor.
Suka saya abadikan sedikit foto2 nya di sini hanya sekadar kenangan dalam kamus kehidupan saya dan keluarga kecil ini.
Bermakna, sekiranya Grading pertama kali ini Zarif berjaya lulus,dia akan menjadi Ahli Taekwondo WTF (World Taekwondo Federation) bagi Tali Pinggang Kuning (Yellow Belt), Inshaa Allah, mudah2an.
Berikut sedikit gambar2 yang saya sempat ambil :
Ok, sekian hingga jumpa lagi untuk update yang seterusnya,OK.
Update : 15 Mei 2017 / Isnin.
Kini Zarif sudah pun layak memakai Yellow Belt Satu.Baru2 ini pula, pada 13 Mei 2017 / Sabtu, dia juga melakukan Ujian untuk melayakkan memakai Yellow Belt Dua pula.Inshaa Allah, mudah2an dia lulus.
Selepas Yellow Belt Dua, akan grading untuk Green Belt pula.
Selamat maju jaya, Zarif !
TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan